Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.

Click! Click!

Followers

Khazanah Tulisan Ku

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...

Archive for January 2011


Salam. First of all, thanks a lot to you guys who joining my contest (tetiba bersepiking) ^^. By the way, for your info.. Hadiah aku dah sediakan. That size is not too big, and not too small. But then, memang chomel.. sesuai untuk uda dan dara. Mak dan abah pun leh simpan. hehe..

But now, the problem is aku nak cari kotak tuk balut benda tu, pastu nak post.. berat tu memang tak berat langsung.. Angkat guna hujung jari pun boleh.. haha tapi benda tu bukan la leper... dan yang pasti bukan key-chain dari Sabah. haha kan top sekarang cey-chain yang bertulis Welcome to Sabah. Pastu ada image Gunung Kinabalu la, Alat musik Sabah la, Bunga refflesia la, orang pakai baju kadazan la. haha bukan itu ok.. Benda ni sebenarnya aku buat sendiri pun boleh. Simple but cute. Simple-simple pun harga cukup tuk aku buat belanja makan tengah hari. Tapi tuk korang.. Aku beli jugak coz its so cute... hope that who will be a winner later, you'll keep it carefully. Ermmm...should i put my picture together into that present?? (wah! bajet nak fofular lalala) no need i guest. Just enough i put some wishes right?... hehehe (tapi kalau bubuh gambar pun ok gak, because you'll remember my face and that present is from me) lalala *ok, sila menyampah ngan aku sekarang! ^^

Bagi si pengadil contest pulak dah mula pening kepala once i mentioned to them that my contest's participants are more then 50..hahaha... ye kabo ye takut pening pale nok pilih hok ane se hok paling cun. Doh ye stuju nok jadi pengadil ork.. hehe jadi, tu memang doh tugah ye ah... pergh! bapok pekak gile bhs ganu aku ork..hahah (lama x dgr ckp ganu).. doh kalu saloh tu mung kabo ke aku deh, leh aku betol kang...lalalala

Ok, hangpa suma takyah duk pikiaq pasai suma ni noh. Hangpa duk join pun dah kire ok. Ceq ade gak p usha-usha tgk penyertaan hangpa suma, and kesimpulannya, gambar hangpa memang comei.. kalu skali imbas, memang ade yang menarik perhatian ceq. Tapi ceq bukan pengadil, jadi biaq pengadil duk pilih yang terbaek dan keputusan di tgn mereka..(bhs utara pun best doh)...^^

So, kepada yang belum menyertai contest ni, you still have a time to join because the due is this coming 7th feb (12.01 am). Click Here to join the contest. Be hurry before you late.. (B.I tak betul duk ngegada berB.I) hahaha ada aku kisah...larikkkkkkkkkkk!!!!!!!

Ok..aku nak join jadi bloglist mr.iqbal hakimi ni hehe...siapa yang nak jadi bloglist mamat ni. apa lagi, mai la meriahkan ea...hik3 korang just letak headar dia tu sebagai syarat..tapi ada lagi syarat2 lai... kalau korang nak tahu..clik (SINI) tu pergi ke blog dia ok...So,kalau dah pergi tengok kat blog dia, apa lagi..korang buat la entry pasal mamat ni. Tak rugi pun. Sambil2 nak promote blog korang kan.. tapi aku tahu la dia nak berapa org..tak kisah la semua tu..hehe

Kalau korang perasan, mr.iqbal ni rajin update blog dia. sebab tu la follower dia boleh tahan ramai. Dia suka review blog orang lain.. (rajin mamat ni)^^ daripada pembacaan dan penghayatan aku selama aku jadi follower mr.iqbal ni, blog dia adalah untuk nak share info-info, tempat meluahkan perasaan, tempat nak koment itu dan ini, rajin join contest antara bloger..perghhh! Aku tak heran la kalau ko boleh jadi popular suatu hr nanti la mr.iqbal hakimi. hehehe ^^

Satu yang aku perasan pasal mr.iqbal ni, dia memang minat artis cantik malaysia iaitu Lisa Surihani. ada-ada jer entry dia pasal Lisa. tapi aku suka cara ko olah ayat ko..simple, selamber, dan jujur...

Kalau tak silap aku, mr.iqbal ni masih belajar lagi. kat uthm ke uitm...emm... uthm kot.. Tapi, aku salut gak ar...dalam sibuk2 jadi pelajar, ko sibuk gak jadi blogger tegar ek.. ntah esimen ko pun ko tak layan sangat kot. Aku rasa ko lebih pandang blog ko ni daripada pandang esimen ko kan? hehe... hamboi! melampau tol plak aku tulis ni ea.. Tak la, itu sebagai perumpamaan jer.. sebab aku pun tak la seaktif ko walau pun dah nak masuk 2 tahun berblog ni...Oh ya, tarikh bulan kita start berblog ni sama tau.. aku start berblog ni pun pada bulan feb, iaitu 6 feb 2009 (tarikh birthday aku jg). jom celebrate birthday blog kita nak??? hahaha ^^

Ok, kategori aku ialah:
** BEKERJA (LELAKI)
TARIKH TUTUP bLOGLIST iQBALHAKIMI NI PADA: 2 FEB 2011 (12.01 TENGAH MALAM)

Kinarut, Sabah, January 2011: Bagi sesetengah pengemar game di laman web sosial (facebook), pasti mereka pernah bermain dengan game "Farmville" iaitu satu game yang bercucuk tanam, berkonsepkan pertanian dan penternakan binatang. Untuk pengetahuan anda semua,

Farm Ville yang sebenar juga wujud di Sabah. Ya, memang wujud, kalau tidak silap Farm Ville itu wujud pada akhir tahun 2010. Sebenarnya, farmville di sini ialah sebuah restoran makanan yang mengambil nama sempena nama game yang dari facebook tersebut.



Mungkin juga pemilik restoran tersebut merupakan seorang yang addicted dengan permainan game dari facebook itu. Sebab tu beliau sanggup mengambil risiko untuk menggunakan "FarmVille" sebagai nama restoran beliau. Memang tidak diketahui sama ada beliau mendapat lesen atau kebenaran untuk menggunakan nama "farm Ville" tersebut. Ada aku kisah? haha... Dia dah guna dengan yakin.. So, dia la tanggung sendiri kan..


By the way, sepanjang aku lalu lalang kat sini, tak pernah pulak aku singgah makan kat restoran tu. Aku tengok hari hari pun macam takda orang jer. Kalau ada pun tak ramai. Sebab kenapa? Sebab lokasi dia tak strategik. memang dekat dengan jalan...tapi terlindung dengan bukit dan berada dekat selekoh. hahaha orang susah berhenti sebab sana memang jalan highway. Gambar tu pun aku amik time nak p kerja pagi-pagi. Camera tu memang aku dah zoom 4 x (so, bayankkan la betapa jauh dari jalan raya)

By the way, kepada sesiapa yang nak rasa makanan kat restoran farmville kat sini. Silalah datang (dengan muka selambe padahal sendiri tak g cuba lagi). hahaha

Salam dan selamat pagi. Goodbye Labuan!!!! Sekarang ni kitorang tengah berada dalam feri untuk menyeberang laut cina selatan. hehehe kos untuk naik feri ni hanya RM5.00 per head... murah kan??

Muka-muka pengembaraannnnnn!!!
ha ha ha

Sekejap lagi mahu sampai di pelabuhan Daerah menumbuk. Masa yang diambil dari Labuan ke Menumbok dengan menggunakan feri lebih kurang 2 jam.. Kemudian kami naik bas dari menubok ke Kota Kinabalu, 2 jam... jadi perjalanan kami mengambil masa 4 jam.. perghhhh! sungguh lama...^^

Keadaan dalam feri ni sangat sesak sebab dalam ni ada aircond, tv plasma dipasang untuk menghilangkan keboringan para penumpang...kononnya la kot... kami pulak tidak duduk di kerusi yang disediakan sebab semua pun mementingkan diri sendiri...kerusi digunakan untuk meletak barang-barang mereka yang bertimbun bagai. So, kitorang hanya duduk di kat atas lantai... so poor... Tapi, bukan kami je yang duduk atas lantai ni, ada ramai lagu...siap boleh tidur bagai..

ok...dah sampai...^^ ready to go...


Salam blogger.. Malam ni rasa malas nak update blog because memang rasa sangat penat. Sepanjang kat Labuan ni memang kitorang enjoy sangat. Banyak cerita nak share. Tapi mata aku ni sangat la mengantuk. Esok pagi-pagi dah nak bertolak balik kk. Lusa dah kerja semula. Kena wat report lagi pasal appointment ni kat madam. Em..

Aku just nak bagitahu sikit2 apa yang kami buat hari ini.
1. Pagi-pagi kami g mandi laut
2. Makan rojak special and air batu ABC special (hand made by amy's auntie)
3. Teman budak-budak ni g beli belah (perfume and chocolates). aku beli choclates sikit jer..
4. amik member kat airport sbb dia nak join vacation kat sini.
5. makan kat KFC
6. Jalan-jalan kat ujana kewangan
7. bergambar kat pantai berbackgroundkan matahari terbenam
8. balik umah tgk cerita seram kat tv

Ok, itu la secara ringkasnya aktiviti kami pada hari ini. credit kat atuk sebab dah hantar kami pergi ke sana ke mari...

still tak dapat nak luangkan masa buat BW..jgn marah ya..
yang join contest aku tu tq..^^ tapi contest tu still open...korang tahu kan due bila..so, tunggu keputusan dengan sabar^^


Ok my blog. I luv u. wanna get sleep..

