Tuesday, February 1, 2011

Cerita Ariel yang tak sudah-sudah.



Salam para pembaca semua. (ada ke yang baca) lalala.. Focus ngan tajuk entry ni. Mungkin ramai yang sudah tahu pasal cerita Ariel Peter Pan ni kot. Sebab aku tahu rakyat Malaysia ni memang kaki membaca dan mengikuti perkembangan semasa. Tak kira dalam negara or luar negara. So, aku tak perlu nak ulang balik berita yang telah ditulis oleh wartawan-wartawan yang bertauliah tu.

Bagi aku la kan. Apa la nak heran sangat dengan benda-benda ni. Memang dah akhir zaman, perkara-perkara 'panas' tu dah macam adat kat mana-mana. Sebab iman tak kuat. Mungkin juga terpengaruh dengan budaya barat. Apa-apa je la. So, apa yang berlaku tak perlu diperbesar-besarkan. Bukan ka semua tu dah memberi aib kepada si pelaku. Dah memang aib, ditambah lagi aib. Kat ke dah terlebih rasa. kepada Ariel. Anda memang malang.

Eemm.... rakyat indon ni pun satu...benda tu pun nak kecoh... itu hal peribadi si ariel.. biar la dia tanggung... ni siap nak protes lagi ngan keputusan mahkamah tu...bagi itu dah cukup seksa untuk dia (ariel) tanggung di dunia ni...selebihnya biar Tuhan yang punya urusan...Konon-konon si Ariel ni dah menjatuhkan moral negara (Indonesia) bagai.. Ok, yang dorang wat rusuhan tu ada moral ke tak? siap ada yang pakai ketayap lagi, pastu baling telur busuk, jerit bagai nak rak..(seolah jeritan ketika ariel membuat persembahan kat pentas).. So, itu BERMORAL ke?? Rasa-rasanya yang duk keras menjerit tu adalah kaum dewasa.. Macam la dorang tak buat salah macam si ariel. Cuma bezanya, dorang (orang awam) ni tidak ketahuan.. ntah2 legi hebat daripada kes si Ariel.. Tapi 'ikut-ikutan' wat rusuhan bagai... (ish..ish..ish...gelang kepala)

Wahai rakyat indonesia yang "bermoral"... takkan kerana si areal ni selebriti yg dah buat salah dengan 'video panas' beliau dah membuatkan korang rasa negara korang tu dah tercemar.. come on la! rasanya kat indonesia tu ramai sangat pelacur, gay or what so ever yang lebih teruk dari si ariel tu...tapi korang buat tak kisah pulak..takda pulak dengar masuk mahkamah, kena tangkap oleh bapa polisi... Tapi, oleh kerana semua kenal kat dia (penyanyi terkenal)... terus huru hara seindonesia.. Kuat betul penangan si Ariel ni. (kagum kejap) hehe^^
Kiranya sebelum ni, rakyat seindonesia memang memuja-muja dan memuji-muji kat ariel kot. Malah mungkin ada yang minat sesangat kat dia kan. Sebab tu, bila dia buat salah semua orang tak boleh terima kenyataan. aku bukan la nak sokong si ariel ni. bukan juga seorang peminat fanatik dia. tapi, sebagai umat islam.. kita tidak perlu untuk buat perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah sendiri, agama, dan negara dek kerana tak puas hati dengan keputusan makhamah.

Andainya la kamu (rakyat seindon yang buat rusuhan tu) dapat pukul si Ariel sebab tak puas hati bagai. Pastu si Ariel ni mati akibat dari tindakan kamu (contoh aja). Adakah kamu sudah puas hati??? Adakah maruah indonesia kembali normal?? Adakah moral korang yang jatuh tu boleh naik balik?? Korang ni kan, tak habis-habis buat hal. Sampai "Hangat" berita pasal kamu seasia. Aku pun dah naik muak nak dengar. Buat sesak dada akhbar kat Malaysia je.

Takpa juga kalau berita korang yang panas ni boleh turunkan harga minyak di Malaysia. Tak pun dapat tarik balik rakyat korang yang 'bermoral' dan berlambak kat pelusuk Malaysia ni balik kat Negara kamu. Itu ok sikit. Ni, takda faedah langsung tuk pembaca 1 Malaysia.

Cukup-cukup la tu. Biar Si Ariel sendiri yang tanggung. Semua tu urusan dia dengan Tuhan. Yang takda kena mengena tu. Korang doa je supaya si Ariel ni sedar, bagi hidayah sikit kat dia..

3 comments: