Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

Funny Pictures

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.







Click! Click!

Followers

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...

Archive for December 2010

Salam
Sempena menyambut kedatangan 2011 ni
Aku dengan berbesar hati memberi award kpd followers aku.
Terima kasih kerana sudi menjadi follower aku ya kawan-kawan.
Kamu ambil (copy) saja award ini sebagai tanda terima kasih aku.
Tak la cantik sangat aku buat tapi ianya khas untuk kalian.
Tak perlu la tulis pasal aku ya...takut menyusahkan pulak (^__~)

SELAMAT TAHUN BARU 2011
Doakan kalian sentiasa sihat and gumbira.


notakaki: aku menyambut new year kat umah jer..huhu

Salam. Surat Berantai? Mesej Berantai? SMS berantai? Aku benggang betol la ngan benda2 macam ni. Hello wahai penggirim yang terpesong. Tolong la sedar sikit. Benda tu TAK BETOL!!! Buat apa percaya! Kamu kan seorang yang terpelajar, boleh jadi sarjana or pendeta kot. Benda-benda macam ni pun boleh percaya ka? Dush! Dush! Dush!

Kita ada agama, seperti yang kita tahu segala yang berlaku dan bakal berlaku tu adalah takdir Tuhan. Semua tu Kerja Tuhan. Kalau dah memang begitu Dia nak. Kita sebagai makhluk yang Dia cipta ni just terima sajalah. Tapi kita boleh minta kat Dia untuk ubah takdir kita tu dengan BERDOA. Bukan dengan forward2 mesej macam tu. Haram jadah betol la!

Bukan apa, tadi aku menerima satu massage dari Facebook. Seperti yang tertera dalam gambar di bawah:
Kalau tak nampak tulisan dia tu. Meh aku kasi tulis semula. Massage tu berbunyi:
"If you love your mum send thie to twenty people. One girl didnt send & her mum died 365 days later. I love my mum. Sorry i cant ignore this....."

Macam cibai tol!. Aku pantang tol kalau melibatkan parents ni. Yelah wahai pengirim oi, kalau ko sayang kat mak ngko bukan begitu caranya nak tunjuk. Kalau setakat sayang pastu forward mesej2 macam tu, baik tak payah!.. Mak ngo tak nampak pun usaha sayang yg ngko tunjuk tuh!
Ni siap ada date line lagi bila nak mati. Macam Malaikat Maut jer. Takkan Malaikat Maut yang hantar ni kat ngko utk menggertak ko supaya curahkan kasih sayang ko kat mak ko? ceh.. Sampah tol!.... buat penuh inbox fb aku jer!
Aku ada baca artikel dari Jabatan Agama Islam Selangor dalam Soal Jawab Agama yang dijawab oleh Datuk Dr. Mashitah Ibrahim cakap surat berantai boleh menjejaskan akidah. Walaupun artikel kat bawah ni tak sama ngan cerita aku kat atas tu, tapi alkisahnya dan jalan cerita lebih kurang sama. Kata Dr. Mashita:

"surat berantai atau surat beracun jika dilihat sebagai surat peringatan untuk orang lain supaya tidak lalai akan perintah Allah dan sentiasa melakukan kebaikan, boleh dianggap sebagai jalan dakwah.

Namun, unsur syirik di dalamnya menyebabkan orang yang mempercayainya menjadi sesat. Unsur syirik itu ialah percaya surat itu ada kuasa tersendiri memberi untung pada yang mencetak dan bala pada yang ingkar mencetaknya.

Ia seumpama tangkal yang ada kuasa memberi kebaikan atau malapetaka dan malang. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain memberi kebaikan dan keburukan pada dirinya; ia adalah unsur syirik yang boleh menggugat akidah.

Soal siapa mati dalam iman dan berapa ribu jumlah mereka adalah kuasa Tuhan, tiada keperluan untuk kita mengetahuinya, tetapi lebih baik bersiap untuk mati dalam iman.

Jangan turut serta sebarkan dengan niat mengelak bencana yang bakal menimpa (jika engkar menyebarkannya melalui surat atau SMS) kerana ia mungkin menggugat akidah kita."

Korang renung-renungakanlah wahai orang yg terpesong!


Footnote: Kamu mesti pernah dapat mesej2 camni. Jangan terpengaruh ya! Qada dan Qadar tu Tuhan yang tentukan.

Salam 1 Malaysia. Apa perasaan korang pada saat ini? Gembira? Sedih? Bangga? Tak sabar? ermm.. Yelah, Esok kita dah nak melangkah ke tahun Baru 2011. Rasa-rasanya, ada tak lagi belum tertunai? He He He... Persoalan itu biarlah kita sendiri yang jawab. Kita tahu apa yang kurang dan apa yang lebih.

Well, Tahun 2010 akan meninggalkan kita. Esok dah buka lembaran baru. Aku berharap yang baik-baik jelah untuk tahun 2011 ni. Kalau nak ikut memang banyak lagi nak diperbaiki. Tapi takpa. Kita tunda ke tahun 2011. Hik Hik Hik. Sekarang ni tengah hujan renyai-renyai. Huhu mungkin adalah petanda sedih untuk meninggalkan tahun 2010. chewah!

