Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

Funny Pictures

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.







Click! Click!

Followers

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...

Selamat pagi kawan-kawan. Sebelum saya start kerja, saya nak kongsi sarapan pagi pada hari ini. Hehe Hari ini saya sarapan roti telu 2 keping + nescafe ais + Dunhill light sebatang. Hik3
Rokok pun masuk dalam menu sarapan ok huuuu...


ni la ms. sue, salah seorang rakan sekerja saya
Dia orang yang paling awal datang ofis ok.
(nak kenal? hehehe... peringatan: dia dah ada balak ok)hik3

Ni la sarapan saya utk pagi ini..
hik3.. memang lapar gila sehh...
maybe tengah hari tak makan..

Kamu sarapan apa pagi ni?
Apa pun yang kamu makan,
semoga makanan tersebut akan buat hidup kamu happy.

p/s: Wish ada org yang akan belanja saya sarapan.
Saya suka makan...hik3

Sempena Christmas Day yang tidak lama lagi ni, tempat kerja saya tidak ketinggalan untuk meraikan perayaan itu memandangkan ada seorang staff kami yang beragama kristian. Sebenarnya kami hanya 5 orang di sana tu (sikit kan bilangan kami) hahaha itulah bilangan staff New Horizons cawangan Kota Kinabalu yang sebenarnya. Tidak stress dengan karenah staff. Dan jangan terkejut jika saya beritahu bahawa hanya saya seorang sahaja staff lelaki di sini. (terima hakikat). Tapi kami semua memang satu kepala.. Seronok!

Berbalik pada tajuk entry. Memandangkan Hujung minggu depan kami dah nak cuti, so hari Jumaat ni kami ada sedikit party secara kecil-kecilan. Tak makan besar pun, cukup sekadar mengorder pizza hut untuk santapan (mengikut rancangan). Jadi, aktivit tukar-tukar hadiah menjadi pilihan (tidak sabar nak tahu hadiah apa yang bakal saya dapat) hehe.

Tapi, masalahnya sekarang. Hadiah apa yang saya nak bagi kat minah seorang ni??? Adakah perfume?? Frame?? barang perhiasan?? patung?? ermmmm... Blank!.. Bos saya dah belikan hadiah dah kat member sorang tu. Siap dah letak bawah pokok krismas lagi. (comel tau pokok krismas kami) baru siang tadi bos beli.

Nak bagi apa ya???? makanan tidak termasuk dalam list.

p/s: Tidak sabar bercuti start 24hb Dec (ptg) - 2nd January


Tadi boy ada minta dengan rakan-rakan blog yang lain untuk bagi pendapat tentang entry boy yang lepas. Entry Pasal "Aku Keliru~~Nak respond kawan-kawan pembaca", tapi boy hairan sebab tidak seorang pun yang bagi komen pasal entry tu. Agak sedih jugak sebenarnya, sebab boy betul-betul mahukan jawapan. (Terasa tidak dipedulikan di dalam dunia blog) huhuhu

Kemudian, bila boy pergi ke blog-blog lain dan minta mereka untuk bagi pendapat tentang hal itu, salah seorang rakan blog tinggalkan pesanan dekat shoutbox boy bahawa entry boy tak boleh nak komen mungkin kerana ada masalah setting. Terima kasih kepada en.apezs slamber kerana telah memberi tahu hal ini. Kalau tidak, sampai bila pun boy tak tahu kenapa rakan-rakan blog dah tak mahu komen entry-entry boy.

Sebenarnya, boy sendiri pun tak berapa pasti, apa yang telah boy buat kat setting tu. Tapi tadi dah cuba godek-godek apa yang patut, lepas ni boy tak tahu la nak buat apa lagi kalau kawan-kawan memang tak boleh komen. Harap ada seorang insan yang baik hati boleh tolong boy untuk menyelesaikan masalah ini. huhuhu

Tolong.....

Pabila Mulut Membisu, Jari Jemari Berbicara
Hati memberontak, meluahkan melalui taipan tangan...


