Sunday, January 9, 2011

Gambar Pertunangan: Simple Sudah






Salam. Alhamdulillah. Dah balik KK dah. Baru dapat online. Banyak dah aku ketinggalan dengan info-info terbaru nih. huhu tak mengapa, lepas aku post entry ni aku akan review blog-blog anda semua.

Baiklah, jumaat lepas aku tinggalkan persoalan pasal pertunangan. Hari ini semua persoalan akan terungkai. Sesi pertunangan berjalan dengan lancar. Tiada masalah. Serba sederhana saja. Jom tengok dulu gambar-gambar yang aku apload ni. Kemudian kat akhir segmen aku akan ceritakan sepenuhnya.



Sesi pembentangan permintaan sebelah perempuan



terselit gak gambar bapa aku.. hehe


aik. mak aku pun ada gak tengah tengok adik bongsu kena beli orang...haha



Apa yang menarik perhatian tetamu yang datang adalah bukan rupa kek tu, tapi rupa susunan tissue yang warna kuning and pink tu... so creative my auntie2 sekalian...haha


Hah! Dah jeles sekarang bukan? Jadi, sah la bukan aku yang bertunang. Tapi, siapa yang bertunang ni???? Well, yang bertunang ni sebenarnya adalah My Little Auntie. Adik kepada mak aku yang paling bongsu (ke-10). Bapak ramai adik-beradik mak aku kan? memang productif betul atuk and nenek aku. Salut them! hahaha. Nama dia Hilda. Sebenarnya kami seumur tapi aku tua sebulan daripada dia.

Aik! bertunang tapi napa nampak seksi??
Well, mesti korang tanya gitu kan? (kot-kot la ada persoalan gitu hehe). Sebenarnya ni pertunang orang yang beragama kristian. So, no wonder la seksi. Kalau orang yang beragama islam bertunang. Sah-sah la pakai baju kurung dan berbaju melayu. haha

Well, kami berdua memang rapat. Walaupun aku ni anak buah dia tapi kami memang sangat rapat. Sebab tu la bila dia nak bertunang, dia cakap kat aku yang aku wajib balik. Kalau tak nanti dia tak mau tegur aku. (hamboi! sampai gitu ker?) wah! takda la sampai gitu kot. Tapi, mungkin gak kot dia akan rasa terkilan kalau aku takda time dia tunang.

Kat rumah tu, semua family tahu kami memang rapat. Sebab kami berdua mempunyai persamaan iaitu kami berdua anak bongsu. Dua-dua anak manja lalala Lahir pada tahun yang sama. Saat-saat ini tidak akan berakhir walaupun masing-masing akan berumah tangga kelak.





Ok. tu saja untuk entry kali ini. Im so sorry kat kawan-kawan kalau ada yang rasa tertipu bahawa aku nak tunang tu. hik3... Pembetulan sekali lagi, bukan aku yang bertunang, tapi my little auntie.

note: bila la turn aku pulak...hehehe (takdir yang menentukan)....heeeeee

2 comments: