Sempena Christmas Day yang tidak lama lagi ni, tempat kerja saya tidak ketinggalan untuk meraikan perayaan itu memandangkan ada seorang staff kami yang beragama kristian. Sebenarnya kami hanya 5 orang di sana tu (sikit kan bilangan kami) hahaha itulah bilangan staff New Horizons cawangan Kota Kinabalu yang sebenarnya. Tidak stress dengan karenah staff. Dan jangan terkejut jika saya beritahu bahawa hanya saya seorang sahaja staff lelaki di sini. (terima hakikat). Tapi kami semua memang satu kepala.. Seronok!
Berbalik pada tajuk entry. Memandangkan Hujung minggu depan kami dah nak cuti, so hari Jumaat ni kami ada sedikit party secara kecil-kecilan. Tak makan besar pun, cukup sekadar mengorder pizza hut untuk santapan (mengikut rancangan). Jadi, aktivit tukar-tukar hadiah menjadi pilihan (tidak sabar nak tahu hadiah apa yang bakal saya dapat) hehe.
Tapi, masalahnya sekarang. Hadiah apa yang saya nak bagi kat minah seorang ni??? Adakah perfume?? Frame?? barang perhiasan?? patung?? ermmmm... Blank!.. Bos saya dah belikan hadiah dah kat member sorang tu. Siap dah letak bawah pokok krismas lagi. (comel tau pokok krismas kami) baru siang tadi bos beli.
Nak bagi apa ya???? makanan tidak termasuk dalam list.
p/s: Tidak sabar bercuti start 24hb Dec (ptg) - 2nd January
wow...anda adalah seekor kumbang yg dikelilingi oleh bunga2....
mesti pemes nie
Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/maaf.html
@DanieL AdiE Haha Kumbang sangat! tapi kadang2 rasa sunyi... sumetimes, kita perlukan kawan yg sejenis ngan kita utk berkongsi masalah..kan...huu