Malam tadi boy pergi menjelajah ke alam maya internet,
Pastu boy terjelajah satu blog ni.. Nama Tuan empunya blog itu ialah
Pastu, rasa terpaut ngan contest yang dia buat...
Kalo korang nak tau contest apa..just click kat picture kat atas tu.
(Gambar2 gadis chumil yang melompat) so sweeeeet!~~ hik3

Maka dengan itu, boy dah pilih gambar boy ngan kawan-kawan
masa kat universiti dulu..
Makan aiskrim bersama-sama
Dr kiri: Noh,5-jal,Ayie,Zul,Boy,Fizi

Best kan tgk kami beraksi makan aiskrim tu..
Sebenarnya time ni lepas habis kelas,
kebetulan nak balik tu kitorang tunggu bas,
then cuaca pula panas (terengganu ok)
So, kitorang pun beli la aiskrim tu... hik3 best2...
Kalo tgk kat gambo tu, masing2 ada gaya tersendiri...
tapi bila boy amati gambar boy... nampak mcm rakus giler!!!~~~
Mcm serius sgt nak baham aiskrim tuh...wahakakaka

Best betul kenangan time study dulu...
Kena pulak kawan yg sekepala... hambik!
pergi mana2 pun bersama-sama...hik3...
Rasanya Nak tukar la tajuk gambar tu..
The Best Moment to The Greatest Memory
d(^_________~)b

Baiklah, Leh kerana antara syarat2 nak join contest ni
kita kena tag member blogger..
So, Here Boy nak tag:

Mr Khairi: MrKhai Dot Com

Baiklah! dah siap!~~~~~hik3




Pabila mulut membisu, jari jemari bersuara... (^_____~)

Wah wah wah... bila aku amati betul2.. memang ada beza blog aku ni pada zaman 2009 dan 2010 (sekarang)... Apa tidaknya, tahun 2009 aku banyak tulis entry (57 entry jer) hahaha... tapi tahun 2010 ni baru 25 entry (termasuk ni 26 entry). Apa maksudnya? adakah tahun 2009 aku sangat rajin??? Atau sangat banyak masa lapang??? atau tahun addicted kat blog??? atau banyak cerita nak dikongsikan??? biarlah aku sendiri yang muhasabah diri sendiri... hik3 (mengada-ngada!)

Memandangkan dengan itu (penanda wacana yg salah) hahaha, tahun 2010 dah nak habis... rasa sedih pulak melanda diri ini... yelah sebb tak dapat menandingi jumlah entry tahun lepas hahahah xde kena mengena ok... jadi kat sini aku nak imbas balik apa yang telah berlaku sepanjang tahun ini. Nak kena bukak buku diary nih...hik3

January
Bulan di mana aku start bekerja di Likas Square Condotel As a Human Resource Admin. And Dalam masa yang sama jugak aku menjadi Sales & Marketing Admin (responsible for travel agent). Kat sini aku dapat pengalaman dalam hotel industri.
Ni la bangunan Likas Square Condotel
Kalo korang nak tgk maklumat lanjut dan promosi2 hotel ni..
boleh la tgk kat laman facebook dorg,

February
Peristiwa penting pada bulan ini ialah... bulan kelahiran aku!!!! hik3 time ni birthday aku disambut kat tempat kerja bersama dengan staff yang lahir pada bulan yang sama... x da suprise party seperti tahun2 sebelum ni..huuu tapi tetap bersyukur.


March
Bulan ni yang bestnya, staff Likas Square mendapat jemputan daripada salah satu tempat pelancongan di Sabah utk melawat tempat mereka. Tempat ni agak best sebab persekitaran yang sungguh damai. Di sana, kami di sambut dengan mesra dan disajikan dengan kebudayaan sabah. Kami juga melawat rumah2 dari suku kaum terbesar di sabah spt rumah kadazan, murut, bisaya dan lain-lain. ( Nasib aku di bawa bersama sbb aku antara staff Sales hik3). Nama tempat tu (MARI MARI CULTURE VILLAGE).

Dari Kiri: Lye, Jenny, Evon, Vincent, me and kat belakang tu mr. Deari

Kat pentas kebudayaan, bersama penari2 budaya mereka (rindu nak menari semula)

Jenny cuba memasak kueh traditional

April
Bulan ni, aku ada exam SPA utk jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41, tapi tak berjaya, maybe sebab aku tak lulus dgn exam tu, sbb tu x dapat pergi ke peringkat temuduga.. hik3 bukan rezeki.. apa nak buat..

