Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

Funny Pictures

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.







Click! Click!

Followers

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...


Salam. First of all, thanks a lot to you guys who joining my contest (tetiba bersepiking) ^^. By the way, for your info.. Hadiah aku dah sediakan. That size is not too big, and not too small. But then, memang chomel.. sesuai untuk uda dan dara. Mak dan abah pun leh simpan. hehe..

But now, the problem is aku nak cari kotak tuk balut benda tu, pastu nak post.. berat tu memang tak berat langsung.. Angkat guna hujung jari pun boleh.. haha tapi benda tu bukan la leper... dan yang pasti bukan key-chain dari Sabah. haha kan top sekarang cey-chain yang bertulis Welcome to Sabah. Pastu ada image Gunung Kinabalu la, Alat musik Sabah la, Bunga refflesia la, orang pakai baju kadazan la. haha bukan itu ok.. Benda ni sebenarnya aku buat sendiri pun boleh. Simple but cute. Simple-simple pun harga cukup tuk aku buat belanja makan tengah hari. Tapi tuk korang.. Aku beli jugak coz its so cute... hope that who will be a winner later, you'll keep it carefully. Ermmm...should i put my picture together into that present?? (wah! bajet nak fofular lalala) no need i guest. Just enough i put some wishes right?... hehehe (tapi kalau bubuh gambar pun ok gak, because you'll remember my face and that present is from me) lalala *ok, sila menyampah ngan aku sekarang! ^^

Bagi si pengadil contest pulak dah mula pening kepala once i mentioned to them that my contest's participants are more then 50..hahaha... ye kabo ye takut pening pale nok pilih hok ane se hok paling cun. Doh ye stuju nok jadi pengadil ork.. hehe jadi, tu memang doh tugah ye ah... pergh! bapok pekak gile bhs ganu aku ork..hahah (lama x dgr ckp ganu).. doh kalu saloh tu mung kabo ke aku deh, leh aku betol kang...lalalala

Ok, hangpa suma takyah duk pikiaq pasai suma ni noh. Hangpa duk join pun dah kire ok. Ceq ade gak p usha-usha tgk penyertaan hangpa suma, and kesimpulannya, gambar hangpa memang comei.. kalu skali imbas, memang ade yang menarik perhatian ceq. Tapi ceq bukan pengadil, jadi biaq pengadil duk pilih yang terbaek dan keputusan di tgn mereka..(bhs utara pun best doh)...^^

So, kepada yang belum menyertai contest ni, you still have a time to join because the due is this coming 7th feb (12.01 am). Click Here to join the contest. Be hurry before you late.. (B.I tak betul duk ngegada berB.I) hahaha ada aku kisah...larikkkkkkkkkkk!!!!!!!

Ok..aku nak join jadi bloglist mr.iqbal hakimi ni hehe...siapa yang nak jadi bloglist mamat ni. apa lagi, mai la meriahkan ea...hik3 korang just letak headar dia tu sebagai syarat..tapi ada lagi syarat2 lai... kalau korang nak tahu..clik (SINI) tu pergi ke blog dia ok...So,kalau dah pergi tengok kat blog dia, apa lagi..korang buat la entry pasal mamat ni. Tak rugi pun. Sambil2 nak promote blog korang kan.. tapi aku tahu la dia nak berapa org..tak kisah la semua tu..hehe

Kalau korang perasan, mr.iqbal ni rajin update blog dia. sebab tu la follower dia boleh tahan ramai. Dia suka review blog orang lain.. (rajin mamat ni)^^ daripada pembacaan dan penghayatan aku selama aku jadi follower mr.iqbal ni, blog dia adalah untuk nak share info-info, tempat meluahkan perasaan, tempat nak koment itu dan ini, rajin join contest antara bloger..perghhh! Aku tak heran la kalau ko boleh jadi popular suatu hr nanti la mr.iqbal hakimi. hehehe ^^

Satu yang aku perasan pasal mr.iqbal ni, dia memang minat artis cantik malaysia iaitu Lisa Surihani. ada-ada jer entry dia pasal Lisa. tapi aku suka cara ko olah ayat ko..simple, selamber, dan jujur...

