Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

Funny Pictures

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.







Click! Click!

Followers

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...

Seawal pagi-pagi buta ni aku rasa terpanggil pula untuk memberi komen pasal tajuk entry aku kali ni..time aku tengah buka myspace aku, aku baca bulletin yang dipost oleh kawan aku dari umt. Apa lagi kalu tak pasal tajuk post aku ni la. Korang nak tahu tak siapa yang membenci Malaysia???? Mai sini aku nak habaq kat korang. Tapi baca dulu sampai habis....hehe

Bagi aku la, mereka ni sebenarnya tak tahu nak berterima kasih agaknya. Kenapa mereka tak datang sendiri ke sini, and nilai bangsa mereka yang menumpang keamanan kat negara kita sekarang. Memang saya tak nafikan, kebanyakkan bangunan2 yang megah berdiri kat negara kita ni adalah atas sumbangan daripada rakyat negara mereka. Tapi, bukan negara kita tak beri gaji kat pekerja2 tu. Dapat gaji ape..tu pun tak bersyukur lagi?? ewah..ewah..

Lepas tu, mereka kata jangan curi budaya mereka..Hello, macam la negara mereka jew ada budaya mereka...setahu aku, negara kita sendiri punya la banyak budaya kita sendiri. Then, dornag cakap pulak, jangan bagi resipi masakan mereka kat negara kita. Hahahahah tergeletek perut aku ketawa. Negara kita dah ramai chef2 yang bertaraf antarabangsa, so tak perlu nak curi resipi masakan dorg, aku rasa chef2 dari negara kita dah mampu nak cipta resipi sendiri. Aku rasa, rahsia resipi masakkan mak cik-mak cik atau nenek-nenek kat kampung tu pun tak eksplore lagi tau.

Ada kew orang2 kita boikot rakyat mereka? erm...cuba imbas sekejap. Emmm... rasanya takde pulak. Setahu aku, kerajaan kita menggunakan cara baik. Misalnya, nak menghantar balik rakyat mereka yang datang secara haram ke negara kita. Siap offer untuk hantar lagi u. Dah la datang secara haram, skg ni nak boikot2 pulak.. Sedar la diri tu sikit.

Kalau nak tgk dari segi industri muzik pula, rasanya kita menyokong muzik2 mereka yang datang kat Malaysia. Kita dah kira membantu mereka dah kalau beli album daripada negara mereka. So, mereka harus berbangga and berterima kasih kat mereka.

Lagipun, negara kita dengan negara mereka ni adalah berjiran. Satu rumpun lagi. Kalau dari segi perdagangan yang mana kita tak saling support-menyupport. Memang susah la. Tambah-tambah lagi krisis ekonomi skg ni kan. Dah la nilai mata wang mereka lebih kecil daripada negara kita, so kalau takde perdagangan antara dua negara ni camne? Lain la kalau mereka dapat support daripada bank dunia ke..U.S ke, takpe r.. Ni, nak kata kita macam2 pulak kan.

Aku tau, bukan semua rakyat mereka yang tak suka Malaysia, tapi gara2 segelintir rakyat mereka yang tak bertanggungjawab dan taksub isu ni la yang menyebabkan kita terus pandang serong terhadap negara mereka, mungkin dah ramai yang telah terpengaruh dengan ideologi mereka ni. Em... sedar la sikit, dengan tindakkan mereka ni akan menyebabkan perkara ni menjadi lebih teruk lagi nanti. Jangan disebabkan statement2 yang korg buat ni akan mengakibatkan perkara yanglebih teruk akan terjadi. Fikir dulu sebelum buat. Selidik dulu sedalam-dalamnya. Dengan mengeluarkan statement sedemikian, mereka secara tidak langsung akan menyebabkan harga diri dan maruah negara mereka tercemar.

Mesti korang dah tau rakyat dari negar mana yang aku maksudkan ni. Mungkin juga korang tak faham dengan ayat2 aku ni sebab aku ni bukan pandai mengarang sangat hehehe.

By the way, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut. Korang baca la sendiri kat dalam myspace ni
(click here).. aku sendiri pun dah baca apa yang terkandung dalam myspace tu. Rasa menyirap pun ada. So, korang baca la pulak and nilai sendiri k.


Leave a Reply