May
Bulan ni pulak, takde yang best.. semuanya berjalan seperti biasa. Dengan rutin yang sama setiap hari
Isnin - Sabtu : bangun pagi, bekerja, makan, sembang2 ngan staff, bergurau senda, smoking (perlu ker mention) tepat jam 5.30pm balik... hik3
Ahad- Berehat sepenuh masa hik3
Bajet buat sibu time kena gambar hahaha

June
Aku ada training kat promonade hotel.. satu training yang best.. enjoy jer.. makan pun sedap..hik3 (rupanya datang training nak makan free, patot la badan cepat naik) hik3
Time training kat hotel

July
Bulan ni aku ada temuduga inspektor polis.. hahaha aku ada apply jadi inspektor ok.. time ni ramai yang tak tahu aku ada apply kecuali teman2 rapat dan keluarga jer.. Panyak pengalaman yang aku dapat. Rupanya bukan senang nak jadi inspektor polis, rambahan lagi umur muda macam aku ni (24 tahun still consider muda kan?haha.. Banyak prosedur yang kita kena ikut. Masa kita nak apply borang jawatan tu dah kena ukur tinggi, berat, ukuran dada, dan yang penting kena tunjuk transkirp ijazah. Kalau lepas semua tu, baru kita dapat amik borang.. Alhamdulillah aku dah lepas utk peringkat tu. Lepas dah hantar borang just tunggu panggilan untuk ujian fizikal. Peringkat ni aku telah dipanggil, time ujian fizikal ni mmg strict sbb standard nak jadi inspektor memang dah ditetapkan. Kat sini kami telah di suruh berkawat, berjalan, berlari, push up, sit up, lompat jauh dr tmpt kit bediri, memberi arahan utk berkawad dgn suara yg lantang dan macam2 lagi. klo ada kecacatan dari kat tubuh badan mmg akan kena suruh pulang. Alhamduillah aku jugak lepas utk peringkat ini. Kemudian tunggu utk panggilan temuduga pulak. Aku antara orang awam yang berjaya sampai ke peringkat ini (peringkat ke-4) yang mana org awam utk kawasan Kota Kinabalu hanya (15orang daripada 300 pemohon) huh! cayalah!!! haha time proses temu duga ni, sungguh2 strict i tell u.. kat sini kita akan dinilai dari semua aspek, cara kita berjalan, cara duduk, cara menjawab, penampilan, keyakinan apa semua.. Malangnya aku sangkut kat sini.. Aku tak tahu la apa yang tak kena sebab aku memang tak gentar langsung time sesi temu duga tu, tapi ada 2 soalan aku tak berapa betul nak jawab, mungkin sbb itu kot, tapi wlupun aku tahu jawapan aku salah.. aku tetap jawab dengan yakin. Ketiga2 penemuduga tu berpangkat datuk (1 Datuk Seri, 2 Datuk). Ermm.. makanya, impian nak jadi inspektor terkubur di peringkat ke-4, satu step jer nak jadi inspektor.. mungkin aku terlalu muda utk jawatan itu.. sbb org awam yg berjaya tu semua berumur 27tahun ke atas. bukan rezeki....

Esoknya, selepas temuduga tu, aku and staff2 likas square pergi bercuti ke tanjung simpang mengayau kudat. Dikesempatan ini, aku mengambil peluang utk menghilangkan kekecewaan sbb tak berjaya dalam temuduga inspektor polis tu...huuuu
Kat tanjung simpang mengayau kudat

Kat Gong terbesar di malaysia lokasi:kudat

Kat Tanjung Simpang mengayau

Singgah jap kat pusat ternakkan lebah madu

August
Bulan ni adalah bulan kerahmatan dan bulan keampunan, iaitu bulan ramadhan.. perstiwa yang best pada bulan ni ialah aku n staff2 kat likas square pergi berbuka puasa di Kampung nelayan tun fuad.. sambil2 tu kami p sambut birthday kawan... mmg kenyang gila time tu... tema baju kami ialah merah (tak wajib pun,tak paksa hik) tapi mmg mcm sambutan tahun baru cina... tkpa la, kiranya kami ni dah masuk konsep 1 Malaysia...hik3
Beraksi menunggu azan maghrib nak buka puasa

Meja paling bising time tu...org tgk kami, kami wat bodoh jer hik3

Muka yang kekenyangan...

Makan masak steam tau...