Kalau tak silap aku, mr.iqbal ni masih belajar lagi. kat uthm ke uitm...emm... uthm kot.. Tapi, aku salut gak ar...dalam sibuk2 jadi pelajar, ko sibuk gak jadi blogger tegar ek.. ntah esimen ko pun ko tak layan sangat kot. Aku rasa ko lebih pandang blog ko ni daripada pandang esimen ko kan? hehe... hamboi! melampau tol plak aku tulis ni ea.. Tak la, itu sebagai perumpamaan jer.. sebab aku pun tak la seaktif ko walau pun dah nak masuk 2 tahun berblog ni...Oh ya, tarikh bulan kita start berblog ni sama tau.. aku start berblog ni pun pada bulan feb, iaitu 6 feb 2009 (tarikh birthday aku jg). jom celebrate birthday blog kita nak??? hahaha ^^

Ok, kategori aku ialah:
** BEKERJA (LELAKI)
TARIKH TUTUP bLOGLIST iQBALHAKIMI NI PADA: 2 FEB 2011 (12.01 TENGAH MALAM)

Kinarut, Sabah, January 2011: Bagi sesetengah pengemar game di laman web sosial (facebook), pasti mereka pernah bermain dengan game "Farmville" iaitu satu game yang bercucuk tanam, berkonsepkan pertanian dan penternakan binatang. Untuk pengetahuan anda semua,

Farm Ville yang sebenar juga wujud di Sabah. Ya, memang wujud, kalau tidak silap Farm Ville itu wujud pada akhir tahun 2010. Sebenarnya, farmville di sini ialah sebuah restoran makanan yang mengambil nama sempena nama game yang dari facebook tersebut.



Mungkin juga pemilik restoran tersebut merupakan seorang yang addicted dengan permainan game dari facebook itu. Sebab tu beliau sanggup mengambil risiko untuk menggunakan "FarmVille" sebagai nama restoran beliau. Memang tidak diketahui sama ada beliau mendapat lesen atau kebenaran untuk menggunakan nama "farm Ville" tersebut. Ada aku kisah? haha... Dia dah guna dengan yakin.. So, dia la tanggung sendiri kan..


By the way, sepanjang aku lalu lalang kat sini, tak pernah pulak aku singgah makan kat restoran tu. Aku tengok hari hari pun macam takda orang jer. Kalau ada pun tak ramai. Sebab kenapa? Sebab lokasi dia tak strategik. memang dekat dengan jalan...tapi terlindung dengan bukit dan berada dekat selekoh. hahaha orang susah berhenti sebab sana memang jalan highway. Gambar tu pun aku amik time nak p kerja pagi-pagi. Camera tu memang aku dah zoom 4 x (so, bayankkan la betapa jauh dari jalan raya)

By the way, kepada sesiapa yang nak rasa makanan kat restoran farmville kat sini. Silalah datang (dengan muka selambe padahal sendiri tak g cuba lagi). hahaha

Salam dan selamat pagi. Goodbye Labuan!!!! Sekarang ni kitorang tengah berada dalam feri untuk menyeberang laut cina selatan. hehehe kos untuk naik feri ni hanya RM5.00 per head... murah kan??

Muka-muka pengembaraannnnnn!!!
ha ha ha

Sekejap lagi mahu sampai di pelabuhan Daerah menumbuk. Masa yang diambil dari Labuan ke Menumbok dengan menggunakan feri lebih kurang 2 jam.. Kemudian kami naik bas dari menubok ke Kota Kinabalu, 2 jam... jadi perjalanan kami mengambil masa 4 jam.. perghhhh! sungguh lama...^^

Keadaan dalam feri ni sangat sesak sebab dalam ni ada aircond, tv plasma dipasang untuk menghilangkan keboringan para penumpang...kononnya la kot... kami pulak tidak duduk di kerusi yang disediakan sebab semua pun mementingkan diri sendiri...kerusi digunakan untuk meletak barang-barang mereka yang bertimbun bagai. So, kitorang hanya duduk di kat atas lantai... so poor... Tapi, bukan kami je yang duduk atas lantai ni, ada ramai lagu...siap boleh tidur bagai..

ok...dah sampai...^^ ready to go...


