Salam blog. Aku tahu, hanya kau jer tempat aku meluahkan perasaan. Aku memang tension sekarang ni. Nak berkongsi cerita dengan seseorang sekarang ni tapi tiada berteman. Cuma kau jer la yang aku ada sekarang. Lantak la kau faham ke tidak.
Aku tak tahu sebenarnya aku kerja apa sekarang ni. Aku jadi pengajar? tapi langsung tiada basic. Aku bukan mengajar budak-budak sekolah rendah atau menengah. Tapi aku mengajar orang-orang yang berpangkat dalam sesebuah syarikat. Kau tahu ke macam mana perasaan aku bila berhadapan dengan orang-orang macam ni bila status kau di hadapan mereka adalah tutor yang tidak bertauliah. Kemudian berlagak pandai dan expert dalam hal-hal aplikasi computer. Aku sungguh hipokrit!!! Aku rasa, dalam dua tiga kali aku mengajar ni, mereka yang aku ajar tu mesti perasan yang aku ni pun baru jer study benda ni sendiri. Apa tidaknya, setiap kali nak tunjuk penyelesaian, mesti berpandukan buku. tension!
Bagi mereka yang memang dah dalam bidang ni ok la. Tiada masalah bagi mereka kan. Aku yang memang level zero ni, apa kes? Kepala aku tidak pernah dididik untuk menjadi seperti ini. Tapi bila dah keadaan sekitar memaksa. Aku terpaksa. Nak menolak, nanti dikatakan macam-macam. Aku tidak suka itu. Nak menolak, nanti alasan mereka nak bagi aku skills la, pengalaman la, whatever! Tapi jiwa tertekan. Tidur 3, 4 pagi... (kalah orang nak amik final exam)
Kau tahu ke blog. Aku memang rasa tertekan, tiap malam aku belajar benda yang sama jer. Tapi satu apa pun aku tak boleh ingat. Mesti juga berpandukan kepada buku panduan. Begitu ke gaya seorang tutor? Bog, aku bukan budak IT, budak Computer, budak Programming and so on. Kau boleh faham kan itu? Sekarang ni kepala aku terasa seperti terbeban dengan tanggungjawab ni. Aku tidak suka.
Blog. Kau tidak mengerti aku. Aku bukan yang cepat tangkap apa yang aku belajar. Aku mesti diajar, barulah aku boleh catch-up. Ni, terus jer selambe kena bagi aku kerja-kerja begini. Tanpa briefing dan kursus terlebih dahulu. Macam mana ni??? Sekurang-kurangnya bagi la aku kursus dahulu sebelum aku bagi kursus kat orang lain. Hadoi! tension syialllll!
Ni nasiblah time study dulu aku sanggup keluarkan duit PTPTN untuk beli laptop semata-mata untuk belajar guna computer. Kalau tidak, haram aku tak tahu apa-apa. Huhu Aku sedar, aku budak kampung yang tidak terdedah dengan semua ni sebelum aku melanjutkan pelajaran di Universiti. Masuk Universiti baru aku tahu guna computer dan aplikasi-aplikasi dalam komputer. Itu pun rakan-rakan yang tunjuk. huhu aku sekadar tahu tulis guna Microsoft Word. Guna Power point. Excel memang aku tidak tahu guna ok! Masuk alam pekerjaan, baru aku kenal sikit apa tu excel. Hadoi!!!
Itulah blog. Sepatutnya aku diberi kursus terlebih dahulu, kemudian baru aku buat latihan sendiri. Ini tidak! Pap! bagi buku panduan, bagi softcopy latihan! hambikkkkk! belajar sendiri. Sumpah aku memang keluaran Universiti and lepasan ijazah. Tapi, bukan bidang IT. Penggunaan aplikasi computer terutama excel sangat terbatas. Rasanya, time belajar dulu pernah guna sekali dua jer. Itu pun sekadar buat jadul kot! tak ada belajar guna formula-formula semua tu. huuuuu
Blog, kau rasa apa patut aku buat lepas ni. Nak terus terang ke yang aku tidak suka semua ni? Kalau ikutkan hati aku memang mahu terus terang. Tapi, kau tahu kan aku macam mana? susah untuk aku mengecewakan orang. huhu aku ni terlalu baik ke blog? sampaikan kena suruh buat itu ini, aku follow jer? Maksudnya, kepala aku ni dah kena pijak ke?
Blog, kau rasa aku perlu bersabar ke? Sebab kawan aku cakap, aku teruskan sahaja dulu, sebab nanti banyak kelebihan yang aku boleh dapat. Katanya la. Adakah aku perlu ikut cakap dia? huhu Blog, andainya kau boleh bagi aku tips and bagi aku nasihat di saat aku memerlukan teman kan bagus. huuuu
Blog, aku tension! esok aku dah start nak mengajar lagi. Tapi serius aku cakap. Aku tak bersedia! Banyak yang aku kena ingat. Tutorial tu, banyak lagi yang aku kena buat semula sebab aku sendiri pun tidak faham. Tapi kepala aku ni memang dah tak boleh terima kalau aku study sekarng ni. Kenapalah aku tidak ambil kelas komputer dulu...arghhhh..
blog, itulah reality kehidupan aku.
menjadi pendidik memang perit... tapi, cuba dapatkan rentak diorang, ikot cara pemikiran diorang.. cube berkawan dengan diorang.. cuba jadi kan benda yg kita buat tu sebagai suatu benda yg kita suka.. insyaallah, one day, anda akan tersenyum gembira.. tp makan masa skit la... anyway, good luck bro!!!
jangan tension2 la bro..cool je! huhu:P
thnx sebab follow sy,,sy dah follow kamo balik!
@AfiQyeah! thanks sgt...;p
@arep_lockermonth try to be cool la ni..hi3
thanks
hehe.
mula2 mmg mcm tu.
lama2 okay la tu.
pelan2.
tak semua boleh pandai terus.
;D
@..hizamirahim.. thanks ya... huhuhu belajar dari kesilapan dulu ni....