September
Bulan ni plak adalah bulan syawal. Aku bercuti raya seminggu di kampung aku.. raya kali ni best tol... (ada ke raya tak best???) hahaha mestilah best... and after seminggu kami buat rumah terbuka kat office pulak.. gambar raya at kg aku x amik..tapi kat office ada lah.. hik3
Berasi sebelum makan

Kebetulan, warna kek sama ngan tema baju raya aku tahun 2010

Bersalam ngan andrew (lakonan semata-mata) hik3

Memory daun pisang pada hari raya (buka pokok pisang sbnrnya haha)

Beraksi di tepi kolam, kalau la aku terjatuh time tu...hahahah

October
Bulan ni takde yang best... semuanya sama seperti biasa... cuma yang tak best, ini adalah bulan terakhir aku berkhidmat di Likas Square Condotel, sebab start 1 November aku akan kerja di tempat baru.. iaitu di New Horaizons Malaysia (tempat sekarang ni lah hik3)... tapi di saat2 akhir aku di sana, memang banyak amik gambr ngan kawan2.. sangat sedih pulak bila ingat kembali... rasa sekejap jer masa berlalu, pada hari perpisahan aku, dorg belanja makan di thai restoran food, pastu p main bowling, n karaoke.....huhuuu
Teman sepejabatan...

Macam gian nak menari..hahaha

Dgn Yati (HR Admin) n karen (receptionist)

KAt Lobby Hotel sebelum balik/ berpisah

Gambar seminggu sebelum aku blah...hik3

November
Start 1 november aku dah kerja di New Horizons... Kat sini aku berkerja sebagai Accountant Executive and computer's trainer...hik3 (Nanti aku cerita pasal tempat kerja baru aku ni ya)

December
Sekarang bulan december dah nak habis.. Tapi peristiwa yang aku tak sabar nak tunggu pada bulan ni ialah Hari Natal @ Christmas Day... Korang jang tak tahu, walaupun aku muslim... jgn ingat aku tak sambut...hik3.. yelah, family sebelah mak aku kan kristian.. so, secara tidak langsung family aku pun kena sambut la... Tahun Baru Cina pun sambut jgk sbb aku ada family cina jugak... Alamak! aku lupa cerita pasal raya cina kat atas...huhuhuh takper la, next time (tahun depan) hik3.... Dah 4 tahun aku missed Christmas day ni.. tahun ni aku tak nak miss lagi, tambah2 pulak, bos aku bagi cuti 1 minggu start 24Dec ni...pastu balik kerja 3 january 2010...
Merry Christmas Day Everyone ho ho ho (Cara santa bg wish) hahahahahah


Wah, panjang gile la entry kali nih..hik3
Well, Enjoy la membaca ya kawan2..tak baca pun tak per... tgk la gambar2 tu, utk hidangan mata..hik3

P/s: tahun 2011 mcm mn erk? Harap perjalanan hidup ku semakin menarik...hik3

Akhakz!!!

Aku tak pernah join contest kat blog nih...selama ni pun sekadar jadi pembaca jer, and post cerita kat blog sendiri hik3...tapi kali ni aku tergera hati nak join contest yang dianjurkan oleh blogger Gadis Kampung ni... contest dia agak best gak, sbb hadiah dia rm101...wah! agak lumayang ni...hi3.. kat bawah ni antara keterangan2 yang dia bagi la...(aku copy and paste jer semua...haha)
Blog ni agak best sbb byk jugak dia bagi tau tutorial camne nak buat blog, camne nak edit gambar guna photoshop... (bukan mcm blog sy, xda tutorial langsung sekadar cerita jer) hahahaha....
Pada pandangan aku, penulis blogger Gadis Kampung ni byk idea...baik punya sbb dia terfikir nak buat mcm2 kat blog dia...wa respek sama lu beb!...klo aku, nak menaip pun susah nak daat idea..hahaha
Orait kawan2...korg baca la syarat yg dia (Gadis Kampung) dah bagi kat bawah tu, aku nak tido dulu...dah jam 2.50 pagi nih...huuuuu good night!

(copy and paste daripada Blogger Gadis Kampung)

JOIN MY CONTEST- Be My Followers

Salam semua follower, saya nak menganjurkan satu contest sempena first anniversary 10.10.10 nie...
Saya ingin mencari follower sehingga 1010 followers bersempena tarikh anniversary kami...
korang berminat jom la baca syarat-syarat

SYARAT-SYARAT :
1.Jadi follower my blog : Saya telah jadi follower ke ____
(nyatakan kamu follower ke berapa)
~[sy yg ke 597]

2. Buat entry di blog korang bertajuk:
JOM JADI FOLLOWER GADIS KAMPUNG
(kalau korang rajin korang citer la sikit tentang blog saya nie)
~[Dah buat... kat atas tu..hik3

