Salam, aku dapat info ni melalui facebook...apakah yang sedang terjadi ni??? apa pendapat korang??? betul ke tak??? sat lagi nak email PTPTN pasal benda ni... nak tengok respond depa...
1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.
2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.
3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.
4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.
5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).
6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.
7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.
8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.
9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.
10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.
11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.
12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.
13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.
14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.
15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.
16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.
17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.
18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.
19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.
ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟
WaLlahu a`lam.
Sumber asal:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656
Bacaan berkaitan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html
Ptptn ku blom msuk.. Mcamna tuh ar?
ReplyDeleteptptn belum masuk??? mcm mn?? puasa la ko dulu...itu la cara dia..
ReplyDelete(menjawab soalan ka) hahaha
Hak3~ puasa mkn bleh la. Klo lctrer suro bli buku puasa bli buku jgk ka? hek3. Ssh tau xda duit nih.. ish3
ReplyDeletehaha...sudah tentu la... maan lebih penting tau daripada buku tu...
ReplyDeletemcm aku dulu, x dapat beli buu sbb x da duit...klo aku beli buku jg..kompom xda duit mau bayar makan.. so, aku just pinjam buku dr kwn2, huhu kalau lectrer tnya...aku ckp buku tertinggal di hostel...after kelas aku jmp dia sec personal and minta maaf sbb tipu dia di kelas and jelaskan perkara yg sebenar... Alhamdulillah, lecturer yg kasi pinjam buku tuk aku study...:) lecturer pun manusia, and dia akan faham situasi kita...
heeee hidup kena smart! hik3
Huhu~ ko xtau woo lctrer ku macamna.. gegar woo kepala lutut. hek3. esok aku pegi kl nih beli buku.. hek3
ReplyDeletehaha...itu lecturer yg berada dalam tekanan...hahahaha x faham situasi tudent dia...hahaha
ReplyDelete