Archive for February 2011
Salam. Hye...lama tak update. Ada yang rindu aku tak ni??? hehehe puihhh! perasan nak mampus. Sila bagi penyepak. hahaha Well, hari ni baru dapat online. Sebabnya hari ni aku keluar pergi KK. Jalan-jalan jap. rindu pulak kat bandaraya KK. hehehe
Baiklah. Hari ni aku nak umumkan top 10 bagi contest pantai yang aku anjurkan tu. Minta maaf la banyak-banyak ya sebab terlalu lama untuk aku umumkan sepatutunya apa yang aku kena umumkan. Tapi oleh kegrana terdapat masalah yang aku tak dapat elakkan, so segala-galanya terlambat. Sorry sekali lagi ya.
Baiklah. Berikut ialah gambar-gambar yang terpilih untuk jadi juara, tempat kedua, dan ketiga.
Tahniah kepada yang tepilih ya. Kepada yang tak terpilih tu jangan sedih-sedih ya. Bagi pihak penganjur, gambar yang dipilih oleh pengadil yang dilantik ni semua cunu-cun. seperti ada cerita disebalik gambar yang diambil tu. terbaiklah., Cun tak gambar-gambar ni semua? Bagi aku...ok la... pengadil memang bijak memilih. Daripada 10 gambar tu, aku sendiri pun tak tahu lagi gambar mana yang akan mendapat top 3.... Ok...sila tunggu ya..
Betry lappy dah lemah. So, before tak boleh online..aku nak post coretan di masa lapang aku time tak boleh online kat rumah...sila baca kalau ada masa.....
Ditulis pada: 13 February 2011
Salam. Kebelakangan ini, memang banyak kita dengar kes-kes buang bayi. Banyak sangat. Kalau nak kira, memang tak cukup dek jari-jari yang ada. Memang berkulat telinga dengar. Mata ni dah naik rabun duk baca berita yang sama di dada-dada akhbar. Tak habis-habis. Tak kira tempat. Sama saja.
Dalam hal ini, tak tahu nak salahkan sesiapa. Nafsu? Latar belakang keluarga? Kurang pendidikan? Kurang didikan agama? Kurang pengawasan ibu bapa? Tu antara factor yang seiring kali dikaitkan dengan semua ni.
Bahananya, biasanya, hasil daripada semua tu? Wanita yang kena tanggung. Malu? Sakit? Derita? Semua wanita yang kena tanggung. Masa mula-mula nak buat. Sama-sama rasa nikmat. Tapi bila benih dah menjadi, lelaki lari lintang pukang sebab tak nak tuai hasil ‘benih’ tu. Takut nak tanggung malu sama-sama. Takut nak tanggung Sakit sama-sama. Takut nak tanggung derita sama-sama. Bagi si lelaki, hanya nak sedap je. Nak seronok je.
Mula-mula tabor janji, bila dah tabur ‘benih’ dan benih tu menjadi sebab tanah subur. Dah! Blah gitu jer? Kadang-kadang tinggalkan tanpa khabar. Tak pun dia mengaku yang dia dah tanam ‘benih’ tu. Sebab? Mudah je. Tak nak tanggungjawab. Bila ‘benih’ tu dah keluar. Kesian pula si ‘benih’ tu sebab dah ada status. Status apa? Status ‘benih’ haram. Adui. Kesihan si benih yang tak tahu apa-apa. Alih-alih dah dapat nama haram.
Si wanita pula. Susah nak kata. Dah la sakit tanggung azab saat nak keluarkan ‘benih’ tu. Malu jangan nak kata la. Semua dia duk tanggung sorang-sorang. Memang kesian gak. Tapi, nak kesian ke kalau ‘benih’ yang dia keluarkan tu dia buang plak?? Bertambah-tambah dosa yang dia tanggung doh. Tak fikir ke? Kesian kat ‘benih’ yang kuar dengan sihat tu.
