Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

Funny Pictures

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.







Click! Click!

Followers

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...

Archive for January 2012



Assalammualaikum.

Semenjak dua menjak ni, tidur siang aku selalu saja di ganggu dengan bunyi enset sendiri..huhu time tidur jer ada la lagu ni berkumandang...

berttttttt <--vibrate diikuti dgn lagu.. (sms)

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
ku terdiam......

******
Dengan keadaan mamai aku buka harap sms dari awek. Tapi bila buka and baca... dari unknown number..

"boy, bila surat BR1M tu sampai? aku layak ka? tolong tgk nama aku ok ~ (nama samaran)" 

Malas mau balas..sambung tidur semula....
..........................................................................................
Pastu, enset berbunyi lagi...kali ni calling dari someone...

bunyi enset beteriak kuat dgn lagu...

Melati ku pergi
Tak pernah kembali
Dia tinggalkan aku
Sendiri di sini....

Aku terbangun lagi dengan malas utk menjawab call...tgk number keluar kat skrin...unknown number juga. Sambil bermonolog dalam hati "Entah2 pegawai dari LHDN yang call ni..."
then press (slide to Answer) <--- nak gitau hp touch screen kunun hahaha

berdehem kejap tuk adjust suara supaya tak kedengaran baru bangun..
hem...hemm..hemm... (dengan suara merdu, aku menjawab)
"hello..Assalammualaikum"
"waalaikumsalam. Boy, aku ni bapa si ooooo <-- (nama pemanggil)"
"oh...kenapa tu?"
"nda la..mau tanya ni, bila keluar keputusan BR1M tu? Nama aku tersenarai ka?" 
"em..nda pasti lagi, senarai nama bukan tempat kami, tapi nanti aku tolong check di sistem ah.. bagi number IC jak k"
"Oh bah..nt aku sms ar.."

****************************
Yang aku heran, macam mana dorang ni boleh dapat nombor Enset aku yang cantik tu 0123456789 ek? adoi...sejak balik dari outstation ni, byk panggilan and sms yg aku dapat...gara2 nak tanya semua ni. Hello, sekarang ni pun, masih banyak borang yang kami belum key in  dlm sistem. Sabar la k. Aku lempang kang. hehe 

Sebenarnya, voucher sudah sampai kat LHDN utk mereka2 yang layak. Aku sendiri pun tak pernah tengok lagi bentuk voucher tu macam mana. Masih rahsia lagi kot. Kami pun belum dapat apa perintah lagi. Sedangkan masih banyak lagi borang yang kami belum key in kot. Alih2 skg ni dpt info lagi yang permohonan dah dilanjutkan sampai 10Feb2012. Aiyo. Bertambah lagi kerja. 

Ok,gambar kat bawah ni adalah lompokkan borang yang kami dah keyin untuk bahagian Kota Kinabalu sahaja. So, bercampaur baur la borang tu kena susun mengikut tarikh. Start hari jumaat lepas, kami duk cari semula borang pemohon yang tak layak...keluarkan balik utk tujuan proses rayuan. Esok sambung semula utk membongkar borang2 tu..Banyak lagi kerja nak buat. Para pembaca tak perlu la tahu lebih lanjut.. masih dalam rahsia kerajaan. hehe

One of my fren yg kepenatan.
Mengimbas pengalaman kat outstation hari tu, macam-macam cerita ada..Malas na cerita pjg hehe Nampak Gambar kat bawah ni? tgk la muka aku yg ensem lesu dan tak bermaya tu..hahaha memanggil pemohon seterusnya.. Padahal acting jer lebih haha Gambar ni diambil selepas kami dipindah dari Astaka terbuka Tapak Tamu Beaufort. Dipindahkan sbb dah tak ramai pemohon hantar borang. Keadaan di sini lebih selesa la..ada aircond la yg penting + guna kerusi bos2. haha 
Lokasi: Bilik Gerakan Daerah Beaufort

