Tuesday, February 1, 2011

"[Contest] Jejaka Terhangat Nak Bagi Henpon Free..!!!




Salam and selamat pagi. Tadi sebelum pergi sarapan kat kedai mamak, aku buat blogwalking kejap and sekali aku terpesona dengan Contest daripada jejaka terhangat sebab dia nak bagi handphone free. Wow! superb la bebeh!~~ Aku memang terpegun dan terpeson. Kemudian simpan hajat tu nak buat lepas pergi sarapan. Hal-hal kerja belakang kira. Yang penting buat entry pasal contest ni. Sapa tak nak barang free beb! haha^^ Kepada yang nak join, sila click link kat atas tu lihat sendiri syarat-syarat pertanding ok.^^

Ok, sekarang aku nak masuk pada isi kandungan utama. Dengan tidak tahu malunya aku nak senaraikan kenapa aku nak dapat Henpon Free dari Jejaka Terhangat ni.. hehehe

Wahai Jejaka Terhangat, meh aku cerita kenapa aku nak hendpon free ko tu meh. Asalnya, handphone aku ialah nokia X6 (seperti dalam gambar)...Sejibik rupa macam tu. Gambar tu aku cilok dari Google image. Time aku beli tu konon si sales man tu khabo ni ok. Jadi, aku pun beli la dengan hati yang terbuka. Malas nak dengar dia nak promote lebih-lebih. So, aku bayar la dengan harga RM1100.00. Wah! memang bergaya la aku dengan handphone baru.

Malam pertama aku beli tu, memang ruang bilik bercahaya dengan terang benderang dan gilang gemilang sebab aku duk explore applications dalam handphone tu. masuk sana and masuk sini. Click sana and click sini. Yelah, first time guna handphone touch screen la katakan. Dan malam tu jugak la duk mesej kawan-kawan rapat semata-mata nak khabarkan yang aku beli handphone baru. Rasa seronok sebab dapat menjeleskan mereka dengan handphone baru aku setelah berkali-kali aku dijeleskan. hahaha Nasib aku takda no tel Jejak Terhangat. Kalau ada, confirm aku sms ko jugak tau Jejaka Terhangat.

Tapi keseronokkan yang aku kecapai dan nikmati tu tak bertahan lama tau Jejak Terhangat. Tu la padah menunjuk-nunjuk. Padan muka aku. dush! dush! dush! lain kali tak perlu berlagak bagai nak rak. Diam-diam sudah. Satu hari tepon kesayangan yang dimanja dan dibelai tiap hari tu dah menunjukkan perangai tak sampai 1 tahun. Tiba-tiba screen ada masalah. Berkaitan dengan hand phone tu, aku ada buat entry dengan tajuk: Enset ku berasal dari gurun sahara la weyh!! (sila click tajuk tu utk baca pasal enphone aku tu) tak nak baca pun takpa.^^ Tapi sebab dan masalah tepon tu aku dah cerita kat entry tu. siap ada SAJAK hentam tuk tepon tu lagi.^^



Memang aku sakit hati betol la hang tau x Jejaka Terhangat, sebab gara-gara tepon tu aku beli tepon baru. Tu pun buka 1st hand ok. Aku beli dari kawan dengan harga RM50 sebab dia ketandusan duit time tu. So, kebetulan aku pulak memang nak beli tepon biasa-biasa. Well, bila dah pakai tepon 'baru' tu, kira ok la jugak. Jejaka terhangat tau kenapa? Best jugak walaupun tak dapat amik gambar, tak dapat dengar mp3, tak dapat rakam video, dan tak dapat rakam suara sendiri bila nak menyanyi ke laut, tapikan tepon tu ada LAMPU PICIT, dan ada RADIO ok!! betray pun tahan 1 minggu..?? hahaha (dengan bangga).

Walaupun ada tepon "baru" tu. Tapi nokia x6 tetap aku simpan dan sentiasa bawa kemana-mana. Sentiasa ada dalam poket aku ni hah. Memang aku masih guna. Tapi tu la...kena tunggu lama untuk buat tepon loading secara normal tak pun terpaksa jemur di bawah pancaran matahari, bagi dia panas. Tepon tu aku guna simcard digi. Kiranya aku memang ada 2 simcard la. So, seandainya aku dapat tepon free dari ko wahai Jejak Terhangat, aku just pakai 1 tepon dengan 2 simcard yang boleh diaktifkan sekali gus. best! best!.. Tepon nokia x6, aku akan jual dengan harga lelong dan tepon 'baru' tu aku akan kasi anak buah aku yang masih kecik tu. Supaya nanti kalau aku call leh dengar suara dia selalu (padahal tak pandai cakap lagi ok).