Seperti yang kita semua dah maklum, Harimau Muda kita dah menjadi Juara untuk kejohanan piala AFF tu. Fuhhh! memang menjadi bahan bualan kot. Rasa bersyukur juga sebab tempiasnya kena kita juga. Buktinya, hari ini diistiharkan cuti umum oleh PM kita. Best! Best! Best!. Bukan itu sahaja, dengan kemenangan itu kawan-kawan blogger, facebook, dan seadik-beradik dengannya pun hangat memperkatakan peristiwa bersejarah itu. Termasuk aku. hahaha By the way, tahniah untuk pasukan Malaysia. Aku bangga menjadi anak Malaysia. Chewah! hehe

Baiklah, sementara ada sisa-sisa terakhir 2010 ni. Aku nak menghabiskan cerita 2010 jugalah. Hari tu, aku balik kampung untuk sama-sama berkumpul dengan keluarga bagi menyambut perayaan krismas. Suasana agak berbeza pada tahun ini sebab nenek aku dah takda. Tapi kami tetap merayakannya bersama keluarga yang lain. Sambutan krismas untuk tahun ni disambut dengan ala kadar. Hanya menjemput keluarga terdekat dan sahabat andai. Best juga dapat berkumpul beramai-ramai.

Aku agak beruntung sebab dapat menyambut 3 perayaan walaupun aku beragama Islam. Apa taknya, Hari Raya Aidilfitri aku sambut (wajib), Hari Krismas sambut, Tahun baru cina pun sambut. Yelah, kalau dah berkahwin campur, memang begitu la hendaknya. hehehe

Kat bawah ni aku selitkan sedikit gambar untuk kenangan. Kalau nak diikutkan, masih ramai lagi keluarga aku yang tak dapat datang pada malam tu. Walaupun begitu, kemeriahan tetap terasa. Kamu percaya tak kalau aku beritahu yang ramai tetamu yang datang pada malam tu adalah orang-orang Islam (yang bukan keluarga). Syok pula rasanya. Yelah makan yang dihidangkan semuanya halal. Takda babi ok. Minuman alkohol tu ada jugak la. Tapi Atuk aku tak suruh keluarkan. So, yang minum tu dorang2 jelah. Sebab nak menghormati tetamu yang beragam islam termasuk kami. Chef utama malam tu, of course la mak aku. Anak sulung daripada 10 orang adik beradik. Dalam 10 orang tu, cuma mak aku jer yang convert masuk Islam. Saudara2 mak aku, ada gak yang masuk Islam. Dan bakal-bakal masuk Islam pun ada. Sebab kahwin dengan orang Islam. Alhamdulillah.

Ni gambar kazen mazen and unty2 aku, terselit gak akak aku di belakang.

Aku bergambar ngan unty paling muda (seumur aku ok) bersama uncle aku.

Atas arahan mak aku, aku disuruh amik gambar huhu mak aku yg bertudung tu.

Bergambar bersama kazen and uncle

Well, Tamatlah sudah kisah untuk Hari krismas. Jumpa lagi untuk krismas tahun depan.


P/s: kalau la ada peluang. Harap-harap ada kazen-kazen aku yang berkahwin dengan orang india hahaha dapat jgk sambut deepavali.. wakakaka... Lengkap 1 Malaysia dalam family. hahah
mustahil ke perkara tu boleh berlaku? aku bagitahu awal2...au tak nak kahwin ngan orang india. hahaha

Alhamdulillah.. Aku dah balik KK semula. Dekat seminggu aku balik bercuti di kampung. Bercuti Krismas. Hahaha.. Esok dah mula kerja seperti biasa. huhuhu

Sebelum jari-jemari ku mula berbicara panjang. aku nak ingatkan, kepada pembaca sekalian, malam ni aku nak berkongsi sedikit perjalanan aku balik ke kampung aku di beaufort. Perjalanan dari KK ke Beaufort mengambil masa lebih kurang 2 jam (jalan lambat) atau 1.30 (jalan laju) hehehe...

Hari jumaat yang lalu (24 December 2010).. Aku hanya kerja setengah hari. Means petang tu aku dah boleh mula balik, tapi lek dulu...sebab kepulangan aku dijemput oleh parents aku.. Almaklum la, aku xde transpot sendiri hahaha... kesian kat aku.. lesen tak buat lagi dow.. haha

Ni aku sengaja ambil gambar aku sebelum balik..
Lokasi gambar: Tandassss!! hahaha
Hambik...alah, biasa la tu...sebelum2 ni pun aku biasa tengok orang lain berposing kat tandas..So, aku pun na gak publish gambar aku posing kat tandas... Hambik!! haha

Habis jer kerja, aku terus pergi mencari parents aku yang dah sampai kat KK.. Cari punya cari.. akhirnya aku jumpa gak.. Nasib baik aku dah expert sikit ngan bandar KK ni, so...senang la jumpa mereka berdua.. hik3

Sebelum tu, aku singgah jap kat Center Point (C.P) untuk beli sumting kat anak buah aku yang seorang tu..






