Archive for 2010
"surat berantai atau surat beracun jika dilihat sebagai surat peringatan untuk orang lain supaya tidak lalai akan perintah Allah dan sentiasa melakukan kebaikan, boleh dianggap sebagai jalan dakwah.
Namun, unsur syirik di dalamnya menyebabkan orang yang mempercayainya menjadi sesat. Unsur syirik itu ialah percaya surat itu ada kuasa tersendiri memberi untung pada yang mencetak dan bala pada yang ingkar mencetaknya.
Ia seumpama tangkal yang ada kuasa memberi kebaikan atau malapetaka dan malang. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain memberi kebaikan dan keburukan pada dirinya; ia adalah unsur syirik yang boleh menggugat akidah.
Soal siapa mati dalam iman dan berapa ribu jumlah mereka adalah kuasa Tuhan, tiada keperluan untuk kita mengetahuinya, tetapi lebih baik bersiap untuk mati dalam iman.
Jangan turut serta sebarkan dengan niat mengelak bencana yang bakal menimpa (jika engkar menyebarkannya melalui surat atau SMS) kerana ia mungkin menggugat akidah kita."
Korang renung-renungakanlah wahai orang yg terpesong!
Footnote: Kamu mesti pernah dapat mesej2 camni. Jangan terpengaruh ya! Qada dan Qadar tu Tuhan yang tentukan.
- Aku suka menulis blog sebab aku suka berkongsi sesuatu...
- aku suka menulis blog sebab aku anggap blog sebagai jurnal hidup..
- aku suka menulis blog sebab ingin merakamkan kenangan-kenangan pahit dan manis..
- aku suka menulis blog sebab menulis adalah cara untuk meluahkan perasaan...
- aku suka menulis blog sebab ingin mendapat perhatian awam
- aku suka menulis blog sebab ingin berkongsi ilmu di dada
- aku suka menulis blog sebab ingin mencari kepopularitian..
- aku suka menulis blog sebab nak berniaga
- aku suka menulis blog sebab mahu bergossip
- aku suka menulis blog sebab boleh melepaskan marah
- aku suku menulis blog sebab ingin mendapat duit
- aku suka menulis blog sebab aku mendapat kepuasan
- aku suka menulis blog sebab au takda ramai kawan di luar
- aku suka menulis blog sebab aku nak belajar
- aku suka menulis blog sebab aku boleh tanya pendapat orang lain
- aku suka menulis blog sebab untuk mengulas pendapat orang
- aku suka menulis blog sebab kawan-kawan aku ada blog
- aku suka menulis blog sebab semata-mata nak mencari pengalaman
- aku suka menulis blog sebab aku terer menulis
- aku suka menulis blog sebab nak bagi baca kawan-kawan blogger apa yang aku tulis
- aku suka menulis blog sebab aku boring
- aku suka menulis blog sebab aku banyak idea nak tulis
- aku suka menulis blog sebab banyak benda aku tak tahu buat
- aku suka menulis blog sebab aku nak kongsi lagu dan lirik
- aku suka menulis blog sebab aku suka merepek
- aku suka menulis blog sebab dah kehabisan idea nak bermain
- aku suka menulis blog sebab aku banyak pengalaman di sana sini
- aku suka menulis blog sebab aku boleh nasihat orang kalau ada masalah
- aku suka menulis blog sebab aku boleh bagi tips2 kesihatan
- aku suka menulis blog sebab nak bagi tengok picture2 aku yang comel2 dan kacak2
- aku suka menulis blog boleh blog tak macam facebook
- aku suka menulis blog sebab dah takde kerja lain nak buat
- aku suka menulis blog sebab aku boleh promosi tempat2 yang menarik
- aku suka menulis blog sebab aku dah ramai follower
- aku suka menulis blog sebab ramai yang comment entry2 aku
- aku suka menulis blog sebab untuk melatih diri aku menjadi novelis
- aku suka menulis blog sebab blog ada dadah yang buat aku ketagih nak tulis
- aku suka menulis blog sebab aku punya suka la!
- aku suka menulis blog sebab dah trend dari dulu
- aku suka menulis blog sebab nak tunjuk blog aku cantik
- aku suka menulis blog sebab aku suka buat pembaca2 ketawa ngan entry aku
- aku suka menulis blog sebab sharing is caring (berulang2 daa)
- aku suka menulis blog sebab nak mengulas isu2 semasa
- aku suka menulis blog dikala aku sedih
- aku suka menulis blog sebab tak nak ketinggalan zaman
- aku suka menulis blog sebab takda kawan nak cakap ngan aku, so aku menulis la
- aku suka menulis blog sebab aku berharap ada yang baca entry aku
- aku suka menulis blog aku dah boringggg...
- aku suka menulis blog sebab dah aku ada bakat dari kecik
- aku suka menulis blog sebab ada iklan nuffnang nak tumpang blog aku (ada kaitan?)
- aku suka menulis blog sebab time aku menulis ada lagu2 yang mengiringi aku menaip
- aku suka menulis blog sebab kawan aku ajak
- aku suka menulis blog sebab nak menegakkan keadilan
- aku suka menulis blog sebab aku tak dapat tidur malam
- aku suka menulis blog sebab blog yang suka aku menulis
- aku tak suka menulis sebab aku hanya suka membaca blog yang ditulis oleh orang lain... (out of list k) haha
Tadi, p la tgk berita harian online...lepastu, terbaca benda ni...rasa menarik untuk dikongsikan... jadi, tanpa segan silu, saya copy and paste kat blog ni. Yelah, mana tahu, ada lagi yang tak baca...ni kira mcm info jgk la...huuu tah betul ke tak, kamu renung2kan lah ye..