So, sekarang ni memang kita tak boleh nak salahkan si jantan atau si bentina. Dua-dua salah. Dek kerana ikutkan nafsu. Semua tu boleh terjadi.
p/s: Ingat lah… Sedap buat…akibatnya adalah Derita..ada betul?
Ditulis pada: 14 February 2011
Kehidupan aku hari ni macam biasa. Bangun tidur jer dah mengira hari. Due tuk pergi ke semenanjung dah semakin hampir. Semakin rasa tertekan pulak kalau asyik fikir pasal tu. Memang tak tau nak buat apa untuk mengisi masa yang ada ni lagi. (macam mengira masa nak mati je) Simpang malaikat 44. Alamak, sorry ye..tajuk entry takda kena mengena. huhu
Serius. Aku dah semakin sukar untuk membuat pertimbangan. Bercakap kat rumah ni pun dah kurang. Duduk tengok tv jer memanjang. Dari pagi sampai malam. Almaklum la, cerita-cerita kat saluran Astro Citra and Warna tu best-best. Banyak cerita seram pulak tu kalau tengah-tangah malam ni. So, layan jelah.
Time-time macam ni dah timbul pulak rasa fobia dengan bunyi deringan handphone sendiri. Takut dengan kemungkinan berita pasal penempatan kerja aku tu. Kalau boleh handphone tu aku nak letak jauh-jauh dari aku buat masa sekarang ni. Tak mau tengok! Huhu
Tiap kali orang kampong or saudara mara dan sahabat handai Tanya. “ko kerja mana sekarang ni boy?”.. Soalan yang aku sendiri rasa susah nak jawab. So, paling senang aku jawab “aku kerja kat KK buat masa ni, and sekarang ni tengah ambil cuti panjang”. Nak aje aku cerita yang aku MUNGKIN akan kembali ke semanjung untuk bekerja di sana. Tapi, malas nak cakap, sebab nanti dorang cakap menunjuk-nunjuk. Huhu Bagi aku, apa la sangat kalau kerja di semenanjung tu. Biasa je. Takda nak timbul riak-riaknya. Banyak kena fikir lagi ada kot.
Kalau boring kat rumah, aku duk round-round kat hujung kampong. Lepak kat kedai runcit makcik aku. Borak-borak kosong. Tak pun duk lepak ngan kawan-kawan. Nak rapatkan sillaturrahim sebab lama tak jumpa. Update-update cerita sikit. Petang sikit jam 5 balik umah amik kasut pastu kembali ke gelangang tuk main takraw. Best tol main takraw. Setiap team yang menang akan stay untuk jumpa team seterusnya. Kalau menag lagi, stay la sampai kalah. Maksudnya, kalau menang stay and kalau kalau kalah keluar. Dah dekat seminggu main takraw ni. Servis tekong aku dah kembali mantap. Hehe Dah mai dah. Tapi sumpah, peha memang sakit. Huhu
p/s: Siang menaip kat word, malam baru post kat blog...kalau line mengizinkan. Nasib badan.
Ditulis pada: 13 February 2011
Salam. Selamat malam semua. Memang mencabar betul hidup sekarang ni. Hidup tiada kerja, hari-hari macam rasa kosong saja. Rasanya macam seperti penganggur yang baru lepas habis belajar. Tapi semua ni hanya sementara. Sabar jak la.
Sejak ada di kampung ni. Online memang sangat susah. Aduh.. kalau mau online cepat pun, kena la aku pergi ke pekan. Tapi, malas pula rasanya. Paling-paling kalau nak online pun, bukan tengok apa. Tengok blog and tengok friendster. Tak pun tengok jobsmalaysia.com. Mana la tahu ada kerja datang melamar. huhu
Aku sedar traffic aku dah mula turun sekarang. Dah tak ramai nak lawat sebab aku tak dapat nak balas kunjungan korang. Tahu saja la, nak buka page aku sendiri loading pun sumpah slow sangat. Apatah lagi nak buka page korang. Penat jer buka tab banyak-banyak tapi tak dapat loading. Terpaksa tekan F5 utk refresh berulang-ulang kali. Tu pun kalau rezeki ada dapat la tengok page korang. Tapi sekali nak komen entry korang adooooyai! sangat mengecewakan. Memang tak boleh nak komen. Comment box pulak memang tak loading. Tekanan tol.