Perjalanan dimulakan, gambar ni aku ambik time kat high way papar.. syok kan? lapang jer kiri dan kanan.. Time ni dah mula menunjukkan hari nak hujan.. huhuhu










Lihat la awan kumulusnimbus itu, dah semakin meninggi... tapi parents aku lekkk jer.... hahaha
Perjalanan diteruskan. Aku pun amik lagi gambar...snap...snap..snap....!











takkan na amik gambar persekitaran kan? gambar kita pun kena selitkan jugak...hik3..
Mak aku suh aku duduk depan, sebelah bapa aku...teman dia berbual2...maklum la perjalanan kan masih jauh.. Mak au plak dah tertidur kat belakang...hahaha









See...dah nampak dah destinasi yang nak dituju..
Beaufort!!!! here i come!!
Ceh, macam la dah berkurun tak balik kampung hahaha...











Chak! Hambik...nak gak aku amik gambar ngan patung Hello Kitty nih...hahaha
Well, sebenarnya, patung ni la yang au beli kat CP tadi...Harga RM75.90...runding punya runding...dapat la gak discount sikit...so, aku beli la ngan harga RM60 jer...
Akak aku pesan supaya belikkan anak buah aku tu patung Hello Kitty sebab katanya, Tisya suka tgk patung tu... Kat umah takde patung tu, yang ada hanya gambar semata2... Gambar tu la yang dia duk tengok sambil kuis kuis... haha kesian aku dengar..so, Hambik! au beli yang besar terus.. sama besar ngan badan dia...hahahaha








Jumpa lagi bulatan yang seterusnya...
Beaufort masih jauh lagi... time ni masih lagi kat Papar... huuu











Akhirnya, sampai jgk kami kat pekan Beaufort.. Sebelum balik umah.. Kami nak p jalan2 kat Pasar Tamu.. Almaklum la, hari tu adalah hari Jumaat.. So, ada la pasar tamu..
Pasar Tamu lebih kurang Pasar Malam la kalau kat semenanjung...cuma kat sabah, kitorang panggil Tamu.. Sebeb kat situ adalah "Pertemuan" semua orang utk membeli belah... murah! murah! murah! (konon la..) harga standard ga kot...hahaha






Sebelum g jalan2 kat Tamu, Aku g makan dulu kat kedai makan.. Kali ni aku order "Mee Rojak Ayam"... Nyum Nyum Nyum... dah lama tak makan menatang ni...sedap siot... kat semenanjung takde makanan ni... kalau order rojak..yang datang rojak buah...hahaha
pengalaman lucu kat sana...












Dah habis makan, aku dan mummy ku pergi la ke tamu.. sebab my mum na beli tudung.. Katanya...
Round punya round...akhirnya jumpa jgk..
Urm...runding punya runding...akhirnya mak aku angkat dua helai tudung pasang siap (tudung ekxpress) haha ... satu warna hitam and satu warna coklat... Aku bayarkan dengan harga RM45 utk dua helai...so, sehelai berapa?? korang ira sendiri la erk...haha






Ok selesai round2 kat tamu, pastu...kami teruskan perjalan na balik umah plak..
Perjalanan dari pekan nak ke umah aku lak mengambil masa lebih kurang 30minti (jalan laju) dan 1jam(jalan lambat) hahaha..
so, perjalanan kami sebih kurang 45minit jer...hahaha







Pastu, jumpa lagi bulatan...time ni kat Kampung Limbawang..
nak menuju ke Kampung aku, harus ikut ke kiri.. nampak "Kg. Gadong" tu...kat situ la kampung aku...tapi sebenarnya kampung aku masuk dalam lagi... Nama kampung aku adalah KG.GARAMA.. atas sikit dari Kg. Gadong tu...
teruskan perjalanan....







tengok... jalan yang lenggang bukan?? hik3
kampung aku tak banyak sangat kereta time2 macam ni...tpi kalau time Hari Raya... kompom, meriah nagan kereta2...gambar ni aku amik time kat Kg.Gadong...









Akhirnya, dah sampai simpang nak ke kampung aku... alah, tak nampa plak sign board...huhu kecewa...tapi, klo korang perhati betul2 ada nampak sign board kat sebelah kanan tu...so, masuk ke sebelah kanan utk ke kampung aku.hik3







Masuk jer jalan Garama, hahahah jalan yang cumill.... langsung takde kereta.. so, kepada mat rempit mat rempit di luar sana... kalo nak merempit...sila la datang kat kampung aku...hahah
jangan silap...sebenarnya, kampung aku ni klo petang2 agak busy sebab banyak bas pelancong yang lalu.. Kampung aku kan kawasan pelancongan..gitu...







