Sunday, January 23, 2011

Suami beragama, belum tentu bahagia

Salam wahai pembaca-pembaca ku sekalian, chewah!! . Hah...sebelum ni aku ada tulis entry yang bertajuk Buat Wanita Solo: Cari Lelaki Macam Kata Mereka. Kalau korang belum baca lagi entry tu, bleh la baca dulu ya.

Ok, berbalik pada tajuk entry. Ada seorang Cik Anon yang komen entry aku tu, yang mana komen dia berbunyi:

Daripada pemahaman aku, cik anon ni telah berkahwin dengan seorang lelaki yang beragama. Kiranya macam ustaz la kot. Tapi, aku agak kesihan dengan luahan perasaan beliau. Ya, walaupun, aku belum berkahwin, tapi sebagai manusia, aku faham apa yang dimaksudkan oleh beliau. Mungkin suami beliau ni lebih mengutamakan urusan akhirat sehingga terlupa tanggungjawab beliau. Pada pendapat aku, si suami itu sudah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami, bapa, ketua keluarga. Kalau korang tahu, apa hukumnya kalau dah begini??? Sila kongsi-kongsi..

Susah juga kalau terlalu mementingkan soal akhirat, sampai soal dunia diabaikan. Sepatutnya, kenalah seimbangkan dunia dan akhirat.. ye dok?? Mak hai... aku pulak pandai-pandai.. Padahal, kahwin pun belum. Tapi, apa salahnya...mungkin hal ini boleh menjadi pengajaran untuk masa depan kan.

So, kepada rakan-rakan pembaca di seantero dunia. fikir-fikirkanlah. renung-renungkan dan selamat beramal. heee

No comments:

Post a Comment