Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.

Click! Click!

Followers

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...

Archive for December 2011

Pengalaman sebagai pengedar dan menerima borang BR1M ni banyak memberi aku tauladan untuk hidup yang mendatang..


Ada la beberapa org remaja belasan tahun yang datang utk apply bantuan ni..dan salah seorang dari mereka yang membuatkan aku rasa bersyukur dengan hidup aku sekarang..apa tidaknya, wajah budak lelaki tu tak la kelihatan sangat matang...tapi dia memikul tanggungjawab yang besar dalam keluarga. Ketika aku memeriksa borang yang dia hantar tu...sempat juga aku interview dia sikit2...


Berdasarkan ceritanya...dia adalah mangsa perceraian ibu bapa...sekarang ni, bapa budak tu tak tahu kat mana..ibunya pula terlantar sakit kat rumah...so, dia la yang menyara hidup ibu dan adik-adiknya yang lain memandangkan dia anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Baru lepas SPM..kesihan...
Bagi aku, dia memang layak untuk menerima bantuan rakyat rm500 ni...


Dalam usia yang begitu muda, dia dah hidup seperti orang yang dewasa. Kalau rakan-rakanya yang seusia dengannya sibuk dengan aktiviti-aktiviti luar tapi dia sibuk mencari nafkah untuk menyara keluarga. Semoga Allah membua pintu rezeki untuknya.. Katanya, sekarang dia hanya bekerja kat kedai runcit...kat restoran2...yang mana gaji hari sebanya RM10...kesihan aku dengar.. tak tahu betul ke tidak ceritanya tu...tapi dari riak wajah dan nada dia...aku anggap itu betul. Kalau betul pun dia nak tipu semata2 nak RM500 ni, itu terpulang pada dia la..


sekadar gambar hiasan
Aku ok saja...sedikit sebanyak buat aku sedar yang kat dunia ni, memang ada orang yang lebih susah hidupnya daripada kita.. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan pada kita searang. Alhamdulillah.

Baru-baru ni..ada la sorg budak ni.. baru form 2 tegur aku..."status ko di FB kebanyakkan dlm BI kan? Mcm mana ko pandai BI ar? Leh gitau?" hahaha aku gelak jer la... (sbb aku tahu level BI aku mcm mn)...tapi yg dia tak tau tu, betul ke grammar yg aku guna selama ni..aku main belasah je pun hahaha...

Tapi, utk tidak mengecewakan budak tu aku terus terang jg la. Aku gitau dia yang sebenarnya BI aku pun bukan betul sangat. Aku sengaja ja tulis BI di status aku tu sebab dengan harapan ada orang betulkan english aku. Buat apa malu...lantak la kalau salah pun...yg penting ko cuba..

Cakap pasal BI ni, memang aku mengaku yg BI aku hampeh sikit. PMR aku dapat D kot...hahaha SPM plak dapat 6C. (awal2 lagi dah ngaku kat budak tu dengan result aku) tapi dia tak percaya juga result aku gitu...(bagi penampar kang haha) mahu tak mahu aku share la petua yang aku guna sejak dari tingkatan 3.

1. Start form 3 aku dah buat journal (kira macam diary) then journal tu aku tulis dalam bi..of course la berpandukan kamus bulat2..kalau baca balik, memang sebijik macam karangan BM haha then, journal tu aku hantar kat guru BI aku tuk disemak..tu la aku buat sebelum PMR..syukur la PMR aku lulus jugak walaupun dpt D..sbb asal trial PMR msti aku dpt E hahaha So, melalui tulisan ko bleh improve sikit vocab ko.

2. Banyakkan membaca news paper sbb di news paper tu, banyak words baru yg kau akan jumpa..dan berulang2...so, bila ko tgk kamus...ko akan ingat maksud dia (tapi aku ni biol sikit..cepat lupa) hahah

3. Jangan putus asa..jangan cakap BI tu susah..actually  BI ni fun..paksa diri tuk suka BI..and the most important is...jgn benci guru BI kita..ko kena sedar yg kebanyakkan guru BI ni garang...tapi sebenarnya dorg ni baik sbb suka membantu pelajar dorg yg mau improve BI...(aku sendir mengalami)...thanks teacher..

4. Ko kan ada henpon...so, why not ko praktis tulis BI dgn kawan2...lantak la salah pun...yg penting ko leh jadikan BI ni sebahagian daripada bahasa harian ko..tak kisah la ko mau guna fully BI ker..half BI ker..yg penting ada...hehehe

5. Jangan malu untuk bertanya maksud sesetengah word yg kita tak tau dlm BI...ni yg best! kalu kawan kita gitau words tu dlm BI...kita leh ingat terus sbb nada and tone suara dia buat kita ingat apa yg dia cakap... heheh

6. Kdg2 pengaruh rakan tu pun penting...ko tak jeles ke tgk kwn2 ko kat skolah pandai BI??? time aku skolah menengah dulu...kebanyakkan kawan rapat aku terer BI beb...so, aku mana mau kalah...haha kesian kawan2 aku jadi mangsa tempat aku bertanya...hahah (by the way, thanks guys kamu mmg byk membantu) dalam diam and secara tak langsung kamu dah jadi inspirasi aku tau x? hehehe

Em....macam2 aku gitau..ntah dia amik kisah ke tak..hahaha lantak la ko budak...klo ko mau ikut...ko ikut la..kalo tak pun aku tak kisah...hehehe sbb BI aku pun BI biasa2 jak...bukan power sangat2 pun.. Tapi, alhamdulillah daripada ZERO...at least aku dah faham English ni wlupun tak faham semua haha...klo dulu, SUMPAH! satu baris ayat tu pun lama aku nak faham...kena buka kamus and cari satu2 perkataan tu di kamus tuk translate..hehe....

Kat dalam Blog ni pun, klo ada org post dlm English mmg aku suka baca...aku suka cara dorg susun ayat..olah ayat dlm BI...sikit2 aku belajar la dari sana...BLOG MEMANG BEST! Banyak aku leh belajar...

kawan aku (nidal) pernah berkata: "KALO KAT OVERSEA TU, HANYA SATU BANGSA JE YANG AKAN GELA KALO KITA SPEAKING...IAITU ORANG MELAYU"...

Persoalannya, ko mahu MALU ke atau ko mahu PANDAI???? lu pikir la sendiri...hehehe

Salam para pembaca. Saaya saja nak memperbetulkan keadaan. Sebenarnya sekarang ni saya bertugas di bawah LHDN cawangan Kota Kinabalu. Memang dilantik untuk mengedar dan menerima borang BR1M untuk kawasan Beaufort. 



Baiklah! Saya rasa terpanggil untuk memperbetulkan keadaan. Mengenai dakwaan borang palsu atau tidak. tolong beri perhatian kat sini..kat bawah ni ada 2 jenis borang yang berbeza. 

Borang 1 kat atas ni didakwa sebagai borang palsu kerana dalam borang tersebut ada meminta 
A10: Nama Bank dan 
A11: No. Akaun Bank. 
Hahahaha Sebenarnya, Borang 1 kat atas ni adalah borang original juga. Untuk pengetahuan para pembaca semua, borang 1 ni adalah borang pertama yang dikeluarkan oleh MoF sebelum diedarkan kepada awam. Namun begitu, ketika sesi taklimat diadakan, timbul persoalan 
"Macam mana jika ada orang kampung (pedalaman) yang tidak mempunyai bank akaun untuk memohon BR1M ni? Adakah mereka perlu membuka akaun bank yang baru?".. 
Namun begitu, persoalan itu sebenarnya sudah terjawab, dimana kpd mereka yang tidak mempunyai akaun bank boleh memilih option:  
A12 iaitu "jika tiada akaun bank, sila pilih kaedah pembayaran: 
1. Bank Simpanan Nasional
2. Pos Malaysia Berhad

So, takda masalah kat situ dah. Namun, setelah dikaji semula oleh MoF, pihak berkuasa telah memutuskan bahawa semua pembayaran nanti akan dibuat menggunakan VOUCHER sahaja. So, samada org yg dah memang ada akaun atau takda, semua sama. tak payah fikir2 dah. Oleh itu, telah disemak dan difinalised   betol2...maka wujudlah borang 2 kat bawah  ni. 
Jadi, kesimpulannya mana ada borang palsu...kedua2 borang tersebut adalah original..Namun, yang hanya akan digunakan dalam proses BR1M ni hanyalah borang 2. Kami sendiri pun tidak tahu, macam mana borang 1 tu boleh terlepas dan terkeluar em...em..em..sedangkan kami sendiri tak diberi pegang borang tersebut. Hanya sekadar melihat di slide ketika taklimat dibuat. Bijak bebenor org skg ni..

Tapi, memang sedih la sebab borang tu diedarkan PERCUMA, namun ada pihak yang tak bertanggung jawab yang telah menjual borang tersebut dengan harga yang tak munasabah! melampau! 

Kemudian, tadi...ketika sibuk menerima borang...kami diserbu lagi, mereke medakwa bahawa borang photostat@copy tu tak boleh pakai. Adui! bengong ke apa..sedangan borang yang kami edar tu pun semuanya dah di photostat (tapi lebih berkualiti dan ink yg terang/jelas)...apa plak masalahnya borang copy tu tak bleh pakai. Nanti key in dalam sistem tu bukan borang tu...tapi details yang ditulis dalam borang tu la wey!...wat penat mulut jer nak terangkan....adoyai!

K la para pembaca...tolong sebarkan pasal ni kat kawan2 ye...

p/s: Aku kena prepare plak malam ni sebab esok pagi kena bagi taklimat kat ketua kampung, JKK, dan KAN mengenai borang BR1M ni sebab dilaporkan bahawa ada sesetengah orang kg (pedalaman) yang tak tahu pasal BR1M ni lagi. So, kena terangkan mereka betul2 sebab mereka yang akan ditugaskan utk edar borang tu nanti...(due dah nak habis, baru sibuk2 suh bagi taklimat) apa pun...Gud Luck Mr.K hehehe

Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2012 untuk memberi bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Daerah dan Pejabat Cawangan / Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Syarat Permohonan adalah seperti berikut:

Syarat asas:
1. Warganegara Malaysia
2. Ketua keluarga bagi isi rumah berpendapatan kasar RM3000 sebulan dan ke bawah

Takrifan Ketua Keluarga:
- Individu yang berkahwin atau
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan atau
- ketua keluarga yang bujang dan mempunyai tanggungan atau
- warga emas sebatang kara

Dokumen yang diperlukan
- MyKad / kad polis / lad tentera
- penyata gaji (bagi pemohon yang makan gaji/ upah)

Permohonan bermula pada 10 dis 2011 hingga 9 jan 2012

korang boleh layari http://www.treasury.gov.my/ utk maklumat lanjut....


p/s: confirm penat melayan orang awam esok.... Semoga berjaya mengharungi perangai mereka. hehehe