Sunday, December 12, 2010

Imbasan Di tahun 2010 (entry paling pjg + byk photo)

Pabila mulut membisu, jari jemari bersuara... (^_____~)

Wah wah wah... bila aku amati betul2.. memang ada beza blog aku ni pada zaman 2009 dan 2010 (sekarang)... Apa tidaknya, tahun 2009 aku banyak tulis entry (57 entry jer) hahaha... tapi tahun 2010 ni baru 25 entry (termasuk ni 26 entry). Apa maksudnya? adakah tahun 2009 aku sangat rajin??? Atau sangat banyak masa lapang??? atau tahun addicted kat blog??? atau banyak cerita nak dikongsikan??? biarlah aku sendiri yang muhasabah diri sendiri... hik3 (mengada-ngada!)

Memandangkan dengan itu (penanda wacana yg salah) hahaha, tahun 2010 dah nak habis... rasa sedih pulak melanda diri ini... yelah sebb tak dapat menandingi jumlah entry tahun lepas hahahah xde kena mengena ok... jadi kat sini aku nak imbas balik apa yang telah berlaku sepanjang tahun ini. Nak kena bukak buku diary nih...hik3

January
Bulan di mana aku start bekerja di Likas Square Condotel As a Human Resource Admin. And Dalam masa yang sama jugak aku menjadi Sales & Marketing Admin (responsible for travel agent). Kat sini aku dapat pengalaman dalam hotel industri.
Ni la bangunan Likas Square Condotel
Kalo korang nak tgk maklumat lanjut dan promosi2 hotel ni..
boleh la tgk kat laman facebook dorg,

February
Peristiwa penting pada bulan ini ialah... bulan kelahiran aku!!!! hik3 time ni birthday aku disambut kat tempat kerja bersama dengan staff yang lahir pada bulan yang sama... x da suprise party seperti tahun2 sebelum ni..huuu tapi tetap bersyukur.


March
Bulan ni yang bestnya, staff Likas Square mendapat jemputan daripada salah satu tempat pelancongan di Sabah utk melawat tempat mereka. Tempat ni agak best sebab persekitaran yang sungguh damai. Di sana, kami di sambut dengan mesra dan disajikan dengan kebudayaan sabah. Kami juga melawat rumah2 dari suku kaum terbesar di sabah spt rumah kadazan, murut, bisaya dan lain-lain. ( Nasib aku di bawa bersama sbb aku antara staff Sales hik3). Nama tempat tu (MARI MARI CULTURE VILLAGE).

Dari Kiri: Lye, Jenny, Evon, Vincent, me and kat belakang tu mr. Deari

Kat pentas kebudayaan, bersama penari2 budaya mereka (rindu nak menari semula)

Jenny cuba memasak kueh traditional

April
Bulan ni, aku ada exam SPA utk jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41, tapi tak berjaya, maybe sebab aku tak lulus dgn exam tu, sbb tu x dapat pergi ke peringkat temuduga.. hik3 bukan rezeki.. apa nak buat..

May
Bulan ni pulak, takde yang best.. semuanya berjalan seperti biasa. Dengan rutin yang sama setiap hari
Isnin - Sabtu : bangun pagi, bekerja, makan, sembang2 ngan staff, bergurau senda, smoking (perlu ker mention) tepat jam 5.30pm balik... hik3
Ahad- Berehat sepenuh masa hik3
Bajet buat sibu time kena gambar hahaha

June
Aku ada training kat promonade hotel.. satu training yang best.. enjoy jer.. makan pun sedap..hik3 (rupanya datang training nak makan free, patot la badan cepat naik) hik3
Time training kat hotel

July
Bulan ni aku ada temuduga inspektor polis.. hahaha aku ada apply jadi inspektor ok.. time ni ramai yang tak tahu aku ada apply kecuali teman2 rapat dan keluarga jer.. Panyak pengalaman yang aku dapat. Rupanya bukan senang nak jadi inspektor polis, rambahan lagi umur muda macam aku ni (24 tahun still consider muda kan?haha.. Banyak prosedur yang kita kena ikut. Masa kita nak apply borang jawatan tu dah kena ukur tinggi, berat, ukuran dada, dan yang penting kena tunjuk transkirp ijazah. Kalau lepas semua tu, baru kita dapat amik borang.. Alhamdulillah aku dah lepas utk peringkat tu. Lepas dah hantar borang just tunggu panggilan untuk ujian fizikal. Peringkat ni aku telah dipanggil, time ujian fizikal ni mmg strict sbb standard nak jadi inspektor memang dah ditetapkan. Kat sini kami telah di suruh berkawat, berjalan, berlari, push up, sit up, lompat jauh dr tmpt kit bediri, memberi arahan utk berkawad dgn suara yg lantang dan macam2 lagi. klo ada kecacatan dari kat tubuh badan mmg akan kena suruh pulang. Alhamduillah aku jugak lepas utk peringkat ini. Kemudian tunggu utk panggilan temuduga pulak. Aku antara orang awam yang berjaya sampai ke peringkat ini (peringkat ke-4) yang mana org awam utk kawasan Kota Kinabalu hanya (15orang daripada 300 pemohon) huh! cayalah!!! haha time proses temu duga ni, sungguh2 strict i tell u.. kat sini kita akan dinilai dari semua aspek, cara kita berjalan, cara duduk, cara menjawab, penampilan, keyakinan apa semua.. Malangnya aku sangkut kat sini.. Aku tak tahu la apa yang tak kena sebab aku memang tak gentar langsung time sesi temu duga tu, tapi ada 2 soalan aku tak berapa betul nak jawab, mungkin sbb itu kot, tapi wlupun aku tahu jawapan aku salah.. aku tetap jawab dengan yakin. Ketiga2 penemuduga tu berpangkat datuk (1 Datuk Seri, 2 Datuk). Ermm.. makanya, impian nak jadi inspektor terkubur di peringkat ke-4, satu step jer nak jadi inspektor.. mungkin aku terlalu muda utk jawatan itu.. sbb org awam yg berjaya tu semua berumur 27tahun ke atas. bukan rezeki....

