Salam. Dari semalam lagi aku nak buat entry ni, tapi tak berkesempatan. Aku nak siarkan blog yang aku rasa best. Mudah-mudahan selepas ini entry-entry mereka akan menjadi lebih menarik. Aku suka baca entry mereka. Baik, secara jujurnya, aku buat entry ni tanpa paksaan atau pun mengikut mana-mana contest yang dianjurkan. Hanya sekadar nak memberi pandangan peribadi aku mengenai blog mereka ni. Sejamenjak dua menjak ni aku selalu jugak mengikuti entry-entry mereka. Tapi tak tahu la mereka perasan ke tak. Sebab aku hanya seorang blogger yang biasa-biasa. Hik3..
Baiklah, jom ikuti pandangan aku mengenai blog mereka. Tapi, awal-awal lagi aku nak mintak maaf kepada tuan empunya blog yang aku komen ni. Kot-kot la pandangan aku tak selari dengan diri korang kan.
Ok, blog pertama yang bertuah ialah blog yang di beri nama Izamir Ridzuan. Blogger merupakan antara blogger yang top-top jugak la dalam kalangan blogger di Malaysia ni. Bilangan follower dia semakin hari semakin bertambah. Maksudnya, blog dia ni berjaya mendapat tempat di hati blogger lain. Syabas bethe! hahaha Dalam entry-entry dia pulak, dia bijak mengguna ayat-ayat yang sempoi. Baru ni dia ada buat contest, memang mendapat sambutan la contest dia.
Hah! satu lagi, dia ni memang peramah, alau korang singgah blog dia, and tinggalkan link blog korang, confirm dia akan view blog korang. Layout blog dia simple jer. Tapi itu tidak menjadi masalah kepada beliau untuk menjadi top. (ye ker top?) bagi aku ya la. Tapi lebih baik korang nilai sendiri la ya. Lain orang lain pandangan. Kepada korang yang belum follow dia, silalah follow dia. CLICK HERE
Seterusnya,jom kita lihat blog wanita ni. Sekali tengok jer ita dah tahu yang dia ni mcm obses dengan warna merah. Warna favorite dia kot. Nama empunya blog ialah Cik Hazirah, dia merupakan seorang pendidik (cikgu). Rasanya, dah lama aku follow blog dia ni, dari aku mula berjinak-jinak dengan blog kot. Orangnya cantik, dan nijak bergaya mengikut tempat.
Kalau korang lawat blog dia kan, memang semua merah! perghhh!! seronok dia bermain dengan warna merah ni. Seperti blogger-blogger lain, entry-entry dia juga lebih kepada peribadi dan menceritakan pengalaman serta apa yag berlaku di sekeliling beliau. RED is equal to ZIRA. Itulah nama blog dia. Sesuai sangat. Ok, kepada yang berminat nak view vlog dia CLICK HERE.
Cahaya Yang Riang Gembira. Wah! nama blog pun udah menggambarkan tuannya macam mana kan. Ok, ni pun merupakan salah satu blog yang akan aku baca setiap kali dia buat entry baru. Entry-entry dia memang best-best. Kadang-kadang penuh falsafah, kadang-kadang penuh dengan perasaan. Untuk pengetahuan, dia blogger yang aku kena melalui blog ni, dan alhamdulillah kami sempat bersua muka ketika aku pergi perak dahulu.
Aku suka panggil dia Dr.Hana, sebab dia merupakan pelajar tahun ahir dalam bidang perubatan.. So, tak salah nak panggil dia Doktor bukan.. hehe best berkenalan dengan beliau. Antara blogger yang rajin update blog. Tak gitu doktor hana? heee Baik, sesiapa yang nak jadi follower beliau, sila la dan jangan malu-malu CLICK HERE
Baik! Nama tuan empunya blog ini ialah Encik Syafiq (kenapa panggil formal ni? haha).. Korang tengok tagline dia. CAKAP BIAR LEPAS KALAU BENDA DAH BETOL!!!. Pergghhh! memang best dol entry-entry dia. Semua memang yang cakap lepas terus. Tak ada yang simpan atau tepis-tepis. Dia tak kisah semua tu sebab katanya, itu blog dia, and suka hati dia nak tulis apa pun. (betul juga ek).
