Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

Funny Pictures

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.







Click! Click!

Followers

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...

Wah!! Memang tidak ku menyangka bahawa enset ku berasal dari gurun sahara. Mungkin aku hanya mereka-reka cerita. Tapi sifat-sifat yang ditunjukkan oleh enset ini membuatkan aku yakin untuk mengatakan sedemikian rupa. Ewah…ewah..ayat memang tak bleh blah. Haha

Kenapa dari Gurun Sahara??

Pertama, apabila enset ini terdedah dengan persekitaran yang sejuk seperti berada di dalam bilik beraircond, diletakkan di atas simen, atau di tempat-tempat yang sama waktu dengannya yakni SEJUK. Skrin enset ini akan bertukar menjadi paparan yang tidak dapat difahami. Paling senang nak cakap, skrin bergaris-garis kegelapan. Huhu Itu Bermaksud, enset saya perlukan suhu atau haba yang panas untuk kembali normal. Sebabnya, dia tidak biasa dengan persekitaran khatulistiwa, apatah lagi kalau di kutub! Kan dari GURUN.. Huh!

Jalan Penyelesaian??

Biasanya untuk membuatkan aku boleh membaca di skrin tersebut, aku akan memastikan enset ku berada dalam keadaan yang panas. Selalunya, aku akan letak enset itu berada di dalam poket seluar, supaya dia selalu terkena haba daripada peha aku (jgn dianggap lucah ok) hahaha

Ataupun, aku akan simpan di dalam poket baju ku. Atau pun kepit di celah2 ketiak ku. Atau pun kepit di bawah bontot ku. Hahaha macam haram!!!! (suka hati aku la nak buat apa) milik aku kan…hehe ok, Paling tak, aku akan jemur seketika di bawah sinaran matahari (tapi dalam office xdapat buat cara itu).

(Nukilan in ku tulis khasi untuk diri mu wahai enset ku)

Wahai Enset ku sayang,

Kenapa la kau begitu?

Kenapa perlu sentiasa berada disisiku?

Sehingga tak nak berpisah dengan ku walau sejenak lalu?

Pantang ku letak kau sekejap atas meja atau mana-mana.

Kau kan merajuk sehingga menyembunyikan rupa(skrin)mu.

Wahai enset ku sayang,

Kesihani la tuan mu ini,

Jangan kau buat hal yang tak tentu pasal,

Aku takda duit nak bawa kau jumpa doctor mu,

Lagi pula, aku pun tak nak berpisah lama dgn mu,

Aku sayang kat kau selalu,

Sebab tu ku letak kau dalam poket ku,

Ku bawa kau bersama ku selalu,

Dalam tandas? Nak makan? Nak shoping?

Kau saksikan sendiri bukan??

Jadi? Kenapa? Kenapa? Katakan kenapa?

Kenapa kau buat hidupku,

Sukar untuk tidur?? (ops! Lirik lagu daus plak!)

Emmm… wahai enset ku (berdengus)

Kau tahu tak? Mahal aku membeli diri mu itu,

Ramai-ramai rakan mu berbaris melihat ku hari tu,

Kau juga yang memikat aku..

Tahu berapa harga diri mu itu? RM1100 kau tahu!

Jadi enset ku sayang,

Tolong la bersikap baik dengan tuan mu ini,

Jangan kau berperangai bagai ye..!

Nanti kalau ku berduka cita,

Siap kau ku gantikan dengan saudaramu yang lebih murah di sana,

Tak kisah la ‘siapa/brand’ dia.

Kau mahu?? Tidak bukan??

Tapi enset ku sayang,

Andai kau tidak mampu untuk bertahan lagi sob sob sob

Tolong la bertahan sehingga duit ku terkumpul dulu,

Baru la aku sedia tuk melepaskan mu pergi,

Tapi sumpah! Kau akan menjadi kenangan terindah buatku,

Jasa mu akan tetap dikenang,

Tapi itu “kalau”…..

Sekarang aku belum bersedia..

Sebab kau terlalu mahal buat ku ini..

Kau la yang paling mahal setakat ini di hati ku

Jika dibandingkan abg, kakak, ibu, bapa, datuk, moyang mu sebelum ni,

Sedangkan mereka boleh bertahan sehingga kini

Walaupun ada yang telah dijadikan “anak angkat”

Oleh kakak dan abang ku..tapi mereka ok!

Aku tahu mereka merindui ku,

Tapi aku tak peduli!!!

Kau juga yang paling ku sayangi.

Jadi enset ku Nokia X6.

Bertahan ok! Chaiyok2! Aja2 fighting!

6 Responses so far.

  1. peh! X6 tu...


    Latest Entry:
    http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/serasi-bersama.html

  2. @DanieL AdiEhaha nama jer x6... tapi x sampai setahun dah buat hal! hampeh tol...hahaha

  3. WoW! RM1100 tuuu... jeles2..
    erm, Lawakla sampai nak kena kepit dalam bontot.. HAHAHAHA..

  4. TGK AKU PAKAI HANDSET NOKIA3310 BERTAHAN LAMA OOOO...DAH LA BALIK2 JATUH SAJA..XDE EFFECT OKEY!!! NI BRU LA BUATAN MALAYSIA! WAKAKAKAK

  5. @ZWAN SABRIhaha pembetulan kat situ.. kepit bwh bontot yer...hahaha rm1100 tu pun lepas discount dah tu sbb biasa ngan tuan kedai...huhuhu

  6. @Rezz Fukumoto hehehe kan! nokia 3310 lagi tahan lama...klasik tu...ermmm.

Leave a Reply