Seeeeee.... Jalan yang memang kampung sangat! hahahaha
ni dah sampai kat kawasan umah aku... tinggal 2 minit lagi nak sampai...hik3...
bestkan jalan kampung aku??? kiri kanan yang penuh dengan bunga2 kuning...hik3







Yes... dah samapi dah kat depan umah aku... kat hujung sana tu dah jalan mati.. hahaha
kat hujung sana jugak la aku bersekolah rendah... dekat je kan sekolah rendah aku dengan rumah aku...hik3








Akhirnya selamat jugak kami sampai kat umah sebelum hujan turun...time aku kat umah top2 hujan dah turun....hahahahah Alhamdulillah!
Maaf la yer... aku malu nak tunjuk umah aku... sebab umah aku masih buruk lagi... tengah renovate! (yeker) hik3... umah aku umah papan jer...tapi kat dapur tu sambung ngan umah batu yang masih lum siap...tapi dah digunakan sepenuhnya utk jadi dapur... ye lah...umah aku kecik jer..hik3




See...Hujan turun dengan mencurah2... kalau hujan lagi lebat dan turun dengan jayanya,... kompom banjir terus!
huhuhu










Tapi, kalau banjir...jangan risau... sebab sampan dan perahu dah sedia na digunakan...hik3
kalau korang perasan... kampung aku ni penuh ngan sawit2...tapi itu bukan la sawit dari FELDA.. tapi semua tu adalah sawit persendirian...
Itu la sumber wang utama penduduk kampung aku ni....hik3







Yey!!!! korang tengok la tisya kat bawah!... suka betul dia berposing ngan patung Hello Kitty nya... hahahah Patung tu lebih besar daripada beliau la!!!! hahahaha

  1. Aku suka menulis blog sebab aku suka berkongsi sesuatu...
  2. aku suka menulis blog sebab aku anggap blog sebagai jurnal hidup..
  3. aku suka menulis blog sebab ingin merakamkan kenangan-kenangan pahit dan manis..
  4. aku suka menulis blog sebab menulis adalah cara untuk meluahkan perasaan...
  5. aku suka menulis blog sebab ingin mendapat perhatian awam
  6. aku suka menulis blog sebab ingin berkongsi ilmu di dada
  7. aku suka menulis blog sebab ingin mencari kepopularitian..
  8. aku suka menulis blog sebab nak berniaga
  9. aku suka menulis blog sebab mahu bergossip
  10. aku suka menulis blog sebab boleh melepaskan marah
  11. aku suku menulis blog sebab ingin mendapat duit
  12. aku suka menulis blog sebab aku mendapat kepuasan
  13. aku suka menulis blog sebab au takda ramai kawan di luar
  14. aku suka menulis blog sebab aku nak belajar
  15. aku suka menulis blog sebab aku boleh tanya pendapat orang lain
  16. aku suka menulis blog sebab untuk mengulas pendapat orang
  17. aku suka menulis blog sebab kawan-kawan aku ada blog
  18. aku suka menulis blog sebab semata-mata nak mencari pengalaman
  19. aku suka menulis blog sebab aku terer menulis
  20. aku suka menulis blog sebab nak bagi baca kawan-kawan blogger apa yang aku tulis
  21. aku suka menulis blog sebab aku boring
  22. aku suka menulis blog sebab aku banyak idea nak tulis
  23. aku suka menulis blog sebab banyak benda aku tak tahu buat
  24. aku suka menulis blog sebab aku nak kongsi lagu dan lirik
  25. aku suka menulis blog sebab aku suka merepek
  26. aku suka menulis blog sebab dah kehabisan idea nak bermain
  27. aku suka menulis blog sebab aku banyak pengalaman di sana sini
  28. aku suka menulis blog sebab aku boleh nasihat orang kalau ada masalah
  29. aku suka menulis blog sebab aku boleh bagi tips2 kesihatan
  30. aku suka menulis blog sebab nak bagi tengok picture2 aku yang comel2 dan kacak2
  31. aku suka menulis blog boleh blog tak macam facebook
  32. aku suka menulis blog sebab dah takde kerja lain nak buat
  33. aku suka menulis blog sebab aku boleh promosi tempat2 yang menarik
  34. aku suka menulis blog sebab aku dah ramai follower
  35. aku suka menulis blog sebab ramai yang comment entry2 aku
  36. aku suka menulis blog sebab untuk melatih diri aku menjadi novelis
  37. aku suka menulis blog sebab blog ada dadah yang buat aku ketagih nak tulis
  38. aku suka menulis blog sebab aku punya suka la!
  39. aku suka menulis blog sebab dah trend dari dulu
  40. aku suka menulis blog sebab nak tunjuk blog aku cantik
  41. aku suka menulis blog sebab aku suka buat pembaca2 ketawa ngan entry aku
  42. aku suka menulis blog sebab sharing is caring (berulang2 daa)
  43. aku suka menulis blog sebab nak mengulas isu2 semasa
  44. aku suka menulis blog dikala aku sedih
  45. aku suka menulis blog sebab tak nak ketinggalan zaman
  46. aku suka menulis blog sebab takda kawan nak cakap ngan aku, so aku menulis la
  47. aku suka menulis blog sebab aku berharap ada yang baca entry aku
  48. aku suka menulis blog aku dah boringggg...
  49. aku suka menulis blog sebab dah aku ada bakat dari kecik
  50. aku suka menulis blog sebab ada iklan nuffnang nak tumpang blog aku (ada kaitan?)
  51. aku suka menulis blog sebab time aku menulis ada lagu2 yang mengiringi aku menaip
  52. aku suka menulis blog sebab kawan aku ajak
  53. aku suka menulis blog sebab nak menegakkan keadilan
  54. aku suka menulis blog sebab aku tak dapat tidur malam
  55. aku suka menulis blog sebab blog yang suka aku menulis
  56. aku tak suka menulis sebab aku hanya suka membaca blog yang ditulis oleh orang lain... (out of list k) haha