Salam blogger.. Malam ni rasa malas nak update blog because memang rasa sangat penat. Sepanjang kat Labuan ni memang kitorang enjoy sangat. Banyak cerita nak share. Tapi mata aku ni sangat la mengantuk. Esok pagi-pagi dah nak bertolak balik kk. Lusa dah kerja semula. Kena wat report lagi pasal appointment ni kat madam. Em..

Aku just nak bagitahu sikit2 apa yang kami buat hari ini.
1. Pagi-pagi kami g mandi laut
2. Makan rojak special and air batu ABC special (hand made by amy's auntie)
3. Teman budak-budak ni g beli belah (perfume and chocolates). aku beli choclates sikit jer..
4. amik member kat airport sbb dia nak join vacation kat sini.
5. makan kat KFC
6. Jalan-jalan kat ujana kewangan
7. bergambar kat pantai berbackgroundkan matahari terbenam
8. balik umah tgk cerita seram kat tv

Ok, itu la secara ringkasnya aktiviti kami pada hari ini. credit kat atuk sebab dah hantar kami pergi ke sana ke mari...

still tak dapat nak luangkan masa buat BW..jgn marah ya..
yang join contest aku tu tq..^^ tapi contest tu still open...korang tahu kan due bila..so, tunggu keputusan dengan sabar^^


Ok my blog. I luv u. wanna get sleep..

Salam. Hari ini semua appointments dah habis . Done! Penuh dengan dugaan. Kitorang sesat nak cari office. Boleh kan gitu? Hari ini kitorang pergi ke Maybank Limited (I) International, Cimb, Perbandaran Labuan, dan Jabatan Pelajaran Labuan.

Comment:

Jabatan pelajaran
Org tu cakap, dorang tak berapa memerlukan latihan computer, application, dan lain-lain. Kalau dorang nak latihan semua tu, dorang mempunyai tenanga pengajar sendiri yang terdiri daripada tenanga-tenanga pengajar di sekolah. Tapi, kalau takda pun dorang akan jemput tutor atau consultant dari luar. Dorang nak cut budget. Pastu, dorang nak suka membanggakan jabatan pelajaran sebab dorang kunun mengikuti perkembangan teknologi. Tapi bila kami tanya dorang guna excel versi keberapa.. dia ckp versi 2007. Hahaha nak tergelak kat situ jer. Mereka ketinggalanzaman ok. Sekarang yang terbaru ialah versi 2010.

Jabatan perbandaran Labuan.
First aku call tak angkat. kemudia kol punya kol..akhirnya yang pick up my call tu is the one of staff there. Bila nak bercakap dengan orang yang aku buat appointment tu, dia cakap orang tu MC. ok.. aku tetap nak pergi sebab aku nak tinggalkan profile company, promosi-promosi dan sebagainya. Tapi bila dah sampai kat sana. Aku ada kenal seseorang (jonior sekolah aku) dia cakap tadi ada juga orang yang jumpa dengan orang yang aku nak jumpa tu. Tapi, by call tadi org yg agkt call tu cakap en..tutttt tu MC... penipu! aku malas nak gaduh2 aku jast bagi apa yang patut. then aku blah! Huh.. geram!

Maybank
walaupun dorang sibuk dengan kerja sebab hujung bulan. dorang kena tutup akaun. tapi still boleh jumpa dan bersembang-sembang kejap untuk layan kami ni. rasa bangga dengan layanan daripada mereka.