Ni la tempat sebenar kami, sebelum dipindahkan ke Bilik garakan Pejabat Daerah tu.. Time ni dah tak ramai yang hantar. Meja aku adalah khas tempat bertanya. Haha plus aku ketua kat bahagian beaufort. So, apa-apa hal, rujuk kat aku la..time tu jer...Pak cik JPA pulak jadi mangsa aku tuk edar borang + Tq juga kerana menjaga keselamatan kami. Abg-abg Polis pun ada time ni. Tq jg kat mereka. 
Astaka terbuka tapak tamu
Gambar kat bawh ni pulak ketika aku dijemput oleh pegawai daerah untuk sesi taklimat dan soal jawab bersama ketua Kg, JKK, and KAN. Memandangkan wakil dari LHDN KK tak dapat turun, so..dengan yang aku berhadapan dengan mereka ni..Gabra, neves, bangga, takut, semua ada haha And alhamdulillah, aku dapat menjawab semua persoalan yang dibaling diajukan kat aku. Yakin siot aku. Walaupun mereka ni agak berumur. Semua bagi kerjasama and faham dengan apa yang aku cakap. Nasib bukan cakap BI beb
Sesi Taklimat bersama wakil-wakil Kampung 


Sekarang dah kembali ke Kota Kinabalu. Teringat plak time outstation hari tu... Will keep all the memories in my heart...gituh!




note: Nak claim elaun...ki3





Salam semua.. apa cerita korg? harap2...terbaik blake...hehehe 


Hari ni, aku tak kerja..so, plan g kuar jalan-jalan kat bandar kota kinabalu...yang tak syoknya..aku jalan sorang-sorang jer..adeh! sangat bosan...


Perkara pertama yang aku buat bila sampai kat KK, aku terus g celcom centre..apa lagi kesnya...bayar broadband aku la yang tertunggak.. RM200 terbang...fewwwwww....


new hair~short spiky
Lepas selesai kat sana, aku terus p centre point a.k.a CP..niat kedua ni aku p gunting rambut...emm.. sebulan rasanya tak gunting rambut..dalam sebulan tu, aku gunting rambut orang ada la dlm  4 orang...hehehe ok la...terbang lagi RM20 (berbaloi tak?) emmm....


novel 
Hah!...lepas jer habis gunting rambut kat ground floor...aku terus round-round CP.. Then, aku masuk plak kedai Eaton.. niat, nak window shopping jer sebab teringat time skolah dulu, bila outing mesti nak beli pen baru haha.. But unexpected was happened.. aku beli novel kot! hahaha pastu novel BI plak tu.. (apa mimpi aku semalam ek?)... 

Ntah la...aku macam tertarik nak beli novel alaf 21 ni..cam best jer jalan ceritanya bila baca kat synopsis (faham sangat) haha tapi, terlintas niat dalam hati..."memandangkan aku dalam proses mahu memantapkan penguasaan BI, so aku beli novel ni semata-mata nak improve English aku" Insya Allah. Sebenarnya, ni novel pertama yang aku beli..harga RM30 (RM15 satu). Perghhh!!

product bata
Kemudian, aku nak sampaikan hajat aku yang seterusnya tuk beli kasut kerja..niat dlm hati..tak nak la beli yang mahal-mahal..yg penting selesa dan smart dipandang mata..gituh! hehe tapi yang lucunya...aku p test semua kasut yang mahal-mahal dulu (amik feel gitu). Alih-alih aku pilih kasut yang murah jer..hahaha RM69.90 + stokin RM9.90 (tak mahal kan)... 

maybe sales girl berkata-kata dlm hati "hampeh tol mamat ni, habis dia test kasut yang mahal2 tu...tapi, beli yang murah jg...adoii" hahahaha Lantak la ko sana.. customer is always right ma.... hihihi...

Em...lepas ni bila plak hajat aku yang INI akan tercapai agaknya ek...huhuhuh 



note: berbelanja untuk kepuasan ke keperluan?? emmm meh kita fikirkan bersama...