Tapi, aku memang betul-betul respek la ngan dia ni. Cukup berani. Dia ni seorang yang baik juga, pasal apa.. baru-baru ni aku nak minta ajar kat dia nak guna photoshop. Then terus dia buat tutorial benda yang aku nak tahu tu. hehehe.. Tapi, entry dia memang banyak panas2.. dan bijak menggunakan ayat untuk menulis. Tapi tetap berbunyi selamber. Kalu korang tak percaya, korang boleh tengok dia, CLICK HERE
Haaaa... Ni pun salah seorang blogger yang aku suka duk baca entry-entry dia. Lucu. Lawak. Serius. Bak ore terengganu royak "ade blake". Nama dia cik nisa. Banyak entry dia pasal kehidupan dia seharian. Salah seorang blogger yang suka upload gambar. Memang comel tuan empunya badan ni. Hi Hi
Dalam blog dia, macam-macam dia share. Tutorial itu la, ini la. Kalau korang nak tengok video dia buat tutorial nak pakai make-up ada, pakai tudung pun ada (suka tengok cara dia pakai tudung, nampak manis). Video dia dan kawan-kawan dia nyanyi pun ada. Kesimpulannya, memang traffic blog dia hari-hari maintain. Dia masih bergelar pelajar lagi. he he he... Ok, nak kenal lebih lanjut. Korang Just CLICK HERE untuk lawat blog dia.
Seterusnya kita pergi ke blog yang cukup top juga la. Iaitu blog Encik Azizul Marcello. Kalau baca entry dia memang korang akan senyum simpul gitu. hehe Seorang yang kreatif dalam berblogging. Mempunyai follower yang sangat ramai. Masih bergelar pelajar, tapi dah berada di tahun ahir.
Aku suka tengok gambar-gambar yang dia upload. Memang penuh berseni. Pandai edit gambar. Rasanya amik part time kerja sebagai photographer. Sapa yang hire dia jadi photographer korang, memang korang akan puas hati dengan hasil yang dia buat. Sangat bijak menggunakan setiap sudut untuk mengambil gambar. Rasanya, semua follower aku adalah follower dia. haha Superb ar bro! CLICK HERE tuk terus ke blog dia.
Next, daripada nama dia memang kita familiar sangat. Tapi ingat, dia bukanlah seorang selebriti macam nama dia tu hehehe... Ya, of course la dia seorang blogger.. haha.. rasanya dia baru lagi berblog ni, tapi blog dia agak best gak. Dari pandangan aku la. Kalau korang masuk blog dia, memang banyak gambar dia bergaya. Agaknya, memang nak jadi model ya encik sudirman?
Daripada entry-entry dia ni, dia suka berkongsi pasal kehidupan dan aktiviti dia. Di samping tu, dia ada juga buat ulasan mengenai wayang-wayang di panggung. Emm... Satu pandangan yang baik sebab memang wayang yang diulas tu up to date punya wayang. (ada aku tak tengok lagi wayang-wayang tu) haha... So, teruskan usaha kamu ya encik sudirman. CLICK HERE untuk ke blog beliau.
Siapa kenal Shin Chan???? Hah, sape tak kenal Shin Chan tu tak tau nak kata apa dah. Hahaha Ok, seterusnya blog yang bernama Lagenda Budak Nakal. Memang kena pada tema cartoon yang dia guna. Nakal sangat!... Entry-entry dia banyak yang lucu-lucu. haha
Memang lucu la tuan empunya blog ni. Follower dia pun boleh tahan ramai gak. Sebab dia ni seorang yang suka review blog orang lain. Jangan segan-segan untuk melawat blog dia, sebab korang tak akan kering gusi ketaw entry-entry dia. Tapi sebenarnya banyak gak info berguna yang korang boleh dapat dalam blog dia tu. So, jangan tunggu lagi. CLICK HERE untuk ke sana. Beliau memang seorang yang banyak idea. Salut! (napa tak masuk raja lawak?) hehehe
Akhir sekali, ialah blog yang bernama Hidup Yang Penuh Warna Warni. Nama empunya blog ialah cik aainaa. Aku memang rapat dengan beliau ni. Perkenalan bermula dari blog juga. Kemudia rapat sehingga berbalas comment di status FB. Kadang-kadang berbalas SMS. Secara jujunya, kami tak pernah jumpa setelah berkenalan di alam maya ni dekat 2 tahun. Beliau seorang yang baik. Pandai bergurau. Lawak la jugak. hik3 dia antara top commentator aku di FB hahaha...
Dalam entry-entry dia ni, dia suka share info-info semasa. Di samping tu, dia juga suka berbicara tentang kehidupan beliau. Apa yang dia buat. Ke mana dia pergi. Pendek kata, sama macam blogger-blogger lain juga. Kadang-kadang, ayat-ayat dia memang penuh berhelah, bersastera. hahaha tapi best. Enjoy jugak la baca entry dia. CLICK HERE tuk ke blog dia.
Ok, cukup setakat itu. Aku nak sambung belajar Excel 2003 level 3. huhu
nota: cukup puas hati kalau dapat baca entry blogger-blogger yang best-best.
Nak terjah blog lain lagi nanti. Siapa nak???