Salam. Hari ini semua appointments dah habis . Done! Penuh dengan dugaan. Kitorang sesat nak cari office. Boleh kan gitu? Hari ini kitorang pergi ke Maybank Limited (I) International, Cimb, Perbandaran Labuan, dan Jabatan Pelajaran Labuan.

Comment:

Jabatan pelajaran
Org tu cakap, dorang tak berapa memerlukan latihan computer, application, dan lain-lain. Kalau dorang nak latihan semua tu, dorang mempunyai tenanga pengajar sendiri yang terdiri daripada tenanga-tenanga pengajar di sekolah. Tapi, kalau takda pun dorang akan jemput tutor atau consultant dari luar. Dorang nak cut budget. Pastu, dorang nak suka membanggakan jabatan pelajaran sebab dorang kunun mengikuti perkembangan teknologi. Tapi bila kami tanya dorang guna excel versi keberapa.. dia ckp versi 2007. Hahaha nak tergelak kat situ jer. Mereka ketinggalanzaman ok. Sekarang yang terbaru ialah versi 2010.

Jabatan perbandaran Labuan.
First aku call tak angkat. kemudia kol punya kol..akhirnya yang pick up my call tu is the one of staff there. Bila nak bercakap dengan orang yang aku buat appointment tu, dia cakap orang tu MC. ok.. aku tetap nak pergi sebab aku nak tinggalkan profile company, promosi-promosi dan sebagainya. Tapi bila dah sampai kat sana. Aku ada kenal seseorang (jonior sekolah aku) dia cakap tadi ada juga orang yang jumpa dengan orang yang aku nak jumpa tu. Tapi, by call tadi org yg agkt call tu cakap en..tutttt tu MC... penipu! aku malas nak gaduh2 aku jast bagi apa yang patut. then aku blah! Huh.. geram!

Maybank
walaupun dorang sibuk dengan kerja sebab hujung bulan. dorang kena tutup akaun. tapi still boleh jumpa dan bersembang-sembang kejap untuk layan kami ni. rasa bangga dengan layanan daripada mereka.

Cimb.
orang yang kami jumpa tu kat sini memang ok. sama macam maybank. masih boleh meluang masa sekejap untuk sesi perbincangan. kalau boleh nak bincang lebih details, tapi kami tak mau menyusahan dia sebb hujung bulan mereka banyak kerja yang kena settle. so, ringkas-rinngkas sudah.

Kesimpulannya. Orang yang kerja dengan government ni memang tidak tahu melayan orang dengan baik. Mereka macam takda etika. huhu rasa kecewa dengan layanan yang diberikan kepada kami. Ok, kami sanggup datang jauh dari KK semata-mata hendak berjumpa dan berbincang. Tapi, memang mereka tidak menghargai kepenatan kami!

Dah siap semua, kami pergi jalan-jalan jap kat shoping komplex. Patu g pantai nak hilangkan tension. huhu malam pulak keluar g makan pizza. jalan-jalan kat restoran terapun sambil tengok orang memancing.

ok, aku dah tak tahan sebab time update ni pun mata aku rasa-rasa dah nak tertutup. Mengantuk ok. Orait aku nak tidur dulu.


Salam Jumaat & Good morning guys. yeah!!! Semangat betul pagi-pagi nih. Tak sabar nak jumpa client-client yang aku tunggu-tunggu. perghhh! memang nak kena pulun siapkan hari ni...
Kepada mereka yang dah join contest aku tu tq ya..and kalau ada lagi yang aku tak view tu, jgn risau sebab nanti korang akan diview juga. sekarang ni agak busy sket, tu la tak dapat nak view-view lagi...hehehe

Malam tadi aku tidur dengan nyenyak setelah penat berjalan-jalan seharian. dah la hujan renyai-renyai, kipas pulak berpusiang dengan laju. sangat sedap tidur ok lalalalala

ok. nak berangkat dah... daaaa muah!

Salam. Malam ni kat rumah atuk Amy. Salah seorang rakan seoffice aku. Kami bertiga yang akan jumpa client kami kat sini. Actually, kami ada 6 appointments nak kena settle kat Labuan. Alhamdulillah, 2 dah settle. Nampaknya mereka berminat dengan tawaran yang kami bagi. So, esok ada 4 appointments yang kena settle. Chaiyok!


Sebenarnya, aku nak cerita perjalanan yang kami ke mari. Ada banyak gambar yang aku ambil. Tapi tak dapat nak upload banyak-banyak sebab line internet kat sini tak berapa kuat. So, just apload mana yang dapat. Kami memilih untuk naik bas dari Kota Kinabalu ke Menumbok. Kemudian, dari Menumbok baru naik feri pergi ke Labuan. Nak adventure katanya kiki^^. Tapi apabila sampai kat Menumbok, kami memutuskan untuk ambil speed boat. Cepat sket sampai kat Labuan.