Esoknya, selepas temuduga tu, aku and staff2 likas square pergi bercuti ke tanjung simpang mengayau kudat. Dikesempatan ini, aku mengambil peluang utk menghilangkan kekecewaan sbb tak berjaya dalam temuduga inspektor polis tu...huuuu
Kat tanjung simpang mengayau kudat

Kat Gong terbesar di malaysia lokasi:kudat

Kat Tanjung Simpang mengayau

Singgah jap kat pusat ternakkan lebah madu

August
Bulan ni adalah bulan kerahmatan dan bulan keampunan, iaitu bulan ramadhan.. perstiwa yang best pada bulan ni ialah aku n staff2 kat likas square pergi berbuka puasa di Kampung nelayan tun fuad.. sambil2 tu kami p sambut birthday kawan... mmg kenyang gila time tu... tema baju kami ialah merah (tak wajib pun,tak paksa hik) tapi mmg mcm sambutan tahun baru cina... tkpa la, kiranya kami ni dah masuk konsep 1 Malaysia...hik3
Beraksi menunggu azan maghrib nak buka puasa

Meja paling bising time tu...org tgk kami, kami wat bodoh jer hik3

Muka yang kekenyangan...

Makan masak steam tau...

September
Bulan ni plak adalah bulan syawal. Aku bercuti raya seminggu di kampung aku.. raya kali ni best tol... (ada ke raya tak best???) hahaha mestilah best... and after seminggu kami buat rumah terbuka kat office pulak.. gambar raya at kg aku x amik..tapi kat office ada lah.. hik3
Berasi sebelum makan

Kebetulan, warna kek sama ngan tema baju raya aku tahun 2010

Bersalam ngan andrew (lakonan semata-mata) hik3

Memory daun pisang pada hari raya (buka pokok pisang sbnrnya haha)

Beraksi di tepi kolam, kalau la aku terjatuh time tu...hahahah

October
Bulan ni takde yang best... semuanya sama seperti biasa... cuma yang tak best, ini adalah bulan terakhir aku berkhidmat di Likas Square Condotel, sebab start 1 November aku akan kerja di tempat baru.. iaitu di New Horaizons Malaysia (tempat sekarang ni lah hik3)... tapi di saat2 akhir aku di sana, memang banyak amik gambr ngan kawan2.. sangat sedih pulak bila ingat kembali... rasa sekejap jer masa berlalu, pada hari perpisahan aku, dorg belanja makan di thai restoran food, pastu p main bowling, n karaoke.....huhuuu
Teman sepejabatan...

Macam gian nak menari..hahaha

Dgn Yati (HR Admin) n karen (receptionist)

KAt Lobby Hotel sebelum balik/ berpisah

Gambar seminggu sebelum aku blah...hik3

November
Start 1 november aku dah kerja di New Horizons... Kat sini aku berkerja sebagai Accountant Executive and computer's trainer...hik3 (Nanti aku cerita pasal tempat kerja baru aku ni ya)

December
Sekarang bulan december dah nak habis.. Tapi peristiwa yang aku tak sabar nak tunggu pada bulan ni ialah Hari Natal @ Christmas Day... Korang jang tak tahu, walaupun aku muslim... jgn ingat aku tak sambut...hik3.. yelah, family sebelah mak aku kan kristian.. so, secara tidak langsung family aku pun kena sambut la... Tahun Baru Cina pun sambut jgk sbb aku ada family cina jugak... Alamak! aku lupa cerita pasal raya cina kat atas...huhuhuh takper la, next time (tahun depan) hik3.... Dah 4 tahun aku missed Christmas day ni.. tahun ni aku tak nak miss lagi, tambah2 pulak, bos aku bagi cuti 1 minggu start 24Dec ni...pastu balik kerja 3 january 2010...
Merry Christmas Day Everyone ho ho ho (Cara santa bg wish) hahahahahah


Wah, panjang gile la entry kali nih..hik3
Well, Enjoy la membaca ya kawan2..tak baca pun tak per... tgk la gambar2 tu, utk hidangan mata..hik3

P/s: tahun 2011 mcm mn erk? Harap perjalanan hidup ku semakin menarik...hik3

2 comments: