Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

Funny Pictures

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.







Click! Click!

Followers

Khazanah Tulisan Ku

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...

Siti impikan jadi pengacara program TV sehebat Oprah Winfrey

DUNIA nyanyian sudah pun berjaya ditaklukinya. Bidang perniagaan yang baru diceburinya itu kini secara perlahan-lahan semakin mengembangkan pengaruhnya.
Manakala untuk lakonan pula, walaupun tidak aktif namun tercatat juga dalam lembaran sejarah peribadi miliknya apabila pernah terbabit dalam sebuah teater muzikal berskala mega. Lalu, apa lagi yang didambakan penyanyi nombor satu negara ini?
Ternyata, walaupun ramai yang menyifatkan bahawa dia kini sudah memiliki segala-galanya, namun bagi Datuk Siti Nurhaliza, masih ada kekurangan dan perlu diisi. Dalam diam, Siti berjinak-jinak dengan dunia pengacaraan. Mengendalikan program berkonsepkan bual bicara, rancangan berbentuk majalah bertajuk Siti... Hiburan Dan Inspirasi itu akan menampilkan penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu sebagai perantara. Satu pengalaman baru buat penyanyi ini.

Menyaksikan sendiri rakaman program yang diterbitkan rumah produksi Global Station ini yang dijalankan di Filem Negara, petang kelmarin, Siti memang mempunyai bakat semula jadi untuk menjadi seorang pengacara. Suara gemersiknya itu bukan saja mampu memukau penonton apabila menyanyi tetapi juga mampu melontarkan soalan demi soalan kepada tetamu undangan.

Tentu ramai yang tertanya-tanya, apakah Siti sebenarnya mempunyai cita-cita untuk menjadi pengacara memandangkan sebelum ini tidak terdengar sebarang ura-ura yang Siti mahu menceburi bidang itu.

“Memang sebelum ini ramai yang pernah bertanyakan Siti sama ada mahu mencuba bidang pengacaraan. Tapi jawapan Siti pada masa itu adalah tidak, kerana Siti sendiri belum bersedia. Namun selepas Siti merasakan yang masanya sudah tiba dan Siti juga sudah bersedia, maka terhasillah program Siti.
Begitupun, konsep program bual bicara Siti... Hiburan Dan Inspirasi tidaklah tertumpu kepada hiburan semata-mata.

“Sebagai sebuah program yang mengkhusus kepada cerita berkonsepkan motivasi, Siti bersama-sama pihak penerbit memilih sendiri siapakah tetamu yang layak untuk diundang ke studio.

“Ini adalah kerana mereka akan berkongsi pengalaman dan kisah suka duka yang terpaksa mereka lalui sebelum menempa kejayaan,”kata Siti ketika ditemui pada sidang media sejurus rakaman program itu berakhir.

Sambil mengakui menjadikan pengacara tersohor luar negara, Oprah Winfrey sebagai idolanya, Siti juga menaruh harapan untuk berjaya dalam bidang pengacaraan ini dan mengikut jejak langkahnya.

Diusik dengan pertanyaan apakah Siti juga bercita-cita untuk menghadiahkan pelbagai barangan kepada penonton setianya, Siti membalas pertanyaan itu dengan ketawa yang memanjang.

“Tunggulah, kalau program ini mendapat sambutan dan ada pihak yang sudi untuk menaja pelbagai barangan untuk diberikan kepada penonton program ini, Siti amat mengalu-alukannya,” jawab penyanyi ini sambil menguntumkan senyuman manisnya.
Tidak semua orang mungkin akan suka mendengar perkhabaran terbaru ini.
Barangkali akan ada suara-suara nakal yang akan mempertikaikan hasrat Siti melangkahkan kaki ke dalam bidang pengacaraan kerana seolah-olah penyanyi ini mahu mencaras kerjaya mereka.

“Siti menceburi bidang perniagaan hanyalah mahu menguji diri Siti dan bukannya untuk menguji orang lain,” jawabnya ringkas.

Program Siti ini akan menemui penonton pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 malam mulai Februari depan menerusi saluran Astro Ria.

Gementar menemubual idola

SEKIAN lama dia menjadikan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 ini sebagai idolanya.Meskipun pernah bersua muka dan saling berbicara, namun inilah julung kalinya Siti menemubual Tun Dr Mahathir Mohamad dan berkongsi rahsia dengan penonton program itu.Sepanjang hampir 20 minit temubual itu berlangsung, Siti banyak bertanyakan rahsia kejayaan tokoh negarawan berusia 85 tahun itu serta mengimbas sedikit zaman remajanya.

Pun begitu, kata Siti walaupun sudah biasa berdepan dengan kamera, namun entah mengapa perasaan gugup dan gementar tetap ada.

“Bukan mudah untuk menjadi pengacara. Mujurlah aura yang Tun miliki sepanjang temubual ini membuatkan saya semakin selesa untuk melontarkan setiap soalan,” kata Siti sambil mengaku teruja dengan pujian Tun yang mengatakan dia mampu menjadi seorang pengacara yang baik satu hari nanti.

Dalam pada itu Siti juga melahirkan perasaan gembiranya kerana berpeluang mengadakan persembahan Interlude untuk pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-25 Ahad ini.

“Persembahan Interlude ini juga akan menyaksikan Siti, Datuk Sharifah Aini dan Ziana Zain membuat persembahan. Tapi kami tak adalah digandingkan bersama.Siti gembira juga apabila pihak TV3 sudi menjemput Siti untuk menjayakan malam anugerah itu. Sekurang-kurangnya mereka masih mengingati diri Siti,”katanya yang mahu berehat selama beberapa hari selepas AJL sebelu kembali menyambung rakaman program bual bicaranya itu.


Sumber: Berita Harian, 2011/01/07

4 Responses so far.

  1. Hang suka Siti kan??? Hehehe.. Lama dah tak dengar cite Siti..

  2. Unknown says:

    baguslah..buktikan yang siti punya bakat dalam bidang lain juga..bukan sekadar penyanyi..baru boleh jadi idola yang versatile

  3. @FarhanaDr haha.. aku suka siti jugak. tapi tak la peminat fanatik macam fairuz selamat. hehehe

  4. @Rozuan Ismail betul, mana tahu Dato' Siti dapat anugerah pengacara terbaik tahun ni pulak. Dia dah puas terima anugerah dalam bidang nyanyian selama ni. hik3

Leave a Reply