BLOG LIST PERTAMA AKU >NIZAM ZAKARIA<

Yeah! akhirnya aku aku dah letak blog list aku yang pertama...Sebabnya...hari tu aku berniat, kalo aku jumpa blog yang ada letak nama blog aku kat list dorang (sidebar)...aku akan letak balik blog korang juga dlm list aku..heheh so..kebetulan aku wat review kat satu blog ni...and tgk2...ada blog aku kat list dia...so, aku grab dia ters..zapppp! gitu...hehehe klo korang nak tau...dia ialah...blog NIZAM ZAKARIA 


Em...thanks ya dude coz sudi bubuh aku kat list ko ek...hehehe Aku tahu...mesti ada antara korang yang letak blog aku as korg punya list kan??? (hahaha...penuh yakin siot! puiiii) hahaha...so, kalo ada kan...(klo ada la) korang gitau la ek...aku takut aku terlepas pandang...sebelum aku bagi limit berapa blogger boy and blogger girl yang au nak letak baik korang gitau!!!...hik3...so, kirannya nanti aku akan jadi pembaca setia blog korang..gitu! hehehe


p/s: lis blog aku tu dah lama kosong...hik3

Salam pembaca semua...

wah! tajuk nak juga gempak gempita kan...gitu! hehe yelah, asal buka FB dan Blog jer.. Memang meletop kebaboom dengan cerita panas pasal DSRI kan...rasanya, rata2 dah tahu pasal berita hangat hangit ni kan? Nak kata apa lagi.. Itu la takdir daripada Allah kan.. Dia nak jadikan gitu, so gini la jadinya. hehehe Aku pun sebenarnya tak nak cerita panjang berjela-jela pasal berita tu...dah diketahui umum sampai serambi dapur dah pun...hehehe yang aku tahu...kesimpulan dari liputan dan lipatan para blogger dan facebooker mengatakan DSRI dah bebas daripada tuduhan atas "kes-kes" beliau. So, tahniah ajer la.. (ops! aku bukan sokong sapa2 ek! penegasan kat sana) hahaha 

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan ye..seterusnya kita masukkan sedikit garam, rempat ratus, bunga cengkih.... (Eh! apasal dah jadi Chef Wan lni!) hahaha...silap-silap..hahah...Melawak jer...hahaha

Ok..ni! aku sebenarnya nak umumkan dan mengingatkan saja yang Proses Penghantaran Borang BR1M akan ditutup esok jam 5PM... So, kepada mereka yang belum lagi menghantar borang permohonan tersebut..sila hantar dengan pecutan yang semampu korang ya...Sebab, selepas esok...semua permohonan tidak akan dilayan..Sorry ek! tanda tangan aku dah mahal dah lepas tu...kalau nak minta sign..meh! aku sign kat dahi korang ye..minta kat approve kat MoF sana...he3...dah tempoh sebulan kena bagi..last2 minute baru terhegeh2 nak minta sign aku...tak mau! tak mau! hahahaha 


penat dol menunggu dalam ruang bilik mesyuarat tu. datang orang je aku dah jadi pelakon hebat...buat muka sehabis macho, cute, chumil, manis, bagai...sbb orang datang nak minta sign kan...hahaha (mahal gak sign aku rupanya)  padahal...epenatan + mengantuk bagai...hehehe


OK...thats all...be hurry before late ok! gitau org2 kampung ea! hehehe 


Selamat Tengah Malam Semua...
Aku sebenarnya dah nak tidur ni...tapi kerana terlampau excited..aku nak gak kongsi kat korang tentang chat box baru ni...namanya FIBOX...apa yang best??? erm...dari pertama kali buka tadi...memang best la gamaaknya...Thanks kepada Cik Nafisah www.belogkayangan.blogspot.com yang share pasal chat ni...



cik nafisah: nak guna gambar yang kamu upload tu bleh? nak share...malas nak print skrin sbb mata dah ngantok hehe

Kelebihan :

1. Nampak comel ( hehehe x bleh blah)
2. Korang bleh Link blog or FB korg (mcm biasa hehe)
3. Wajah korang kuar kat chat tu..bukan nama semata2.. (Gmbr yg kuar tu adalah gmbr prifile FB korg) kenapa gmbr profile FB? sebab..time nak Sign Up tu...kita kena sign up guna FB...
4. Terbaekkkkkk dari ladang beb!
5. X berat (cepat loading)



Try La! 