Oh my God. Dekat sembilan tahun aku tak datang Labuan beb! Lepas berpindah sekolah dari SM Sains Labuan ke sekolah kat Beaufort. Banyak perubahan bro! Sampai kat Labuan, semua rasa lapar, so sementara menunggu kawan Amy datang jemput kami, kami g makan la dulu kat gerai mamak. So melantak la, yang penting perut ada isi.


So, kami hantar dulu barang-barang kat kedai makcik si Amy, kemudian kami terus pergi ke JKR Labuan. So, sesi perbincangan dan tawar menawar berlangsung dengan baik. Memang mereka berminat. Nanti balik KK, aku nak buat quotation kat dorang. See, betapa berminatnya mereka. Layanan kat sana kami bagi Gred A. Habis jer kat sana, kami terus pergi ke Jabatan Penerangan Labuan. Kat sana, sesi perbincangan hanya sekejap. Ok la kat sana tu, konon-konon kalau mereka nak, mereka akan call. Tapi sumpah, layanan yang kami terima kat Jabatan Penerangan tu macam gampang. Camtu ke layanan daripada orang government?? huhu tak appreciate langsung ngan kami yang datang jauh dari KK. Adakah dia just layan kami kat counter pertanyaan? Padahal dah buat appoinment ok. Tak profesional betul. Kami pun dah malas nak lama-lama. Bagi apa yang patut and terangkan sikit-sikit lepas tu blah. Tapi, nanti aku akan push lagi. peduli apa aku. Nama jer Jabatan penerangan, tapi etika tak profesional langsung. Layanan Gred E.
Lupakan itu semua, kemudian kami balik terus pergi rumah atuk Amy. Best giler kat sini, kami di bawa melawat kebun, banyak tanaman sayur-sayuran, lada, buah-buahan and kami bawa balik tebu dari kebun tuk makan kat rumah. Memang manis tebu tu weyh. Then kami jalan-jalan satu labuan dengan naik kereta (tak la round habis haha), tak lupa juga singgah pergi pantai. Kami lalau kolej matrikulasi Labuan (tempat sue belajar) and aku sempat melawat sekolah lama aku (SMSL). Lagipun, tak jauh sangat dari rumah atuk Amy. Tapi, tengok jer la.. tak keluar dari kereta pun sebab hujan. Lepas rindu kejap kat sekolah lama.^^

Malam pulak, kami dibawa pergi makan kat luar, makan kat samudera seafood. pergh kenyang gila. Atuk amy yang belanja. Banyak giler kami order. hahah kenyang sampai senak perut weyh haha Sporting betol la atuk and nenek Amy. Ok la. Pas makan, kami pergi melawat jap kat cousin Amy. After tu, balik rumah. Berehat. yeay! Best tol...

Can't wait for tomorrow. Hope kami mendapat layanan baik. Lepas habis semua appointment, kami nak round tempat-tempat yang best. ^^


Nota: Contest Pantai By Mr.K masih dibuka lagi (tarikh tutup 7 feb 2010 jam 12.01 am). Setakat ni dah 30 lebih penyertaan. Tq guys ^^






Chow! nak tidur dulu. Good night...muah!

Salam. Selamat malam bloggerian^^. Wah tajuk entry memang macam gampang. Haha. Takda la, saja je nak take attention Kejap. Korang fikir apa? Jangan fikir bukan-bukan sudah^^.



Panjang or Pendek?? hehe Takda la. Sebenarnya, aku nak tanya pendapat korang. Aku lebih sesuai simpan rambut panjang atau rambut pendek? Haha Tadi, bila aku masuk office jer (setelah siap gunting rambut) bos aku kata aku macam budak sekolah menengah. haha Nampaknya aku kembali ke sekolah! Kalau gitu, client aku esok mesti anggap aku budak sekolah juga kan?? ^^
Ni gambar sebelum dan selepas.









Barang aku?. Erm..tadi dah siap paking barang yang nak dibawa pergi Labuan esok. Macam nak berhijrah ke sana jak ni aku rasa. hahaha Sesungguhnya aku dah tersingkir dari AF. ^^. Padahal, aku kat Labuan hanya 2, 3 hari jer kot. Tapi, itu baru plan. Mana la tahu top-top nak sambung makan angin kan. Ok, Jangan jelez na. hehehe Sambil menyelam sambil minum air. Biar sampai kembung perot lalala.. Ni la barang yang wajib aku bawa. Pakaian, bag toiletry, and Laptop. nanti boleh la update mr.blog kan..hehe
Dengan penuh yakin aku berkata seorang-sorang.
"Aku rasa dah cukup lengkap aku bawa kot. hehe"
Lengkap ke? hehe

Salam. Ok, dah nak balik... Dah kemas apa yang patut. Esok pagi kena bertolak pergi Labuan. Wahai client-client ku di sana. Tunggu kedatangan ku ini..wakakak^^

