Friday, December 31, 2010

Tinggal Beberapa Jam lagi... Berdebar Jantung

Salam 1 Malaysia. Apa perasaan korang pada saat ini? Gembira? Sedih? Bangga? Tak sabar? ermm.. Yelah, Esok kita dah nak melangkah ke tahun Baru 2011. Rasa-rasanya, ada tak lagi belum tertunai? He He He... Persoalan itu biarlah kita sendiri yang jawab. Kita tahu apa yang kurang dan apa yang lebih.

Well, Tahun 2010 akan meninggalkan kita. Esok dah buka lembaran baru. Aku berharap yang baik-baik jelah untuk tahun 2011 ni. Kalau nak ikut memang banyak lagi nak diperbaiki. Tapi takpa. Kita tunda ke tahun 2011. Hik Hik Hik. Sekarang ni tengah hujan renyai-renyai. Huhu mungkin adalah petanda sedih untuk meninggalkan tahun 2010. chewah!

Seperti yang kita semua dah maklum, Harimau Muda kita dah menjadi Juara untuk kejohanan piala AFF tu. Fuhhh! memang menjadi bahan bualan kot. Rasa bersyukur juga sebab tempiasnya kena kita juga. Buktinya, hari ini diistiharkan cuti umum oleh PM kita. Best! Best! Best!. Bukan itu sahaja, dengan kemenangan itu kawan-kawan blogger, facebook, dan seadik-beradik dengannya pun hangat memperkatakan peristiwa bersejarah itu. Termasuk aku. hahaha By the way, tahniah untuk pasukan Malaysia. Aku bangga menjadi anak Malaysia. Chewah! hehe

Baiklah, sementara ada sisa-sisa terakhir 2010 ni. Aku nak menghabiskan cerita 2010 jugalah. Hari tu, aku balik kampung untuk sama-sama berkumpul dengan keluarga bagi menyambut perayaan krismas. Suasana agak berbeza pada tahun ini sebab nenek aku dah takda. Tapi kami tetap merayakannya bersama keluarga yang lain. Sambutan krismas untuk tahun ni disambut dengan ala kadar. Hanya menjemput keluarga terdekat dan sahabat andai. Best juga dapat berkumpul beramai-ramai.

Aku agak beruntung sebab dapat menyambut 3 perayaan walaupun aku beragama Islam. Apa taknya, Hari Raya Aidilfitri aku sambut (wajib), Hari Krismas sambut, Tahun baru cina pun sambut. Yelah, kalau dah berkahwin campur, memang begitu la hendaknya. hehehe

Kat bawah ni aku selitkan sedikit gambar untuk kenangan. Kalau nak diikutkan, masih ramai lagi keluarga aku yang tak dapat datang pada malam tu. Walaupun begitu, kemeriahan tetap terasa. Kamu percaya tak kalau aku beritahu yang ramai tetamu yang datang pada malam tu adalah orang-orang Islam (yang bukan keluarga). Syok pula rasanya. Yelah makan yang dihidangkan semuanya halal. Takda babi ok. Minuman alkohol tu ada jugak la. Tapi Atuk aku tak suruh keluarkan. So, yang minum tu dorang2 jelah. Sebab nak menghormati tetamu yang beragam islam termasuk kami. Chef utama malam tu, of course la mak aku. Anak sulung daripada 10 orang adik beradik. Dalam 10 orang tu, cuma mak aku jer yang convert masuk Islam. Saudara2 mak aku, ada gak yang masuk Islam. Dan bakal-bakal masuk Islam pun ada. Sebab kahwin dengan orang Islam. Alhamdulillah.

Ni gambar kazen mazen and unty2 aku, terselit gak akak aku di belakang.

Aku bergambar ngan unty paling muda (seumur aku ok) bersama uncle aku.

Atas arahan mak aku, aku disuruh amik gambar huhu mak aku yg bertudung tu.

Bergambar bersama kazen and uncle

Well, Tamatlah sudah kisah untuk Hari krismas. Jumpa lagi untuk krismas tahun depan.


P/s: kalau la ada peluang. Harap-harap ada kazen-kazen aku yang berkahwin dengan orang india hahaha dapat jgk sambut deepavali.. wakakaka... Lengkap 1 Malaysia dalam family. hahah
mustahil ke perkara tu boleh berlaku? aku bagitahu awal2...au tak nak kahwin ngan orang india. hahaha

No comments:

Post a Comment