Hahaha Macam siooot jer... So, yang mana satu tujuan korang menulis blog??? hehehe

p/s: macam banyak yang berkaitan ngan aku...hahahah lariikkkkkkkkkk~~~~

Salam 1 Malaysia, Hari ini saya akan berkongsi cerita pasal nak kurangkan berat badan atau lebih mudah nak cakp, nak kurus. Well, saya ada seorang kawan, rasanya dia ni memang boleh dijadikan contoh atau idola kepada mereka yang inginkan bentuk badan yang diinginkan.

Nama dia Hamdi. Aku kenal dia pun sebab dia adalah kawan kepada kawan aku. So, first time aku jumpa and kenal dia di satu tempat tu, memang dah kurus pun, tapi bila kawan aku buka cerita yang dulu si Hamdi ni adalah seorang yang berbadan besar a.k.a GEMUK, aku langsung tak percaya. Aku gelak kot. "Ah...tipu la kamu ni". But then bila aku tgk gambar dia kat FB. Sumpah! Memang aku tabik kat dia. Kurus mendadak beb!...kalau tak silap, dia hanya mengambil masa 3 bulan untuk mendapat badan dia yang sekarang ni. Tak percaya?? Ok, korang usha dulu gambar dia kat bawah ni (gambar yang aku grab dari FB dia) hehe




So, what do you think?? betul tak apa yang aku cakap? kekurusan dia memang ketara nampak bukan? Mesti korang akan tertanya-tanya. Produk apa yang dia makan sampai boleh kurus macam ni? Dia makan pil apa? Dia diet gila-gila ke? haha

Well, daripada cerita dia and kawan aku. Sebenarnya, dia tak menggunakan apa-apa produk slimming beauty pun. (hah! boleh ker)... Boleh la..hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih. Dia berazam nak kurangkan badan atas sebab sebab tertentu (hal peribadi dia la)..bukan sebab dia ada penyakit ok..haha Nak tahu apa dia buat?? Baiklah, sebenarnya dragon ball ada 7 biji semuanya...hahah merepek (nak bagi suspenz).. Ok..ok...serius, sebenarnya cara dia menguruskan badan ni, dia jogging jer.. 3 bulan pertama tu dia jogging hari-hari kot.. What??? Jogging jer boleh dapat badan mcm ni??? Hello... korang nak tahu berapa jauh dia jogging??? ok, paling kurang la dia akan jogging 5 KM... tapi biasanya dia akan jogging sejauh 12-13 KM dalam satu masa. OH MY GOD!!! JAUH GILER (mesti korang akan ckp gitu kan??) haha.. Lepastu, dia ni jaga makan juga (yelah kot)...heee

Well, memang itu la dia buat...tapi itu dulu... sekarang ni dia masih terus berjogging untuk maintainkan badan dia... tapi menurut beliau hanya sebulan 3 kali..(betul ke hamdi???) tapi rasanya tiap-tiap minggu dia akan update status di FB dia akan berjogging..yang terbaru status beliau kat FB berbunyi gini.."ran 12.03 km on 21/12/2010 at 5:17 PM"... Superb la kau Hamdi. aku pun maybe tak sanggup nak berlari sejauh itu huuu... Apa pun tahniah!

Jadi, kepada kawan-kawan di luar sana. kalau nak jadi seperti Hamdi. Berjogging la and. Saya harap juga En. Hamdi akan lawat blog saya ni utk perbetulkan apa yang aku sampaikan salah and seterusnya dapat berkongsi tip2 beliau kat sini.



p/s: teringin nak jogging sejauh itu. Kompom aku mcm lidi terus hahaha

Seperti hari-hari biasa, saya masuk la facebook saya. Kemudian, salah seorang kawan saya ada share video pasal pengakuan seorang melayu gay di youtube. OMG!!! Memang satu pengakuan yang mengejutkan gak...gilo eh. After that, sy pergi la search kat youtube. Tgk komen2 kat sana memang panas beb. Siap melibatkan isu aga lagi. huhu siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Berani betul la mamat ni.. Kena buang negara baru hang tau....!