Barang-barang pun dah paking. Tinggal baju kat rumah lagi tak kemas. Rambut dah gunting. Wink^^ Rasa semangat nak bertempu client. wah!

camna la rupa and perangai client aku esok.emmm
Kalau macam ni kan baguih...^^

Kalau client korang semua macam ni, semangat tak?? Soalan ditujukan khas untuk para lelaki. ^^

Salam and good morning semua. Yes, aku dah siap buat kerja. Tulis surat untuk pengarah-pengarah perbadanan Labuan, JKR labuan, Jabatan Penerangan Labuan. Surat untuk buat appointment esok. Seawal pagi aku akan bertolak ke Labuan. Mungkin berada kat sana dalam 2,3 hari. Menginap kawan aku urus. So, tinggal jalan jer. Pastu jumpa mereka-mereka ni. hahah Nak tengok macam mana "budak" ni berurusan dengan orang tua-tua yang berpangkat tinggi. Kena makan gula banyak-banyak ni supaya mulut manis. Tapi tak pa, aku kan memang sweet. Ok, silakan muntah!. hahaha^^
Sekadar gambar hiasan. credit to:google

Malam tadi duk wat blogwalking jap, pastu komen kat mana-mana yang aku singgah. Tapi memandangkan Mr. Broadband 'jalan slow sangat' aku pun tungguk sambil baring-baring. Alih-alih dah tertidur, sedar-sedar jer dah dekat jam 3 pagi. See betapa aku dah menjadi blogger tegar. Haha^^ Pastu bangun jap pergi minum kat dapur. balik bilik and shut down lappy, terus tidur. hehe Nasib baik pagi tadi bangun segar jer... ^^

Plan time rest nanti, aku nak pergi gunting rambut. Memandangkan esok ada appointment kan.. So kena la smart and nampak hensem. Sila muntah lagi^^. Bukan apa, aku sendiri pun dah rasa rimas dengan rambut panjang sekarang ni. So, nak bagi pendek and nampak style gitu (..???) ^^ barulah esok nampak yakin di depan client. kih kih kih Pastu, nak singgah kat watson beli barang-barng make-up. Ops! bukan! Nak beli minyak rambut Wax jer. hehe
Style mana aku nak pilih erk?? ermmmm




Reminder: CONTEST PANTAI BY MR.K masih lagi dibuka, tarikh tutup: 7 Feb 2011.

So, sempat lagi korang yang belum join tu untuk join. dialu-alukan ya wahai reader.


Salam to all bloggerians. ^^ Before I get my dinner. Aku nak share sikit pasal tajuk entry ni. Aku sangat la geram, marah, bengang, dan menyampah dengan kerata angkut-angkut ni. Kalau kitorang panggil kat sini "Kereta Pirate". Lanun!! Means, mereka memang tiada lesen yang disahkan tapi mengambil atau bawa orang awam sebagai pelanggan macam kereta bas dan teksi tu. Kereta persendirian dijadikan teksi. Ada kereta kancil, ada proton, ada kenari. Kereta sorong je takda^_*


Korang tahu tak? Setiap hari aku akan balik dari kerja dengan naik Bas. Pergi je aku tumpang kawan. So, Dari Terminal Bas Wawasan, Kota Kinabalu ke Kinarut (rumah aku). Harga yang dikenakan RM3.00 (kira berbaloi sebab perjalanan mengambil masa 1 jam). Tapi rumah aku bukan kat pekan Kinarut, aku tinggal kat Taman Limauan, Kinarut. Means Kalau naik kereta nak ke Taman tempat aku tinggal lebih kurang 10 minit. Kalau jalan kaki mengambil masa 20 minit je. Agak-agak korang berapa jauh??? (aku tak pernah ukur haha).

Setiap hari, sebelum keluar dari office. Mesti aku akan tengok kat luar. Hujan ke tak??? Means kalau hujan, confirm aku akan buang duit RM4.00 dengan sia-sia. HUH! Korang tahu kenapa? Pasal "Kereta Pirate" tu la. Kalau hujan, I have no choice, terpaksa amik kereta pirate tu tuk balik umah apabila sampai kat Pekan Kinarut. Damn! So, kalau tak hujan aku hanya jalan kaki je balik rumah. Jauh pun jauh la. Yang penting tak terbang RM4.00 aku. Giler ko tak rugi! Perjalanan hanya mengambil masa 10 minit, tapi kena bayar tambang RM4.00. Mau nye tak geram!! Aku lagi sanggup berjalan kaki. At last ada gak keluar peluh aku setelah seharian terperap dalam office yang giler sejuk.