3.Nyatakan dari mana awak tahu mengenai contest ini : __________
(nyatakan url@alamat blog orang yang memberitahu mengenai contest ini).
~[Aku dapat maklumat mengenai contest ni time usha2 blog member2
(xkenal mrk pun hik3) tapi terus tertarik ngan entry dia..
ni hah..drp cik ann:
http://annfrendly.blogspot.com/2010/12/jom-jadi-follower-gadis-kampung.html#axzz17pUBIFl6 ]

4.Bila korang dah buat entry dan dah join blog nie tolong
tinggalkan komen ye berserta url entry anda..
~ dah sudah...hik3

5.Tolong letak banner saya di sidebar korang.
~ dah..
    Create your own banner at nukilangadiskampung.blogspot.com!
    please copy html baner nie
    (ada kat sebelah kanan sidebar blog saya)

    Mudahkan...jadi jom la join contest nie...
      HADIAH YANG BAKAL MENANTI ANDA:
      https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLQHXiO_VwdwPwROfcE02csynpRviwLeU-7471VsMrRmZ5l5Q1Za__dhu1etQ1LGEn4tO5QiRTT-zuVxIK0Z4gr5JOON145aY7cmiNC4K0d0NlZI65-hcAXYktx3AGU1jmcCau6Ksai4VQ/s1600/malaysia-note-100-ringgit-front.jpg
      https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHrEx_4NUp0ksl3e9ptv-hh5cWNzws6oQ74uu5T-sJERYtttRzH6t7bO-xKjrpAkk75WW39hMEyHfQ8Ul9aCo4SthooInhRFyEx0XZcsqiszZcpKPUJYsiYfBTTLo7Q9fMISX67T14Vn5g/s400/MalaysiaPNew-1Ringgit-(2000)_f.jpg
      Saya dengan murah hati ingin menghadiahkan RM101.00 kepada
      blogger yang banyak mempromosikan contest ini..

      Pemenang contest ini dinilai melalui syarat no.3 iaitu:
      Nyatakan dari mana awak tahu mengenai contest ini : __________
      (nyatakan url@alamat blog orang yang memberitahu mengenai contest ini).

      Contoh:
      Nyatakan dari mana awak tahu
      (seandainya 500 follower yang join contest ini menyatakan mereka
      mengetahui contest ini dari nukilangadiskampung maka dia la pemenang)...

      TARIKH TUTUP PENYERTAAN:
      Bila follower saya mencecah 1010 maka automatik contest ini ditutup
      @
      TARIKH TAMAT CONTEST : 26.12.2010

      Aku baru jer isi borang spa online tadi.
      Aku isi kat peringkat Ijazah&Diploma/ Ijazah&STPM/STAM.
      Sekarang ni aku ada kekeliruan pulak dah huhu..
      koran tgk kat gambar borang kat atas tu,
      aku baru jer terfikir, borang mana yang sepatutnya aku isi?
      Memandangkan kelulusan tertinggi aku ialah Ijazah Sarjana Muda.
      Boleh Korang bagi pendapat sikit tak??? hik3
      (Bikin malu jer kan aku ni?-perkara camni pun x tau)

      OK, persoalannya mcm ni. Memandangkan aku dah isi..
      so, sekarang ni...sekiranya aku nak isi salah satu daripada link kat atas tu amcm?
      Boleh ke tak boleh??
      adakah permohonan yang aku isi yg first tadi tu terbatal?
      (sbb dia ckp terbatal~menurut pembacaan aku la)
      Tapi, klo ikut fikiran aku yang sot ni... permohonan aku tu akan terbatal sekiranya aku isi kat borang yang sama, and for me mybe tak salah kalo aku isi utk peringkat spm/ pmr...hahaha betul ker nih??? hahaha
      dah jauh tersesat dah nih... alamatnya, sampai ke tua la aku tak dapat kerja ngan government ni..huhuhu.... ada pendapat tak???

      p/s: susahnya dapat kerja ngan gov ni *sigh

      Pabila Mulut Membisu, Jari Jemari Bersuara...
      Wah entry kali ni aku nak share pasal percutian ke Pulau Mamutik hari tu. Memang satu percutian yang best.. thanks to my ex-colleagues for invite me with that fantastic vacation.
      Perjalan dari pelabuhan kk (jesselton point) ke pulau mamutik tak la lama sangat... tak sampai setengah jam perjalanan kot... time mula2 sampai tu, tak ramai org...sbb kami first group yang sampai.. lepas saja samapi, kami terus cari tempat yang strategik utk bermandi manda..
      Sayangnya, aku x amik picture banyak...huhu gambar2 kat bawah ni pun akugrab dari facebook member yang bawa camera.. huhuhu
      so, korang tgk la gambar2 yang ada erk... enjoy...!