Hik3...ternyata...walaupun takda komen...but i know i got silent readers kt blog usang ni...em...ternyata, masih ramai yang singgah walaupun hanya beberapa orang... rasa seperti dihargai gitu...muah! Padahal...aku sendiri pun menjadi silent reader kat blog2 member...hehe confirm la dorang tak tau...so, here the prove...hehehe can u see the picture? well...thanks to my readers yg sudi datang baca ye...even entry tu baru je aku post..love u guys...


Macam biasa...bila aku buka blog...ada la beberapa blog yang aku review kejap2 and read their latest entry...ermm...byk yg aku missed..kdg2 klo tajuk yang menarik perhatian tu memang aku click... bila dah baca, ada juga la aku bangga dengan pencapaian kawan-kawan blog semua...alhamdulillah, korang dah berjaya and dapat apa yang korang nak..proud to know that..korang memang awesome!!! Wish korang sentiasa success... amin...



heart bits says: seronok jadi korang...

Salam. teringin juga aku mau tulis something sempena tahun baru ni. Biarpun lambat, asalkan ada...hehehe Btw, happy New Year 2011 to all my readers (ada ker) hik3...ada pembaca ker atau takde aku tak kisah pun.. hik3 

Byk yg tak tercapai di tahun lepas. takpa la..putaran hidup..aku go on jer..biar Allah yg decide utk hidup aku. 
Susah betol rasanya hidup tanpa internet ni. Nak online kat enset pulak slow giler. Tambah2 lagi kalau nak post entry dalam blog ni guna enset. perhhh! memang slow nak mampos. 

Insyallah aku ku miliki tepon ini
APA AZAM AKU TAHUN NI? (nak gak ada azam...hehe)

Tahun ni kalau ada rezeki..aku nak beli enset sony ericson la pulak..yang ada application android, coz aku dengar cerita...klo via android bleh online blog dengan cepat..so, aku target satu jenis tepon ni.. XPERIA RAY HIGHLIGHTS...bunyi mcm best...hehehe tapi aku survey harga tepon tu, dlm RM950++ huhuhu...kumpul duit la dulu nampaknya... pastu, bila dah dapat bende tu nt..apa lagi..terus la try applikasi blog...

ni tepon aku skg (bosan dah aku)
Skg ni tepon aku nokia X6 16GB...tapi dah try cari applikasi tuk blog...mmg xda..hampeh..sebb tu, dah berkurun aku rasa tak dapat update blog..huhu paling2 pun klo nak on9...buka fb jer...boring giler...blog aku pun dah mcm bersawang tebal dah..huhu (gara2 duduk kg. and jauh dgn pekan) mls mau kur pekan semata2 nak update blog..hehe buang tambang duit jer kan.. 

Lagi satu, kalau ada rezeki lebih...aku nak buat lesen kereta..InsyaAllah..setakat ni, aku baru siapkan lesen motor..So, plannya mcm ni...aku nak beli motor dulu..at least ni, bleh la aku meronggeng ngan motor sendiri..hehehe mudah sikit klo nak p mana2...minyak pun x mahal sangat kalo guna motor...hik..tapi, kalo hujan? hahaha faham2 la sendiri... tak yah terikut2 dgn kemampuan org len yg bleh beli kereta... hehehe tu rezeki dorang..sikit2 la...hehehehe

mcm best! 
Kalau la rezeki aku murah! (insyaAllah) aku nak renovate rumah kat kg...kesian rumah family aku tu. walaupun dapat utk kami sekeluarga berteduh, tapi nak juga  kesempurnaan..tak banyak pun takpa..sikit pun jadi la.. aku nak gak merasa ada bilik sendiri..hehehe (selama ni,ruang tamu la bilik aku) hehehe InsyaAllah aku nak tambah besarkan ruang...tambah bilangan bilik. So, senang nanti kalo raya tak la sesak...dah la keluarga aku rmai..kesian dorang..terpaksa bergilir2 naik rumah...hehehe Nak tolong family la kesimpulannya tuk siapkan rumah..rata2 rumah kat kg aku besar2 belaka..hemmm selesa aku tengok.. Alhamdulillah dorg mampu buat rumah sebaik itu. Rezeki namanya. 

Apapun aku berharap rezeki aku tahun ni ada la.. InsyaAllah.