So, setiap hari aku akan berdoa supaya tidak hujan.^^ Kenapa tak beli payung???? Haha actually, aku ada payung. Sentiasa tersimpan dalam beg aku ni. (Sweet tak aku ada payung??) hahaha Tapi, kalau dah hujan lebat, basah gak beb! haha Kalu setakat hujan renyai-renyai tu aku tak kisah sangat. Jauh kot perjalanan aku (20 minit). Kesian aku kan?? -_-

Ok. Tu jer.. Korang doa-doa la aku supaya dapat kumpul duit banyak-banyak and dapat beli transpot sendiri. Dapat beli motor pun takpe. hehe Dengan gaji yang ciput ni. Banyak aku kena bayar. Nak kirim kat kampung la. Duit belanja rumah la. Broadband lagi. PTPTN lagi. Tu tak kira org pinjam!! (Bila dorang nak bayar hutang dorang kat aku ek!!).

Ok dah. berjela-jela pulak aku merapu^_^



note: Sengsara hidup bekerja ni, banyak nak kena fikir, rindu nak study wo. Belajar rajin-rajin ya adik-adik ku yang masih study. Esok nanti biar dapat kerja yang mantap! Gaji besar-besar.

Salam. Tadi duk jalan-jalan kat google. Google??? jauh tu...hahah tak la. Just nak cari maklumat pasal client jer. Sambil-sambil tu nak cari template tu blog. Pastu, aku terjumpa satu template tuk blog.. Rasa terpikat la pulak ngan template tuh. hehe

Takper. Aku siapkan dulu kerja aku, pastu baru berusah kerja keras tuk tukar template blog aku nih..hehehe


Berapa kali nak tukar da........?

Gambar xda kena mengena ngan entry
Gambar kenangan pada hari ray a pertama kat semenanjung.
Lokasi: umah family angkat^^


Salam.. Wakakak..tadi duk godek-godek enternal hard disk.. aku terjumpa video ni balik.. punya la gemok aku kat sini.. Nasib skg dah turun berat badan...hik hik hik...video ni dirakam ketika aku bersama-sama kazen aku keluar berkaroks kat perak.

Kalau korang nak dengar aku nyanyi, dengar je...jang kritik lebih-lebih tau...aku bukan penyanyi huhu saja duk suka-suka sebagai hobi an..

Salam. Okay. Malam tok kamek mok klakar sawak. So mintak maap la mun kitakorang sik faham apa yg mok kmk madah tok. Sebenarnya, kamek tensen gilak bha. Taw kenak? Nok ya la, pasal keja kamek tok. Kamek sik suka mun bos kamek suk kamek molah keja yang kamek sik baapa suka. Arghhh!!! nya suh kamek jadik tutor, pahal??? tok bukan keja kamek bha!! Apa guna nok tutor yang sedia ada ya??? Nya sik polah apa-apa pun kat office ya. Nya touk men game jak. Nangga Fb. kamek dah la cari sales tuk sidak ya. Dalam masa sama juak kamek jadik tutor. Aih!!! Babui na sidak ya!!!!!!!!! Sik suka!!!!! keja kamek cari sale ok! keja kamek deal ngan client ok! tuk cari duit masok...tuk cr untung kat cmpny sidak ya...

Owk la, mentang-mentang kamek org baru sitok, sidak boleh molah kamek kedak tok!!! Sik suka kamek jadi tutor tok.. Sumpah sik suka! Sik kena ngan jiwa kamek bha. Dah la kamek nang sikda basic apa2. Terpaksa mek study balit suma buku panduan sidak beri kat kamek! Apa sidak polah??? Sikda apa-apa ok! kamek tok yang jadi mangsa molah keja sidak!.

Ok, tadi mmber kamek nanya. Pahal kamek sik madah kat bos ya yang kamek sik maok?? tau kenak kamek sik madah kat bos??? Sik tau kena...kamek kedak terpaksa, mok nolak sik sanggup. huhuhu Tapi, kamek dah plan tek, esok kmk mok madah kat bos yang kelak time kmek mengajar kamek ada appointment kat luar. Benar la ya. Kmk mok jmp client kmek. Mok bincang pasal program kamek polah ya.

Sikpa, kamek kena sabar lok. Harap-harap keja baru yg kamek apply tek ada respon bait. Kamek sik sanggup agik keja kat sitok. Sidak mok memperalatkan kmk jak. Sidak ya senang-senang goyang kaki men game. huhu


nota: sabar itu separuh daripada iman...

Salam. Dah nak balik umah ni, aku pulun duku upload gambar nak kat blog ni, and bubuh kat sidbar. Moga dengan aku apload gambar tu, para pembaca boleh kenal aku kalau jumpa kat mana-mana. Kat warung-warung kedai kopi ke, kat pasal malam ke, kat tepi longkang ke...haha motif??lalalala.....

Orait! Thanks kat kawan-kawan yang dah join Contest pantai By mr.K ya...
kepada yang tak join lagi tu, silakan la...jangan malu-malu..tarikh tutup lambat lagi...
Nak hadiah kan?? hehehe

Daaa... aku nak balik dah.. Insya Allah, malam ni kalau line ok, aku muncul lagi, hik3 klo tak, tunggu esok la ea...hehehe





nota: adus! kena study la...kena hajar org gn Ms Excel lagi rabu nihhh! x suka!