Cimb.
orang yang kami jumpa tu kat sini memang ok. sama macam maybank. masih boleh meluang masa sekejap untuk sesi perbincangan. kalau boleh nak bincang lebih details, tapi kami tak mau menyusahan dia sebb hujung bulan mereka banyak kerja yang kena settle. so, ringkas-rinngkas sudah.

Kesimpulannya. Orang yang kerja dengan government ni memang tidak tahu melayan orang dengan baik. Mereka macam takda etika. huhu rasa kecewa dengan layanan yang diberikan kepada kami. Ok, kami sanggup datang jauh dari KK semata-mata hendak berjumpa dan berbincang. Tapi, memang mereka tidak menghargai kepenatan kami!

Dah siap semua, kami pergi jalan-jalan jap kat shoping komplex. Patu g pantai nak hilangkan tension. huhu malam pulak keluar g makan pizza. jalan-jalan kat restoran terapun sambil tengok orang memancing.

ok, aku dah tak tahan sebab time update ni pun mata aku rasa-rasa dah nak tertutup. Mengantuk ok. Orait aku nak tidur dulu.


Salam Jumaat & Good morning guys. yeah!!! Semangat betul pagi-pagi nih. Tak sabar nak jumpa client-client yang aku tunggu-tunggu. perghhh! memang nak kena pulun siapkan hari ni...
Kepada mereka yang dah join contest aku tu tq ya..and kalau ada lagi yang aku tak view tu, jgn risau sebab nanti korang akan diview juga. sekarang ni agak busy sket, tu la tak dapat nak view-view lagi...hehehe

Malam tadi aku tidur dengan nyenyak setelah penat berjalan-jalan seharian. dah la hujan renyai-renyai, kipas pulak berpusiang dengan laju. sangat sedap tidur ok lalalalala

ok. nak berangkat dah... daaaa muah!

Salam. Malam ni kat rumah atuk Amy. Salah seorang rakan seoffice aku. Kami bertiga yang akan jumpa client kami kat sini. Actually, kami ada 6 appointments nak kena settle kat Labuan. Alhamdulillah, 2 dah settle. Nampaknya mereka berminat dengan tawaran yang kami bagi. So, esok ada 4 appointments yang kena settle. Chaiyok!


Sebenarnya, aku nak cerita perjalanan yang kami ke mari. Ada banyak gambar yang aku ambil. Tapi tak dapat nak upload banyak-banyak sebab line internet kat sini tak berapa kuat. So, just apload mana yang dapat. Kami memilih untuk naik bas dari Kota Kinabalu ke Menumbok. Kemudian, dari Menumbok baru naik feri pergi ke Labuan. Nak adventure katanya kiki^^. Tapi apabila sampai kat Menumbok, kami memutuskan untuk ambil speed boat. Cepat sket sampai kat Labuan.

Oh my God. Dekat sembilan tahun aku tak datang Labuan beb! Lepas berpindah sekolah dari SM Sains Labuan ke sekolah kat Beaufort. Banyak perubahan bro! Sampai kat Labuan, semua rasa lapar, so sementara menunggu kawan Amy datang jemput kami, kami g makan la dulu kat gerai mamak. So melantak la, yang penting perut ada isi.