Apalah perasaan ibu bapa dia, adik beradik dia, saudara mara dia, anak-anak buah dia, kaum kerabat dia, kalau tengok dan dengar pengakuan dia ni. Kat mana depa suma nak letak muka? Tapi tak tahu la kalau mereka hormat ngan keputusan dia ni. Hurm...

Kalau korg nak tgk jgk, (click here) utk tgk terus kat youtube.

p/s: Fikir dulu sebelum ckp.


Alhamdulillah, hari ni dah habis kelas yang aku ajar utk tahun ni,
So, utk kelas seterusnya... tunggu tahun depan pulak la..

Hari ni aku ajar Microsoft Word 2007 Level 1..
Elah, baru level 1, sebab tu cepat habis..
Tambah pulak org dari Syarikat BERNAS Sabah tu,
dah mmg familiar ngan Microsoft Word 2007,
So, no hal la... Just bagi asah lagi,
dorg tahu applications kat dlm tu,
tapi tak tahu camna nak guna..
so, just lead them how to use it..

memandangkan hanya level 1,
sy dah cover semua dgn bagi aktivit..
klo just pot pet pot pet gitu jer..
mmg susah org nak faham..
jadi cara terbaik...sambil buat latihan,
sambil kita terang apa fungsi2 button2 tu..

Lagi pula, aku rasa mcm tak best mgajar nih
Tak tahu la...mcm tak ngam ngan jiwa..huuu
sepatotnya, jd tutor ni bukan kerja aku,
aku hanya jadi bidan terjun jer...
huuuuu....
how to say that to my bos ar...
supaya dia faham apa yg aku mahu?
aku takut nak mengecewakan bos aku sbnrnya,
aku lebih suka buat sales,
cari orang utk dtg training..
ermmm.....

Tadi, p la tgk berita harian online...lepastu, terbaca benda ni...rasa menarik untuk dikongsikan... jadi, tanpa segan silu, saya copy and paste kat blog ni. Yelah, mana tahu, ada lagi yang tak baca...ni kira mcm info jgk la...huuu tah betul ke tak, kamu renung2kan lah ye..

Mungkin ada wanita yang berhajat untuk mempersuamikan lelaki yang masih “dara”/ “teruna” (tak ramai dah) walaupun kebanyakan wanita lebih suka memilih yg berpengalaman, ini panduan untuk anda mengenali samaada seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak..

1. lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita

2. lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan

3. lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

4. lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku

5. lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya

6. lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasanganna

8. lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan

9. lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

Sumber: Bernama

Chumil award ni...
Ciptaan asal daripada
Tapi award ni i dapat daripada
Thanks ya...
So, kpd follower2 saya yang belom dapat award ni,
sila la amik...
jangan sedan-segan ea...
luv ya!

Wah!! Memang tidak ku menyangka bahawa enset ku berasal dari gurun sahara. Mungkin aku hanya mereka-reka cerita. Tapi sifat-sifat yang ditunjukkan oleh enset ini membuatkan aku yakin untuk mengatakan sedemikian rupa. Ewah…ewah..ayat memang tak bleh blah. Haha

Kenapa dari Gurun Sahara??

Pertama, apabila enset ini terdedah dengan persekitaran yang sejuk seperti berada di dalam bilik beraircond, diletakkan di atas simen, atau di tempat-tempat yang sama waktu dengannya yakni SEJUK. Skrin enset ini akan bertukar menjadi paparan yang tidak dapat difahami. Paling senang nak cakap, skrin bergaris-garis kegelapan. Huhu Itu Bermaksud, enset saya perlukan suhu atau haba yang panas untuk kembali normal. Sebabnya, dia tidak biasa dengan persekitaran khatulistiwa, apatah lagi kalau di kutub! Kan dari GURUN.. Huh!

Jalan Penyelesaian??

Biasanya untuk membuatkan aku boleh membaca di skrin tersebut, aku akan memastikan enset ku berada dalam keadaan yang panas. Selalunya, aku akan letak enset itu berada di dalam poket seluar, supaya dia selalu terkena haba daripada peha aku (jgn dianggap lucah ok) hahaha

Ataupun, aku akan simpan di dalam poket baju ku. Atau pun kepit di celah2 ketiak ku. Atau pun kepit di bawah bontot ku. Hahaha macam haram!!!! (suka hati aku la nak buat apa) milik aku kan…hehe ok, Paling tak, aku akan jemur seketika di bawah sinaran matahari (tapi dalam office xdapat buat cara itu).

(Nukilan in ku tulis khasi untuk diri mu wahai enset ku)

Wahai Enset ku sayang,

Kenapa la kau begitu?

Kenapa perlu sentiasa berada disisiku?

Sehingga tak nak berpisah dengan ku walau sejenak lalu?

Pantang ku letak kau sekejap atas meja atau mana-mana.

Kau kan merajuk sehingga menyembunyikan rupa(skrin)mu.