      Kalo orang nak tahu, tambang nak ke pulau tu tak la mahal sangat...
      bawak la rm10.00 utk pergi balik...kat pulau tu ada restoran, so makan kat sana jelah ye..
      kedai runcit pun ada..tandas of course ada...
      line telepon pun ada...boleh 3G kot...hik3

      kat pintu masuk pulau....

      Pabila 3 HR admin bergabung...hik3

      Mangsa buli kena timbus... Padahal dia yang relakan diri nak ditimbus..
      siap dulu2an korek lubang tuk masuk kot...hahaha

      Pose kat jeti

      Kat akar pokok ni jugak yg terpilih tuk berpose...

      p/s: next percutian..nak ke kundasang...(itu yg kwn2 aku plan)
      wlupun kundasang tu dah balik2 p... tapi kalu ngan kwn2 mesti best...
      tak sabar tunggu roger dari mereka!!!!!!!!


      Hahahahahaha (dengan ketawa bangga)
      Setelah sekian lama aku menggunakan yang lama tu..
      sekarang aku dah tukar kepada yang baru...
      so, tak ler keluar muka aku yg bersaiz besar tu kalo
      ada yg datang melawat blog aku ni.

      Puas aku try mengedit gambar tu...huhu susah beb!
      tau je la.. aku ni mmg x pro nak mengedit2 gambar nih huhuh
      So, bila dah jadi camtu (wlupun di mata korg hanya biasa2 jer)
      aku ttp happy sbb itu hasi kerja tangan aku...hik3..

      And start dari sekarang aku akan menggunakan motto aku tu...
      "Pabila mulut membisu, Jari Jemari Bersuara"
      hahaha...ye la, kira mcm sekarang ni la..
      org tak dengar pun apa yang aku nak cakap..
      tapi apa yang aku nak suarakan tu...jari jemari ni la yang translate..
      gituuu..... hik3 Itu la reality kehidupan...hik3...

      # lepas ni nak tukar apa plak ek...??? suggest please....

      Update terkini

      Hari ni sepatutnya aku tidak kerja, tapi memandangkan computer lab kami kena sewa untuk 'computerised unit trust examanation', so terpaksalah datang kerja, bukan kerja apa, kami staff di sini kena jadi penjaga exam daaa....huhuhu kebetulan pulak aku kena bagi shif ptg, so aku jaga dari jam 3pm - 5pm...huhuhu alamatnya aku dtg awal...aku jgk yg balik lmbt..xpe la, tanggungjawab..ea dok...?? hik3



      Hantu????

      Oh my God! tadi pagi2..salah sorg staff (sue) ada cerita kat kami.. semalam dia balik lambat...tapi dia tak la seorangan..ada teman jgk (kawan lelaki katenye hik3)...so time nak balik tu, mereka berdua pergi la lif (ofis kami ting 6) so, bila nak sampai lift tu...dorg dengar mcm ada org berlari ke arah mereka, padahal time tu mmg mereka berdua jer kat aras 6 ni... so, masing2 buat derk je, masing2 mendiamkan diri katenye...then, kawan si su ni plak tetiba nampak pantulan bayang kat cermin yang sedang memerhatikan mereka...tapi dia buat bodoh jer (katenye)...then bila pintu lift terbuka terus jer dorg masuk...kat dalam lif tu baru su tanya kat kawan dia tu "ko dgr ke apa yg aku dgr??' pastu kawan si su pun gitau dia nmpk byg org yg sedang memerhatikan dorg berdua di pintu lift tu...huhuhu so, kesimpulannya, memang aras kami ni berhannnn....???? (tak mo ckp!)

      Agak serammmm gak dengar cerita si su tadi... dah la balik lmbt pasni! huuuu



      Pulau???

      Yeyyyyyy!~~~ seronoknya... esok aku and kawan2 aku bercadang nak pergi ke pulau memutik! ada sape nak ikut???? hik3 tak tau la sana tu best ke tak...tak kisah... aku ni nama je anak sabah tapi pulau2 kat sabah ni pun tak pernah explore lagi...kiranya ni la first time aku nak pergi ulau...klo pulau labuan tu jgn cakap la...aku skolah kat sana kot dulu...hik3 SMSL dgn tagline "Di Sini Pemimpin Dilahirkan" owah! sempat lagi... So, sama ada pulau tu seronok ke tak...tungguuuuu update seterusnya nt!!!