But it’s ok for me. Dah tak nak fikir nak tingkatkan traffic buat masa ini. Cukup la kalau dapat lawat blog aku kejap atau dpt tengok perkembangan korang dari (bloggers) dari papan dashboard aku. I really need some space and time right now. Huh… but serius dol. Aku rasa bersalah tak dapat komen kat blog2 yang aku selalu komen and lawat before this. How are you blogger??? Still remember me or not?? heee
Terima kasih banyak-banyak kepada korang yang tinggalkan comment kat entry aku and also kat comment box aku. Appreciate it. But sorry la, memang aku tak boleh nak balas kunjungan korang. Sedihnya.
Cerita sedikit aktiviti aku kat kampung ni. Kat sini memang sejuk, hari-hari hujan, dah la duk rumah papan. Lantai pun papan. Memang sejuk. Tidur kena pakai baju sejuk. Kalau nak beku try la tidur tak pakai baju. haha (melampau siot) haha tak la sampai beku. Tiap petang pula aku keluar bermain. Lama tak turun main takraw. Mula-mula tu ingat skills aku dah hilang, Tapi servis tekong aku tu masih ada lagi. Timang bola pun tak hilang. aku duk try timang guna kaki sebelah kanan 30 kali. I got it. And than, try timang guna kaki sebelah kiri 30 kali pun masih boleh lagi. hehehe tapi setelah bermain 2,3 hari alhmadulillah, dah dapat menyesuaikan diri. Kawan-kawan, sepupu, sepapat, semua pun bagi dorongan. hehe
p/s: teringat kenangan ketika mewakili daerah untuk bermain takraw sehingga ke peringkat negeri Sabah ketika sekolah menengah dulu. Sweet memory.
- arep_lockermonth
- Biey
- akemilurves
- Siti Fatimah Fuzz
- Noor Fatin
- Cik Zatie
- Mujahadah
- ab@h_Izz
- Cute MuM
- pengiklanan
- eddy syrol
- AyinAyob
- yat! Amo Titti Punye!!!!
- ira mohd
- pwincess Lov3y dOv3y
- Daniel AdiE
- WaNny
- Siti Noraisyah
- NURUL NADIA ROSLAN
- Fanzi Ruji
- budak kampong
- eb ezrin2
- Khairul Amyruddin
- Cik Shiqa
- Ayah cikLuna
- DeLaiLa
- wan nurul hezrina abd halim
- iekasub
- nur ikhyar dee
- wiernadriezan
- revolusicinta
- anithabilchan
- ZAHIRAH IBRAHIM
- Nadiah Sidek
- pieyaris
- lurun nauzzi namzar
- kyoo reza
- Are'Ja_(",)
- NorMa aZurA iSMaiL
- Nana
- islah_nafsina
- shaz
- EZAN IDMA
- tulips etu chinta
- pinky
- angloko
- HadifaR_R
- [n] ajiha fuz[i]
- sharifah athirah izyan
- luqman
- HelmyBizarre
- ikin
- Rezz Fukumoto
- Bella
- juelee
- zoncapriku
- mRs sYa
- my shaizhar blog contest
- tatiana
- Fifi
- Chekgu Azrine
- famjad89
- LYA m@m@ ASYA
- miemen
- Eddy Stone
- nurul cunashy
- fatin fasihah masnon
- bintangbiasa
- Mrs. Asida
- fa10
- MiMie AddNin
- shera haifa
- Mama Zharfan
- h A n Y S
- N Athirah
- achik yg kuat sgt membebel
- ibuayahdamia
- syazaa
- fiefamohdali
- aja_syg
- Cik Sara
- Mentadak Mentadu
- aNis sHazLiN
- mie momo chan
- cikpunyahady
- Ibu Ayra
- Sheira