Wahai enset ku sayang,

Kesihani la tuan mu ini,

Jangan kau buat hal yang tak tentu pasal,

Aku takda duit nak bawa kau jumpa doctor mu,

Lagi pula, aku pun tak nak berpisah lama dgn mu,

Aku sayang kat kau selalu,

Sebab tu ku letak kau dalam poket ku,

Ku bawa kau bersama ku selalu,

Dalam tandas? Nak makan? Nak shoping?

Kau saksikan sendiri bukan??

Jadi? Kenapa? Kenapa? Katakan kenapa?

Kenapa kau buat hidupku,

Sukar untuk tidur?? (ops! Lirik lagu daus plak!)

Emmm… wahai enset ku (berdengus)

Kau tahu tak? Mahal aku membeli diri mu itu,

Ramai-ramai rakan mu berbaris melihat ku hari tu,

Kau juga yang memikat aku..

Tahu berapa harga diri mu itu? RM1100 kau tahu!

Jadi enset ku sayang,

Tolong la bersikap baik dengan tuan mu ini,

Jangan kau berperangai bagai ye..!

Nanti kalau ku berduka cita,

Siap kau ku gantikan dengan saudaramu yang lebih murah di sana,

Tak kisah la ‘siapa/brand’ dia.

Kau mahu?? Tidak bukan??

Tapi enset ku sayang,

Andai kau tidak mampu untuk bertahan lagi sob sob sob

Tolong la bertahan sehingga duit ku terkumpul dulu,

Baru la aku sedia tuk melepaskan mu pergi,

Tapi sumpah! Kau akan menjadi kenangan terindah buatku,

Jasa mu akan tetap dikenang,

Tapi itu “kalau”…..

Sekarang aku belum bersedia..

Sebab kau terlalu mahal buat ku ini..

Kau la yang paling mahal setakat ini di hati ku

Jika dibandingkan abg, kakak, ibu, bapa, datuk, moyang mu sebelum ni,

Sedangkan mereka boleh bertahan sehingga kini

Walaupun ada yang telah dijadikan “anak angkat”

Oleh kakak dan abang ku..tapi mereka ok!

Aku tahu mereka merindui ku,

Tapi aku tak peduli!!!

Kau juga yang paling ku sayangi.

Jadi enset ku Nokia X6.

Bertahan ok! Chaiyok2! Aja2 fighting!

Baru sahaja siap buat apa yang patut. Basuh kain? sudah. Mandi? sudah? sarapan? pun sudah.. hehe

Baiklah, saja nak upload gambar time x'mas celebration kat opis kemarin...

Ni la staff yang dapat hadiah saya tu..
Nampaknya dia sukan ngan hadiah yang saya bagi kat dia.. simple jer...
Kata beliau la..










Ni pulak adalah madam fedilia merangkap bos kami di n.horizons (KK branch) heee...

















Ni plak emi...
ngan hadiah yang dia dpt dr sue..
happy btol dia dpt hadiah tu..
"saya suka..saya suka..saya suka.."
katanya la..hik3














Cantik tak krismas tree kami?
kecik jer kan?? hahaha

















saya jgn cakap la...
melantak mmg kelebihan saya hahaha

















Ok...kesimpulannya, ni la keseluruhan hadiah kitorang... sweet kan??? heeee

Allright, thats all.. saya nak study dulu la... Sbb hari selasa nt saya kena ajar orang2 koprat menggunakan Microsoft Word 2007.. huhuhu wlupun kita biasa guna benda alah tu... tapi time mengajar..susah jg.. byk kita kena explore function2 dlm application tu tuk diterangkan.. kalo dlm melayu takpa jgk.. ni kena speking... lomah den..huhu tapi saya hentam jer Melayu+Inggeris hahah... lantak la...

P/s: Tak sabar bercuti krismas kat kg nt...berkumpul ngan fmly.
P/s: Kena tingkatkan penggunaan B.Inggeris nih...huuu


Ni kali la....ding gong
jam menunjukkan pukul 12.45 am..
saya baru jer habis create gift untuk esok...
Memang mengantuk buat origami nih...
Esok nak tgk reaksi tuan empunya badan yang dpt hadiah saya nih..

Untuk yang terakhir,
Saya tambah lagi origami berbentuk bunga..
Pasu dan bunga yang saya buat sendiri...
Penuh kesabaran saya buat sbb banyk kali salah step!
huhu Semua tu disertakan dengan sekeping card..
rasa puas bila hadiah yang saya buat menjadi..
tak tahu la cantik ke tak di mata penerima esok..

Kat sini saya sengaja upload utk tatapan kamu.
Kalu kamu suka, bermaksud penerima esok pun suka.
Doakan supaya dia tidak kecewa ngan hadiah murah daripada saya nih.
hi hihihihihi

Selamat Pagi Dunia, maaflah semalam tak sempat nak bercerita ngan kamu sebab saya menghabiskan masa saya sehingga jam 1 pagi untuk buat hadia kat kawan sempena Christmas Day ni. Esok la majlis kecila-kecilan kami kat opis ni.