Wah wah wah.. Akukah itew??? Hehehehe.. Ya ya.. Alhamdulillah.. Sempat ketemu sama boy yang sangat lawak dan blur.. Ekeke.. ;p
Thanx bebanyak.. Teringat dulu2 masa zaman awal aku berblog, ko rajen jugak komen pastu ko terus senyap dalam dunia blog kan.. Dan skarang muncul balik.. Terus berblog sampai bila-bila weh.. Heee.. :)
@FarhanaDr hahaha.. tu la, sempat jumpa kan.. erm...tau kenapa aku senyap tiba2 dulu? sebab aku takde internet.. skg dah mampu beli broadband sendiri jd internet dah ada haha.. Insya Allah, aku akan terus berblog... hik3 ko pun sama ya... lalala
wahh.. terharunya.. terima kasih friends.. hehe.. tak sangka plak u sanggup promote kami.. heheh =)
wahhh terharu sgt bila baca komen awk psl blog sy.. aduhh x tahu camne nak ckp.. hehee thankss a lot :D
@Izamir Ridzwan sama-sama. Sebab aku selalu terjah korang. So, aku nak jgk share blog sapa yang aku selalu terjah.. hik3
@Nisa A. you are welcome cik nisa. Semoga and terus kongsi cerita-cerita yang menarik.. tu dah cukup... hehe
sebagai balasan IR dah bat entry khas kat boy..
http://www.izamirridzwan.com/2011/01/berani-dia-review-izamir-ridzwan-punya.html
hahaha...makaseh boy,
aku sangat2 perasan ko selalu jejaki blog sejak dua menjak nih.. selalu komen kan..bagus2..
AKU TERHARU!!!!
:)
@Izamir Ridzwan haha... susah2 jer ko kan... btw, tq la ea.. im appreciate it! ;)
@SyafiQ Bleszynski Haha.. Awat tak update cerita panas lagi? hahaha... tengah kumpul info ek? hahah aku tunggu jer...
ah! tak payah nak terharu2 bagai..
Aku nak promote ko supaya lebih ramai yg baca citer2 hot ko lalala
blog IR best sgt..
@Rozuan Ismail sangat~~~ napa la ada jgk org kreatif mcm dia ek... hahaha (nada jeles) wakakaka
jejak ur blgo from blog IR...wah..rajin iye ekau buat review...gudwork.keep it up bro :)
thanx for sharing all the best blog... ^_^
@taufiq helios :) aku buat pun ikhlas jer... bnyk lagi yang aku nak sertakan, tapi penat nak taip..haha next time myb blog u plak aku review..;)
@Hanim Mahali Sharing is caring (pepatah mcm dah lapuk) haha iya..iya.. p la terjah mereka2 ni, memang tak rugi.. hehe nt nak gtau blog yg lain pulak... heee
Wahh...terima kasih geng..tak sangka blog aku pun ada kt entri hang..
Aku terharu ni..nak teriak..sobb..sobb..hakhakhak
Apa2 pun aku ucapkan terima kasih byk2 kat hang kerana niat hang yg ikhlas tu.
Ya ALLAH..ni lah kali pertama ada orang tulis pasal blog saya..wah..terharu sangat2...tq atas jasa baiknya...blog kamu jg sangat baik..sama2 kita martabatkan dunia blogger yer...amin
dr blog IR
wah wah, terharu daku,,
terima kasih wahai kamo,, terima kasih menyenaraikan blog MERAH kt dalam entry best ini,,
ada entry pembalasan untuk kamo, tunggu ye,, =)
tq bro!! keep on blogging yo!!!
@! Encik Nakal ! sama-sama.. tapi memang aku suka idea-idea nakal ko tu... hahaha
@sudirman Iya? aku rasa ko pun penulis yang baik... so, tak salah nak promote ko kat kawan-kawan aku..kan.. heee keep it up bro..
@fa10tq... ko memang follower IR yang setia... hi3 bertua encik IR nohh
@hazirah abdul rahman Wah, Cik zira, tak perlu susah2...hehe tq then, niat aku nak kongsi kisah seorang guru kat kawan2 jer.. ;)
@aizul marcello kamu mmg blogger yg kreatif.. hik3 teruskan usaha ya.. good luck for final sem...hehe
menarik jgak blog dierang ni
menarik jgak blog dierang ni
@::NelyLeyana:: menarikkan? sebab tuh aku suka terjah blog dorg.. Dah follow dorg?? heee
entry kamo keluar di blog MERAH kt pukul 3.45 ye,, tQ!!!
@hazirah abdul rahman hahaha... cik merah! selamt bertuga... Insya Allah aku akan view nt... hehehe
datang dari blog IR. dalam blog2 kat atas, aku pun baru tau 3 4 je. hehe.
@Anonymous kan cin anon.. byk lagi aku nak terjah ni and wat review sal mereka2 yg terpilih...hik3