Salam. Malam ni kat rumah atuk Amy. Salah seorang rakan seoffice aku. Kami bertiga yang akan jumpa client kami kat sini. Actually, kami ada 6 appointments nak kena settle kat Labuan. Alhamdulillah, 2 dah settle. Nampaknya mereka berminat dengan tawaran yang kami bagi. So, esok ada 4 appointments yang kena settle. Chaiyok!
Sebenarnya, aku nak cerita perjalanan yang kami ke mari. Ada banyak gambar yang aku ambil. Tapi tak dapat nak upload banyak-banyak sebab line internet kat sini tak berapa kuat. So, just apload mana yang dapat. Kami memilih untuk naik bas dari Kota Kinabalu ke Menumbok. Kemudian, dari Menumbok baru naik feri pergi ke Labuan. Nak adventure katanya kiki^^. Tapi apabila sampai kat Menumbok, kami memutuskan untuk ambil speed boat. Cepat sket sampai kat Labuan.
Oh my God. Dekat sembilan tahun aku tak datang Labuan beb! Lepas berpindah sekolah dari SM Sains Labuan ke sekolah kat Beaufort. Banyak perubahan bro! Sampai kat Labuan, semua rasa lapar, so sementara menunggu kawan Amy datang jemput kami, kami g makan la dulu kat gerai mamak. So melantak la, yang penting perut ada isi.
So, kami hantar dulu barang-barang kat kedai makcik si Amy, kemudian kami terus pergi ke JKR Labuan. So, sesi perbincangan dan tawar menawar berlangsung dengan baik. Memang mereka berminat. Nanti balik KK, aku nak buat quotation kat dorang. See, betapa berminatnya mereka. Layanan kat sana kami bagi Gred A. Habis jer kat sana, kami terus pergi ke Jabatan Penerangan Labuan. Kat sana, sesi perbincangan hanya sekejap. Ok la kat sana tu, konon-konon kalau mereka nak, mereka akan call. Tapi sumpah, layanan yang kami terima kat Jabatan Penerangan tu macam gampang. Camtu ke layanan daripada orang government?? huhu tak appreciate langsung ngan kami yang datang jauh dari KK. Adakah dia just layan kami kat counter pertanyaan? Padahal dah buat appoinment ok. Tak profesional betul. Kami pun dah malas nak lama-lama. Bagi apa yang patut and terangkan sikit-sikit lepas tu blah. Tapi, nanti aku akan push lagi. peduli apa aku. Nama jer Jabatan penerangan, tapi etika tak profesional langsung. Layanan Gred E.
Lupakan itu semua, kemudian kami balik terus pergi rumah atuk Amy. Best giler kat sini, kami di bawa melawat kebun, banyak tanaman sayur-sayuran, lada, buah-buahan and kami bawa balik tebu dari kebun tuk makan kat rumah. Memang manis tebu tu weyh. Then kami jalan-jalan satu labuan dengan naik kereta (tak la round habis haha), tak lupa juga singgah pergi pantai. Kami lalau kolej matrikulasi Labuan (tempat sue belajar) and aku sempat melawat sekolah lama aku (SMSL). Lagipun, tak jauh sangat dari rumah atuk Amy. Tapi, tengok jer la.. tak keluar dari kereta pun sebab hujan. Lepas rindu kejap kat sekolah lama.^^
Malam pulak, kami dibawa pergi makan kat luar, makan kat samudera seafood. pergh kenyang gila. Atuk amy yang belanja. Banyak giler kami order. hahah kenyang sampai senak perut weyh haha Sporting betol la atuk and nenek Amy. Ok la. Pas makan, kami pergi melawat jap kat cousin Amy. After tu, balik rumah. Berehat. yeay! Best tol...
Can't wait for tomorrow. Hope kami mendapat layanan baik. Lepas habis semua appointment, kami nak round tempat-tempat yang best. ^^
Nota: Contest Pantai By Mr.K masih dibuka lagi (tarikh tutup 7 feb 2010 jam 12.01 am). Setakat ni dah 30 lebih penyertaan. Tq guys ^^
Chow! nak tidur dulu. Good night...muah!
bah jgn lupa apa ku pesan tu :P
eddya,haha..datang kk jumpa aku pun nda..hehe.. klo stkt coklat tu, di kk pun aku bleh bagi ko...klo perfume tu, esok aku usha2...^^
Menumbok?
mesti best kan maen tumbok2 kat situ..
hehe
Btw, good luck for another 4 appointments.. ;)
zwan: haha...tu nama tempat la..hik3
ya...tq for the wish...:)