Salam. Selamat pagi^^ Memandangkan ada masa sikit lagi. Nak update blog ni hehe.. Alhamdulillah, hari ini aku dapat datang kerja setelah berasa sakit kepala malam tadi. Berkesan jugak Panadol Actifast tu erk.. Sebelum tidur rasa berdenyut-denyut kepala. Tapi bila bangun subuh tadi sungguh segar terasa.. ki3 ^^

Ok, kerja hari ni aku nak follow-up client-client kat Labuan. pastu nak confirmkan dorang tuk appointment nanti. Insya Allah, kalau tiada halangan appointment tu aku nak buat dalam minggu ni jugak. Wah, rasa lama tak pergi Labuan. Sapa nak ikut??? hahaha ^^


Ok, Kali terakhir aku pergi Labuan ketika aku nak amik result PMR kat SM Sains Labuan (SMSL). Time tu aku berada di tingkatan 4. Tapi bukan bersekolah di SMSL lagi. Aku keluar atas sebab-sebab tertentu. Ok baik! aku mengaku result PMR aku teruk hahaha thats why aku tak dapat meneruskan pelajaran di SMSL... cukup sampai form 3 jer..huhu

Orait itu sahaja. Kepada pembaca semua. "Contest pantai By mr.K" masih di buka. Tarikh tutup pada 7th Feb 2011 jam 12.01 am ^^ sila la join, jangan malu-malu. Hadiah khas dari Sabah menanti korang^^

Salam. Selamat malam blogger semua. Malam ni macam tak dapat nak balas komen-komen pasal contest aku. Aku SAKIT KEPALA la dol ;'(... Tambahan pulak line mr.broadband ni pulak sangat teruk. Nak buka blog kawan-kawan punya la lambat...adoyai!...

Ada gak wat blogwalking sikit-sikit, tapi bila nak comment, tak dapat.. asyik kuar ni jer:
This webpage is not available (so sorry aku x dapat comment entry korang)

Kpd kwn2 yg tinggalkan mesej kat shoutbox aku and suh follow tuh, esok la aku follow korang ya. Sori, line memang sangat teruk malam ni. Rasa berdenyut-denyut pulak kepala ni. Tak tau la esok nak datang kerja ke ta. Macam nak amik MC jer.

Baru jer aku makan panadol ActiFast 2 bijik tadi. Sekarang dah rasa berpeluh sikit. Tapi denyutan kepala ni masih terasa. Kepada kawan-kawan yang join contest aku tu. Thanks sangat kerana support ya. Insya Allah esok aku terjah korang.

Harap-harap bangun pagi esok, kepala aku ni dah tak sakit. Ok, dah tak tahan ni. nak tidur.

Tapi, sempat lagi update blog ni semata-mata tuk korang ^^..

Doa supaya aku sihat esok. CHOW! muah! Salam~~~

Salam. Wah, dalam sedar tak sedar. Kita dah nak masuk bulan February!! Bulan yang memang aku tunggu-tunggu. Yang mana bulan February ni ialah....
  1. Birthday aku (6th February 1986) ~~ nak masuk 25 tahun
  2. Tarikh Blog ini ditubuhkan (6th February 2009) ~~ Nak masuk 2 tahun
Haha... Tak lah keramat sangat tarikh tu seperti tarikh Hari Kemerdekaan Malaysia or what so ever. And, sempena pada tarikh tu. Aku aku nak bagi hadiah khas dari aku untuk pembaca-pembaca blog aku. Tapi kena join contest ni dulu k..

Banner

Tajuk: Contest Pantai by mr.K

Syarat-syarat:
  1. Wajib follow blog aku (anguk-anguk kepala)
  2. Letak banner kat atas tu dalam entry blog orang jer (copy and paste)
  3. Tajuk entry: Pantai Contest By Mr.K
  4. Korang pilih gambar terbaik yg korang ada berdasarkan tema "Pantai". Paling penting ada muka korang tau!
  5. Ceritakan sedikit tentang gambar tu (panjang esei, ikut suka hati la)
  6. Kalau dah siap, korang tinggalkan komen beserta dgn link url post anda tu kat entry aku ni!!!
  7. TAG 3 orang rakan blogger anda. (make sure dorang tahu yg korang tag dorang k)
  8. Tarikh tutup contest: 7th February 2011, Jam 12.01 pagi.
  9. Pemenang adalah 3 orang. (Means 3 yang terbaik)
  10. Hadiah. Suprise dr orang SABAH!!!!
  11. Pengadil (yang penting bukan aku) aku akan lantik seseorang utk jadi pengadil nt.
Contoh entry:

Lokasi gambar pantai di atas ialah di Kuala Terengganu, iaitu di Pantai Teluk Ketapang berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Kalau korang tengok keadaan pantai ni, sebenarnya pantai tu dah ditambak untuk pembinaan Lapangan Terbang di atas laut. Kenangan ini dirakamkan ketika aku sedang berada di tahun akhir di Universiti Malaysia Terengganu. Kat pantai ni kami suka lepak untuk melepaskan tensen la kunun-kununnya. Sambil lepak-lepak di petang hari, korang boleh makan sotong goreng tepung, minum abc campur, air nyok, udang goreng tepung or macam-macam makanan.. Kalu nak tunggang kuda pun ada. Nak main layang-layang??? pun ada... Best siot!

