Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

Funny Pictures

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.







Click! Click!

Followers

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...

Ditulis pada: 14 February 2011

Kehidupan aku hari ni macam biasa. Bangun tidur jer dah mengira hari. Due tuk pergi ke semenanjung dah semakin hampir. Semakin rasa tertekan pulak kalau asyik fikir pasal tu. Memang tak tau nak buat apa untuk mengisi masa yang ada ni lagi. (macam mengira masa nak mati je) Simpang malaikat 44. Alamak, sorry ye..tajuk entry takda kena mengena. huhu

Serius. Aku dah semakin sukar untuk membuat pertimbangan. Bercakap kat rumah ni pun dah kurang. Duduk tengok tv jer memanjang. Dari pagi sampai malam. Almaklum la, cerita-cerita kat saluran Astro Citra and Warna tu best-best. Banyak cerita seram pulak tu kalau tengah-tangah malam ni. So, layan jelah.

Time-time macam ni dah timbul pulak rasa fobia dengan bunyi deringan handphone sendiri. Takut dengan kemungkinan berita pasal penempatan kerja aku tu. Kalau boleh handphone tu aku nak letak jauh-jauh dari aku buat masa sekarang ni. Tak mau tengok! Huhu

Tiap kali orang kampong or saudara mara dan sahabat handai Tanya. “ko kerja mana sekarang ni boy?”.. Soalan yang aku sendiri rasa susah nak jawab. So, paling senang aku jawab “aku kerja kat KK buat masa ni, and sekarang ni tengah ambil cuti panjang”. Nak aje aku cerita yang aku MUNGKIN akan kembali ke semanjung untuk bekerja di sana. Tapi, malas nak cakap, sebab nanti dorang cakap menunjuk-nunjuk. Huhu Bagi aku, apa la sangat kalau kerja di semenanjung tu. Biasa je. Takda nak timbul riak-riaknya. Banyak kena fikir lagi ada kot.

Kalau boring kat rumah, aku duk round-round kat hujung kampong. Lepak kat kedai runcit makcik aku. Borak-borak kosong. Tak pun duk lepak ngan kawan-kawan. Nak rapatkan sillaturrahim sebab lama tak jumpa. Update-update cerita sikit. Petang sikit jam 5 balik umah amik kasut pastu kembali ke gelangang tuk main takraw. Best tol main takraw. Setiap team yang menang akan stay untuk jumpa team seterusnya. Kalau menag lagi, stay la sampai kalah. Maksudnya, kalau menang stay and kalau kalau kalah keluar. Dah dekat seminggu main takraw ni. Servis tekong aku dah kembali mantap. Hehe Dah mai dah. Tapi sumpah, peha memang sakit. Huhu



p/s: Siang menaip kat word, malam baru post kat blog...kalau line mengizinkan. Nasib badan.

One Response so far.

  1. cici says:

    Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

Leave a Reply