So, kami hantar dulu barang-barang kat kedai makcik si Amy, kemudian kami terus pergi ke JKR Labuan. So, sesi perbincangan dan tawar menawar berlangsung dengan baik. Memang mereka berminat. Nanti balik KK, aku nak buat quotation kat dorang. See, betapa berminatnya mereka. Layanan kat sana kami bagi Gred A. Habis jer kat sana, kami terus pergi ke Jabatan Penerangan Labuan. Kat sana, sesi perbincangan hanya sekejap. Ok la kat sana tu, konon-konon kalau mereka nak, mereka akan call. Tapi sumpah, layanan yang kami terima kat Jabatan Penerangan tu macam gampang. Camtu ke layanan daripada orang government?? huhu tak appreciate langsung ngan kami yang datang jauh dari KK. Adakah dia just layan kami kat counter pertanyaan? Padahal dah buat appoinment ok. Tak profesional betul. Kami pun dah malas nak lama-lama. Bagi apa yang patut and terangkan sikit-sikit lepas tu blah. Tapi, nanti aku akan push lagi. peduli apa aku. Nama jer Jabatan penerangan, tapi etika tak profesional langsung. Layanan Gred E.
Lupakan itu semua, kemudian kami balik terus pergi rumah atuk Amy. Best giler kat sini, kami di bawa melawat kebun, banyak tanaman sayur-sayuran, lada, buah-buahan and kami bawa balik tebu dari kebun tuk makan kat rumah. Memang manis tebu tu weyh. Then kami jalan-jalan satu labuan dengan naik kereta (tak la round habis haha), tak lupa juga singgah pergi pantai. Kami lalau kolej matrikulasi Labuan (tempat sue belajar) and aku sempat melawat sekolah lama aku (SMSL). Lagipun, tak jauh sangat dari rumah atuk Amy. Tapi, tengok jer la.. tak keluar dari kereta pun sebab hujan. Lepas rindu kejap kat sekolah lama.^^

Malam pulak, kami dibawa pergi makan kat luar, makan kat samudera seafood. pergh kenyang gila. Atuk amy yang belanja. Banyak giler kami order. hahah kenyang sampai senak perut weyh haha Sporting betol la atuk and nenek Amy. Ok la. Pas makan, kami pergi melawat jap kat cousin Amy. After tu, balik rumah. Berehat. yeay! Best tol...

Can't wait for tomorrow. Hope kami mendapat layanan baik. Lepas habis semua appointment, kami nak round tempat-tempat yang best. ^^


Nota: Contest Pantai By Mr.K masih dibuka lagi (tarikh tutup 7 feb 2010 jam 12.01 am). Setakat ni dah 30 lebih penyertaan. Tq guys ^^






Chow! nak tidur dulu. Good night...muah!

Salam. Selamat malam bloggerian^^. Wah tajuk entry memang macam gampang. Haha. Takda la, saja je nak take attention Kejap. Korang fikir apa? Jangan fikir bukan-bukan sudah^^.



Panjang or Pendek?? hehe Takda la. Sebenarnya, aku nak tanya pendapat korang. Aku lebih sesuai simpan rambut panjang atau rambut pendek? Haha Tadi, bila aku masuk office jer (setelah siap gunting rambut) bos aku kata aku macam budak sekolah menengah. haha Nampaknya aku kembali ke sekolah! Kalau gitu, client aku esok mesti anggap aku budak sekolah juga kan?? ^^
Ni gambar sebelum dan selepas.









Barang aku?. Erm..tadi dah siap paking barang yang nak dibawa pergi Labuan esok. Macam nak berhijrah ke sana jak ni aku rasa. hahaha Sesungguhnya aku dah tersingkir dari AF. ^^. Padahal, aku kat Labuan hanya 2, 3 hari jer kot. Tapi, itu baru plan. Mana la tahu top-top nak sambung makan angin kan. Ok, Jangan jelez na. hehehe Sambil menyelam sambil minum air. Biar sampai kembung perot lalala.. Ni la barang yang wajib aku bawa. Pakaian, bag toiletry, and Laptop. nanti boleh la update mr.blog kan..hehe
Dengan penuh yakin aku berkata seorang-sorang.
"Aku rasa dah cukup lengkap aku bawa kot. hehe"
Lengkap ke? hehe

Salam. Ok, dah nak balik... Dah kemas apa yang patut. Esok pagi kena bertolak pergi Labuan. Wahai client-client ku di sana. Tunggu kedatangan ku ini..wakakak^^

Barang-barang pun dah paking. Tinggal baju kat rumah lagi tak kemas. Rambut dah gunting. Wink^^ Rasa semangat nak bertempu client. wah!

camna la rupa and perangai client aku esok.emmm
Kalau macam ni kan baguih...^^

Kalau client korang semua macam ni, semangat tak?? Soalan ditujukan khas untuk para lelaki. ^^