Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

Funny Pictures

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.







Click! Click!

Followers

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...


Salam. Tajuk entry dah macam bulan hijrah plak kan. Well sebenarnya, kalau tiada apa-apa halangan aku akan berhijrah ke Kuala Lumpur. Mencuba nasib di bandaraya metropulus itu^^ Memang aku pernah terfikir akan hal itu, tapi tak sangka pula secepat ini.

Seandainya masa itu akan tiba, sekali lagi aku akan meninggalkan bumi Sabah yang tercinta ini. Terpaksa berjauhan lagi dengan keluarga tersayang. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Mungkin aku terpaksa jua menempuhi keadaan itu.

Bukan sebab merajuk kat sapa-sapa di Sabah ini. Tapi mungkin Dia dah tunjukkan jalan. Namun, jauh di dasar lubuk hati aku, aku tidak mahu berjauhan lagi dengan keluarga. Hanya mampu berharap keajaiban akan muncul.

Lebih kurang sebulan untuk aku berfikir. Betul ke tindakan aku ini, menerima tawaran kerja di sana. Kepada mummy sudah aku khabarkan sebentar tadi. Ada nada-nada kecawa kedengaran. Al-maklum la, anak bongsunya ini BAKAL meninggalkannya lagi. Namun, mungkin ini sudah takdir.

Dalam masa sebulan ini, seandainya aku tidak mendapat kerja yang lebih bagus sebagus tawaran di Kuala Lumpur itu. Aku terpaksa jua PERGI ke sana. Dengan niat untuk mengubah nasib keluarga. TAPI aku sangat-sangat berharap agar Tanah tumpah darah ku ni memberi aku satu peluang lagi.

Untuk pengetahuan, aku sudah pun berhenti dari kerja. Mengejut bukan?. Usah ditanya kenapa. Semua mungkin kehendak Dia. So, sekarang dah 'nothing'. Sekadar berbekalkan sedikit pengalaman. Kerja di seberang sana bakal menunggu. Sebulan lagi. DILEMA. Cuma menunggu kepastian. Kepastian yang tak bersempadan. Aku pasrah lagi. No choice.

Dalam sebulan ini. Aku perlu bersiap sepenuhnya. Fizikal dan mental. Perlu berhadapan dengan cabaran yang seterusnya. Mungkin juga masa ini la aku nak meluangkan masa untuk bersama keluarga.

Esok, aku nak balik ke office untuk mengambil barang-barang ku yang masih belum berkemas. Aku perlu buat handover tugas and kerja aku kepada orang yang bertanggungjawab selepas aku buat kali terakhir.

Kepada rakan seoffice ku, jaga diri baik-baik. Biasakan diri tanpa usikkan dari aku. Biasakan diri tanpa gelak tawa aku. Biasakan diri tanpa menyambut ucapan "Assalammualaikum' and 'Good Morning" dari aku setiap hari. Dah tak ada wakil kaum Adam di office itu lagi. Takdir.

Ada hikmah disebalik semua ini.

4 Responses so far.

  1. MiSz ZuE says:

    gud luck..
    mencuba nasib..
    InsyaAllah...

    saya tag awak untuk join contest

  2. setuju sekali...
    kita memang harus saling menghargai..

  3. kimon aku tag ko untuk kontest nak join bloglist Krole.. http://sembangperlis.blogspot.com/2011/02/nak-join-bloglist-krole-boleh.html

  4. http://sembangperlis.blogspot.com/2011/02/nak-join-bloglist-krole-boleh.html..kimon aku tag ang untuk kontest ni..

Leave a Reply