Kat dalam gambar tu, aku bersama-sama dengan kawan-kawan aku yang semua gila-gila remaja..haha semua hotak nakal dan sengal... hahaha (aku kot yang baik sikit haha).. Dalam gambar ni kitorang nak pose ala-ala wat cover album la kot and bla...bla..bla.

Aku nak tag kat:
  1. Budak Lelaki Sebelah Pintu (sengaja sbb nak tgk kehebatan dia haha)
  2. Geng Lepak
  3. Ira Mohd munchiko-munchike
ok. Done.


Note: 1st time wat contest.

Salam wahai pembaca-pembaca ku sekalian, chewah!! . Hah...sebelum ni aku ada tulis entry yang bertajuk Buat Wanita Solo: Cari Lelaki Macam Kata Mereka. Kalau korang belum baca lagi entry tu, bleh la baca dulu ya.

Ok, berbalik pada tajuk entry. Ada seorang Cik Anon yang komen entry aku tu, yang mana komen dia berbunyi:

Daripada pemahaman aku, cik anon ni telah berkahwin dengan seorang lelaki yang beragama. Kiranya macam ustaz la kot. Tapi, aku agak kesihan dengan luahan perasaan beliau. Ya, walaupun, aku belum berkahwin, tapi sebagai manusia, aku faham apa yang dimaksudkan oleh beliau. Mungkin suami beliau ni lebih mengutamakan urusan akhirat sehingga terlupa tanggungjawab beliau. Pada pendapat aku, si suami itu sudah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami, bapa, ketua keluarga. Kalau korang tahu, apa hukumnya kalau dah begini??? Sila kongsi-kongsi..

Susah juga kalau terlalu mementingkan soal akhirat, sampai soal dunia diabaikan. Sepatutnya, kenalah seimbangkan dunia dan akhirat.. ye dok?? Mak hai... aku pulak pandai-pandai.. Padahal, kahwin pun belum. Tapi, apa salahnya...mungkin hal ini boleh menjadi pengajaran untuk masa depan kan.

So, kepada rakan-rakan pembaca di seantero dunia. fikir-fikirkanlah. renung-renungkan dan selamat beramal. heee

Salam blogger semua. Korang nampak tak kalimah الله kat bawah ni???? Ok, sekarang aku nak ajar korang untuk lihat keajaiban yang aku nampak juga.
Sila baca tips dengan teliti
1. TANPA kerlipkan mata, korang renung kalimah الله tu dengan teliti dan fokus pada titik 3 kat tengah-tengah tu.
2. Sambil tu, korang kira dalam hati sampai 10 atau 15, atau 20.. lagi lama lagi berkesan.
3. Setelah habis hitungan anda, alihkan pandangan anda ke dinding bilik korang, atau siling bilik Korang dan KERLIPKAN mata korang berkali-kali....


Selepas tu, korang akan nampak sesuatu.... APA YANG KORANG NAMPAK???? Habaq mai..

Oh My God!.... Tadi aku duk tengok gambar kawan-kawan kat facebook. Tiba-tiba terjumpa gambar ni...is it true??? habis la gadis-gadis lepas nih...hahahaha

Click image untuk tumbesaran lengkap

Ish! tak senonoh...dush dush dush.... tapi.. Betul ke???? heee

Salam jumaat. Meh sini tengok, senarai blog yang aku dah follow setakat ni... Kalau korang tak boleh tengok/ baca setakat ini... just click image tuk tumbesaran yang sempurna.. Sila perhatikan, ada tak blog korang tersenarai.. And, perhatikan jugak...blog mana yang paling ramai follower... hehehe

Kalau ada blog lagi yang tak da tersenarai dalam bloglist korang. silalah view mereka...






















Pergh!!!! meriah giler... Sumpah, aku memang tak mampu nak melihat semua kalau aku nak buat BW... So, kalau tajuk-tajuk entry korang dapat menarik perhatian aku, confirm aku akan clik and baca. huhu minta ampun ya kalau ada yang aku jarang lawat.. Itu disebabkan memang tiada masa heeeee




Aku dah keboringan....lantak la kalau korang tak boleh baca cerita dongeng cuper power tuh...hahaha lawak dan menarik gak kot....