Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

Funny Pictures

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.







Click! Click!

Followers

Khazanah Tulisan Ku

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...

Salam. So sorry bloggerian semua. Semalam aku hanya sempat menjenguk beberapa blog sahaja. Sebab aku busy sangat belajar MsExcel 2007 Level 2. Sebab aku kena mengajar client kami dari Syarikat bernas sdn bhd. Itu pun aku diberitahu secara mengejut. Esok nak mengajar, hari ni aku diberitahu. Dah la tak prepare apa-apa pasal MsExcel 2007. Kalau sebelum ni aku pernah mengajar MsExcel juga, tapi version 2003. Jauh beze beb! (sikit la) hehe Bersengkang mata sehingga jam 4 pagi. huhu bagi nah muntah aku tengok tutorial-tutorial tu. Pening. Tambah-tambah pulak kalau tak dapat selesaikan persoalan tuh. Sebab aku kena ajar client-client tu dengan tutorial yang sama. So, nak tak nak aku kena expert dulu pasal tutorial tu..
Cheewah! Desktop backgroung pun gambar Angelina Joile haha

Perghhh! menjadi tutor yang tak bertauliah ni memang mencabar gila. Apa tidaknya, sedangkan aku sendiri tidak pernah mengambil sijil kursus komputer, alih-alih diarahkan menjadi tutor. Padahal aku adalah salah seorang account executive (AE) di company tu. Dah rezeki badan kot. Tugas dua dalam satu. Tapi, rasanya aku lebih kepada menjadi tutor. Tugas aku sebagai AE dibackup oleh dua orang AE lagi. So, tidak perlu risau. Sekarang aku boleh focus dengan tutorial aku.

Mungkin ada dalam kalangan kawan-kawan cakap. Alah! setakat MsWord and MsExcel. Kacang jer. Ya, sebelum aku menjadi tutor aku pun rasa begitu, tapi sebenarnya banyak yang aku kena explore. Rupanya, banyak fungsi-fungsi yang aku tak pernah guna selama ini. Fungsi yang dipandang rengan. Fuhh! Memang agak mencabar sebab aku tidak dilatih menjadi tutor terlebih sebelum mengajar orang. Sekali datang arahan, dah kena ajar orang (pekerja-pekerja swasta/ kerajaan) dalam dua tiga hari. Hambik!!!! Satu buku tutorial kena study. Tak pernah-pernah aku study tanpa tunjuk ajar daripada sesiapa. Semua kena explore sendiri.

Memang benar kata guru-guru aku sebelum ini. Kalau kita bekerja, kerja kita tidak aka focus dengan apa yang kita belajar. Aku memegang ijazah Pengurusan (polisi densekitaran sosial). Tapi dunia pekerjaan aku bukan mengenai polisi. Kawan aku cakap, sepatutnya aku kerja dengan kerajaan. Bukan dengan dunia yang selari dengan IT. Out dari bidang! haha Memang aku ada apply kerja dengan kerajaan, tapi belum ada rezeki. Nak buat macam mana.

Tapi, aku anggap ini sebagai satu cabaran. Timba pengalaman sebanyak mungkin. Kadang-kadang aku terfikir juga hendak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tapi, aku sedar..dengan keputusan pointer aku yang tidak la cemerlang sangat adalah sangat susah untuk aku mendapat biasiswa. So, dah ada peluang bekerja.. aku grab dulu chance ni.



Leave a Reply