Wahai Jejak Terhangat, ko tau..sebelum ni, tak pernah orang bagi aku tepon tau kecuali bapa aku. Dulu, time habis je form 6, aku duk minta simpat dengan wat muka comel minta kat abang aku 1 tepon, tapi dia tak kasik padahal dia ada 2 tepon. Then, aku try buat muka comel lagi tuk minta kat akak aku.. dia pun tak kasik. Tapi, bapa aku pulak kasi aku tepon yang dia beli kat kk (second hand nokia 2300). Tu pun aku sangat bersyukur ok. dapat gak aku merasa pakai tepon.
Memang happy giler aku guna tepon ni, tak tinggal tau aku bawa ke mana-mana. Tapi atas sebab rosak dan ada problem time kat universiti, aku p gadai. Lepas tu, bila aku sanggup guna duit PTPTN sebab nak beli tepon Expressmusic 3510. Pergh! tepon ni memang tahan sebab aku masih elok sampai sekarang. Tapi sekarang HP tu aku dah bagi kat abang aku, sebab dia kata dia takda handphone yang ada camera. So, sebelum aku bagi kat dia, aku siap ungkit-ungkit kat dia yang dulu time aku minta tepon kat dia camna kan. Last-last aku bagi gak la sebab aku kesian tengok dia pakai tepon yang yang 'takda camera tu'. Time kat penang dulu, aku beli tepon Sony (macam dalam gambar tu). Biasa la, dah dapat duit mmg pasang niat beli tepon time tu. lagipun terpengaruh dengan tepon kawan yang cun dan berjenama sony ericsson tu. Tapi, kes yang sama juga. tepon tu aku bagi kat akak aku sebab dia ckp tepon dia ada promblem, lagipun dia suka tengok tepon sony tu, comel. So, aku pun bagi la tepon tu, tapi duk membebel jugak sebab sebelum ni, permintaaan aku tuk memiliki tepon mereka tak pernah tertunai. Tapi, memandangkan aku agak mampu sikit beli tepon drp dorg. So, aku bagi la tepon tu. Itu pun selepas aku beli tepon nokia X6. Kira mereka memang beruntung ada adik bongsu macam aku. Senang nak amik kesempatan. Aku ni memang mudah kesian kat orang. tambah-tambah kalau adik beradik sendiri kan..huhuhu

Korang dah boleh aku yang mana kan.. ni la aku bersama akak and abang aku.

Ok la. Aku dah spent time lama sikit pulak rasanya tuk cerita pasal tepon aku kat ko wahai'Jejaka Terhangat'. Pasni aku nak buat kerja aku pulak, quotation tuk client nak kena buat, call client sana, client sini, client seberang laut, atas pulau, tepi laut dan dalam hutan (bukan cik monyet tau). aku pasti mereka rindu nak dengar suara aku yang merdu dan lunak berkrim coklat ni.

Ok la Jejaka Terhangat, kalau tak terpilih tuk jadi pemenang pun takpa la. aku sekadar berkongsi hidup aku bersama dengan kisah handset aku.^^

aku nak tag:

tq........


nota: Contest Pantai by mr.K masih dibuka sehingga 7 Feb 2011 (12.01am)

3 comments:

  1. thnks..haha nt keja aku tgh bz gila nih..ingat leh rileks...takpe ni masalah gue..Tq pasal Tag tu..cayalah ..aku rasa ko boleh dapat enpon dr penganjur tu..Gud Luck.

    ReplyDelete
  2. warrghh..!! superb ni..panjang berjela..bleh buat cerpen terus. ahaks..banyaknye Jejaka Terhangat kat situ. ngehh..

    thanks coz setai..penyertaan diterima..n dah follow blog ni skali..gudluck..=)

    Aku Alergik Dengan Drama Cinta Budak Sekolah..

    ReplyDelete