Hadiah?? Hah.. ni la yang nak cerita ni, berdasarkan tajuk entry, saya dah memutuskan untuk bagi hadiah yang saya buat sendiri. Saya buat origami, yang mana kertas yang dilipat-lipat menjadi satu bentuk yang kita mahu.. Agak mencabar juga membuat benda alah tu. haha
Yelah, sekarang nikan musim pokai, walaupun hujan sentiasa lebat di luar (tiap-tiap hari). Tapi poket saya tetap jer kering. huhu So, hadiah yang saya buat ni memang save budget. Yang penting ikhlas nak bagi, tambah2 pualk hadiah yang kita buat sendiri. Harap akan dihargai. huuu

Semalam, saya ngan kawan2 pergi la round2 kat centre point, nak tengok2 hadia la kononnya. Padahal takder duit. huhu saya pulak nak p survey harga spek mata, sebab saya kena tukar spek mata yang lama. check punya check, rupanya mata saya dah bertambah teruk.. huhu terus buat spek.. nasib ada duit RM100 tuk wat deposit. sebab tu saya nak buat hadiah yang sample2 jer..

Berbalik pada tajuk (pandai menyimpang).. kami pergi ke kedai ke satu kedai.. sempat jugak la saya snap satu dua gambar hik3..

Ni Gambar patung kecil, comil jer kan? Nak beli bagi sebagai hadiah, tapi duit dah tak cukup sbb baru jer guna duit tuk bayar deposit spek. huuu
Tapi bila fikir2 balik, hadiah patung ni macam tak sesuai.. sebab si kawan tu bukan designer hehe









Sementara menunggu kawan yang seprang lagi (Amy) siap memilih2 hadiah (untuk saya ok) huuu jadi saya ngan Sue sempat gak posing kat mana yang patot. tempat yang tak patot tak payah la..haaa















Taraaaa.... saya pun sempat gak bergambar, siap pakai top krismas lagi ok. Ni pun pakai curi2.. sebab sales girl kat sana tu dah tgk2 semacam jer...huuu pas dah amik gambar2, cepat2 letak balik.. (wahai sales girl kalo saya byk duit saya beli ok, boleh beli tuk kau jgk sbg present krismas heee) sempat lagi berlagak! lalala













Baik lah, inilah hadiah yang saya nak bagi kat minah tu. Macam ada bintang2, kotak merah hijau... heeee simple jer... Harap dia suka la..
Tapi macam hadiah murahan kan?? Hurmm... memang murah pun hahaha alah, keikhlasan tak tgk harga ok.. yang penting ketulusan hati ku ini.. owah!

Mungkin dia akan tertanya2, What the hell is this??? Agaknya lah.. siapa tahu hik3...




Ok sebenarnya, yang macam bintang2 ni adalah bahagian2 dauin.. tapi mcm tak nampak rupa daun pun... yelah, memang bukan sebab itu kertas... hahaha










So, apabila dah disambung2 bahagia2 daun tadi, dapatlah bentuk poko.. iaitu sepohon pokok krismas. Ho Ho Ho Merry Chrismat Everyone! (kata Mr Santa Claus)



Memerlukan 6 keping kertas yang berlain saiz. huuu












Yang bentuk box hijau merah ni pula ialah sebuah magic box. sebab ia dua dalam satu.. ini adalah bentuk asal, memerlukan 3 keping kertas warna hijau, dan 3 keping kertas warna merah.. hurm.. memang agak susah sbb memeningkan kepala...









Ini la rupa sebenar box itu, sekuntum bunga ross yang baru nak kembang mekar. Ada nampak macam bunga ross tak?? hik3...

kena buka kelopak2 bunga itu kena hati2 sebab takut kertas akan koyak... (dah ada koya sikit pun) tapi tak apa.. ini pun jadi buat selepas percubaan yang ke tiga.. masa yang diambil kira2 30 minit. huhuhuhuh





Klo korang tgk ni apa? Anjing? ya, ni anjing.. hehe Ya ampun!!!!! kamu tahu berapa kali saya cuba buat menatang nih??? 6 kali ok! yang keenam baru nampak macam anjing.. anjing betul la kertas anjing ni.. hahahah (perhatian, bukan memaki yer) haha tapi nampak chumil, rasa macam tak nak bagi jer, sebab penat buat ok.. siap tebaring, tertiarap, berguling huu tapi dah niat nah bagi sebagai hadiah so bagi la. Lagi pun, saya boleh buat sendiri.

Masa yang diambil: dekat 2 jam ok!!!!


hemm...inilah, dia sepohon pokok krismas dan sekotak magic box.. tambah seekor annjing chumill kat atas sebagai present kat staff saya esok. Ikhlas dari hari saya..




Pendapat kamu, dia akan suka tak ngan hadiah ni??? huu


p/s: kreativiti adalah ehsan daripada youtube! hik.. thanks youtube!








Pabila Mulut Membisu, Jari Jemari Bersuara...