Mungkin ada wanita yang berhajat untuk mempersuamikan lelaki yang masih “dara”/ “teruna” (tak ramai dah) walaupun kebanyakan wanita lebih suka memilih yg berpengalaman, ini panduan untuk anda mengenali samaada seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak..
1. lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita
2. lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan
3. lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja
4. lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku
5. lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya
6. lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.
7. lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasanganna
8. lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan
9. lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.
Sumber: Bernama
Wah!! Memang tidak ku menyangka bahawa enset ku berasal dari gurun sahara. Mungkin aku hanya mereka-reka cerita. Tapi sifat-sifat yang ditunjukkan oleh enset ini membuatkan aku yakin untuk mengatakan sedemikian rupa. Ewah…ewah..ayat memang tak bleh blah. Haha
Kenapa dari Gurun Sahara??
Pertama, apabila enset ini terdedah dengan persekitaran yang sejuk seperti berada di dalam bilik beraircond, diletakkan di atas simen, atau di tempat-tempat yang sama waktu dengannya yakni SEJUK. Skrin enset ini akan bertukar menjadi paparan yang tidak dapat difahami. Paling senang nak cakap, skrin bergaris-garis kegelapan. Huhu Itu Bermaksud, enset saya perlukan suhu atau haba yang panas untuk kembali normal. Sebabnya, dia tidak biasa dengan persekitaran khatulistiwa, apatah lagi kalau di kutub! Kan dari GURUN.. Huh!
Jalan Penyelesaian??
Biasanya untuk membuatkan aku boleh membaca di skrin tersebut, aku akan memastikan enset ku berada dalam keadaan yang panas. Selalunya, aku akan letak enset itu berada di dalam poket seluar, supaya dia selalu terkena haba daripada peha aku (jgn dianggap lucah ok) hahaha
Ataupun, aku akan simpan di dalam poket baju ku. Atau pun kepit di celah2 ketiak ku. Atau pun kepit di bawah bontot ku. Hahaha macam haram!!!! (suka hati aku la nak buat apa) milik aku kan…hehe ok, Paling tak, aku akan jemur seketika di bawah sinaran matahari (tapi dalam office xdapat buat cara itu).
(Nukilan in ku tulis khasi untuk diri mu wahai enset ku)
Wahai Enset ku sayang,
Kenapa la kau begitu?
Kenapa perlu sentiasa berada disisiku?
Sehingga tak nak berpisah dengan ku walau sejenak lalu?
Pantang ku letak kau sekejap atas meja atau mana-mana.
Kau kan merajuk sehingga menyembunyikan rupa(skrin)mu.
Wahai enset ku sayang,
Kesihani la tuan mu ini,
Jangan kau buat hal yang tak tentu pasal,
Aku takda duit nak bawa kau jumpa doctor mu,
Lagi pula, aku pun tak nak berpisah lama dgn mu,
Aku sayang kat kau selalu,
Sebab tu ku letak kau dalam poket ku,
Ku bawa kau bersama ku selalu,
Dalam tandas? Nak makan? Nak shoping?
Kau saksikan sendiri bukan??
Jadi? Kenapa? Kenapa? Katakan kenapa?
Kenapa kau buat hidupku,
Sukar untuk tidur?? (ops! Lirik lagu daus plak!)
Emmm… wahai enset ku (berdengus)
Kau tahu tak? Mahal aku membeli diri mu itu,
Ramai-ramai rakan mu berbaris melihat ku hari tu,
Kau juga yang memikat aku..
Tahu berapa harga diri mu itu? RM1100 kau tahu!
Jadi enset ku sayang,
Tolong la bersikap baik dengan tuan mu ini,
Jangan kau berperangai bagai ye..!
Nanti kalau ku berduka cita,
Siap kau ku gantikan dengan saudaramu yang lebih murah di sana,
Tak kisah la ‘siapa/brand’ dia.
Kau mahu?? Tidak bukan??
Tapi enset ku sayang,
Andai kau tidak mampu untuk bertahan lagi sob sob sob
Tolong la bertahan sehingga duit ku terkumpul dulu,
Baru la aku sedia tuk melepaskan mu pergi,
Tapi sumpah! Kau akan menjadi kenangan terindah buatku,
Jasa mu akan tetap dikenang,
Tapi itu “kalau”…..
Sekarang aku belum bersedia..
Sebab kau terlalu mahal buat ku ini..
Kau la yang paling mahal setakat ini di hati ku
Jika dibandingkan abg, kakak, ibu, bapa, datuk, moyang mu sebelum ni,
Sedangkan mereka boleh bertahan sehingga kini
Walaupun ada yang telah dijadikan “anak angkat”
Oleh kakak dan abang ku..tapi mereka ok!
Aku tahu mereka merindui ku,
Tapi aku tak peduli!!!
Kau juga yang paling ku sayangi.
Jadi enset ku Nokia X6.
Bertahan ok! Chaiyok2! Aja2 fighting!
Pabila Mulut Membisu, Jari Jemari Bersuara...