KUALA LUMPUR: Sembilan gadis warga China yang menjadi pelacur di sebuah premis di Kuchai Lama, di sini, ditayangkan kepada pelanggan melalui sebuah bilik berkaca seakan-akan sebuah akuarium ikan.
Mereka yang menunggu di dalam bilik berkenaan hanya ditutup menggunakan langsir sebelum ia dibuka kepada pelanggan yang bertandang ke premis yang baru 10 hari beroperasi tanpa lesen itu.
Kegiatan mereka bagaimanapun berjaya dikesan selepas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman menyerbu premis berkenaan, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.
Sumber polis berkata, semua wanita yang ditahan itu berada di dalam bilik berkenaan dan sedang menunggu pelanggan.
Katanya, semua mereka dicekup kerana menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di negara ini.
“Dalam pemeriksaan lanjut, polis turut menemui ratusan kotak kondom dipercayai akan digunakan bagi aktiviti seks yang ditawarkan di premis itu.
“Sebahagian bilik yang disediakan juga dilengkapi beberapa ciri yang diinginkan pelanggan termasuk bilik air yang dilengkapi katil urut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, dalam serbuan itu juga, polis menahan seorang penjaga premis bersama seorang ejen wanita asing berkenaan termasuk dua pekerja kontrak yang sedang mengubahsuai premis berkenaan.
Sumber: My Metro, 7 Januari 2011
nota: macam-macam cara nak cari duit. kesihan gadis-gadis yang cantik menjadi mangsa.
aishhhh.. pelik sungguh ..sanggup melakukan perbuatan mcm tu semata-mata nak dapatkan duit..mcm xad pekerjaan lain shja ..
ReplyDelete@azrinrahim sangat! tak tahu la... kenapa org yang tak cantik boleh dapat pekerjaan yang baik. huhu
ReplyDeleteWoW! Best2.. HAHA
ReplyDelete@ZWAN SABRIayoooo.... ko suka erk? haha
ReplyDeletemereka2 ni xmalu ka ?
ReplyDeletepelik sungguh .
@|| amira || kerana duit. manusia sanggup buat macam2..
ReplyDelete