Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

Funny Pictures

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.







Click! Click!

Followers

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...


Salam blogger.. Malam ni rasa malas nak update blog because memang rasa sangat penat. Sepanjang kat Labuan ni memang kitorang enjoy sangat. Banyak cerita nak share. Tapi mata aku ni sangat la mengantuk. Esok pagi-pagi dah nak bertolak balik kk. Lusa dah kerja semula. Kena wat report lagi pasal appointment ni kat madam. Em..

Aku just nak bagitahu sikit2 apa yang kami buat hari ini.
1. Pagi-pagi kami g mandi laut
2. Makan rojak special and air batu ABC special (hand made by amy's auntie)
3. Teman budak-budak ni g beli belah (perfume and chocolates). aku beli choclates sikit jer..
4. amik member kat airport sbb dia nak join vacation kat sini.
5. makan kat KFC
6. Jalan-jalan kat ujana kewangan
7. bergambar kat pantai berbackgroundkan matahari terbenam
8. balik umah tgk cerita seram kat tv

Ok, itu la secara ringkasnya aktiviti kami pada hari ini. credit kat atuk sebab dah hantar kami pergi ke sana ke mari...

still tak dapat nak luangkan masa buat BW..jgn marah ya..
yang join contest aku tu tq..^^ tapi contest tu still open...korang tahu kan due bila..so, tunggu keputusan dengan sabar^^


Ok my blog. I luv u. wanna get sleep..

Salam. Hari ini semua appointments dah habis . Done! Penuh dengan dugaan. Kitorang sesat nak cari office. Boleh kan gitu? Hari ini kitorang pergi ke Maybank Limited (I) International, Cimb, Perbandaran Labuan, dan Jabatan Pelajaran Labuan.

Comment:

Jabatan pelajaran
Org tu cakap, dorang tak berapa memerlukan latihan computer, application, dan lain-lain. Kalau dorang nak latihan semua tu, dorang mempunyai tenanga pengajar sendiri yang terdiri daripada tenanga-tenanga pengajar di sekolah. Tapi, kalau takda pun dorang akan jemput tutor atau consultant dari luar. Dorang nak cut budget. Pastu, dorang nak suka membanggakan jabatan pelajaran sebab dorang kunun mengikuti perkembangan teknologi. Tapi bila kami tanya dorang guna excel versi keberapa.. dia ckp versi 2007. Hahaha nak tergelak kat situ jer. Mereka ketinggalanzaman ok. Sekarang yang terbaru ialah versi 2010.

Jabatan perbandaran Labuan.
First aku call tak angkat. kemudia kol punya kol..akhirnya yang pick up my call tu is the one of staff there. Bila nak bercakap dengan orang yang aku buat appointment tu, dia cakap orang tu MC. ok.. aku tetap nak pergi sebab aku nak tinggalkan profile company, promosi-promosi dan sebagainya. Tapi bila dah sampai kat sana. Aku ada kenal seseorang (jonior sekolah aku) dia cakap tadi ada juga orang yang jumpa dengan orang yang aku nak jumpa tu. Tapi, by call tadi org yg agkt call tu cakap en..tutttt tu MC... penipu! aku malas nak gaduh2 aku jast bagi apa yang patut. then aku blah! Huh.. geram!

Maybank
walaupun dorang sibuk dengan kerja sebab hujung bulan. dorang kena tutup akaun. tapi still boleh jumpa dan bersembang-sembang kejap untuk layan kami ni. rasa bangga dengan layanan daripada mereka.

Cimb.
orang yang kami jumpa tu kat sini memang ok. sama macam maybank. masih boleh meluang masa sekejap untuk sesi perbincangan. kalau boleh nak bincang lebih details, tapi kami tak mau menyusahan dia sebb hujung bulan mereka banyak kerja yang kena settle. so, ringkas-rinngkas sudah.

Kesimpulannya. Orang yang kerja dengan government ni memang tidak tahu melayan orang dengan baik. Mereka macam takda etika. huhu rasa kecewa dengan layanan yang diberikan kepada kami. Ok, kami sanggup datang jauh dari KK semata-mata hendak berjumpa dan berbincang. Tapi, memang mereka tidak menghargai kepenatan kami!

Dah siap semua, kami pergi jalan-jalan jap kat shoping komplex. Patu g pantai nak hilangkan tension. huhu malam pulak keluar g makan pizza. jalan-jalan kat restoran terapun sambil tengok orang memancing.

ok, aku dah tak tahan sebab time update ni pun mata aku rasa-rasa dah nak tertutup. Mengantuk ok. Orait aku nak tidur dulu.


Salam Jumaat & Good morning guys. yeah!!! Semangat betul pagi-pagi nih. Tak sabar nak jumpa client-client yang aku tunggu-tunggu. perghhh! memang nak kena pulun siapkan hari ni...
Kepada mereka yang dah join contest aku tu tq ya..and kalau ada lagi yang aku tak view tu, jgn risau sebab nanti korang akan diview juga. sekarang ni agak busy sket, tu la tak dapat nak view-view lagi...hehehe

Malam tadi aku tidur dengan nyenyak setelah penat berjalan-jalan seharian. dah la hujan renyai-renyai, kipas pulak berpusiang dengan laju. sangat sedap tidur ok lalalalala

ok. nak berangkat dah... daaaa muah!

Salam. Malam ni kat rumah atuk Amy. Salah seorang rakan seoffice aku. Kami bertiga yang akan jumpa client kami kat sini. Actually, kami ada 6 appointments nak kena settle kat Labuan. Alhamdulillah, 2 dah settle. Nampaknya mereka berminat dengan tawaran yang kami bagi. So, esok ada 4 appointments yang kena settle. Chaiyok!


Sebenarnya, aku nak cerita perjalanan yang kami ke mari. Ada banyak gambar yang aku ambil. Tapi tak dapat nak upload banyak-banyak sebab line internet kat sini tak berapa kuat. So, just apload mana yang dapat. Kami memilih untuk naik bas dari Kota Kinabalu ke Menumbok. Kemudian, dari Menumbok baru naik feri pergi ke Labuan. Nak adventure katanya kiki^^. Tapi apabila sampai kat Menumbok, kami memutuskan untuk ambil speed boat. Cepat sket sampai kat Labuan.

Oh my God. Dekat sembilan tahun aku tak datang Labuan beb! Lepas berpindah sekolah dari SM Sains Labuan ke sekolah kat Beaufort. Banyak perubahan bro! Sampai kat Labuan, semua rasa lapar, so sementara menunggu kawan Amy datang jemput kami, kami g makan la dulu kat gerai mamak. So melantak la, yang penting perut ada isi.


So, kami hantar dulu barang-barang kat kedai makcik si Amy, kemudian kami terus pergi ke JKR Labuan. So, sesi perbincangan dan tawar menawar berlangsung dengan baik. Memang mereka berminat. Nanti balik KK, aku nak buat quotation kat dorang. See, betapa berminatnya mereka. Layanan kat sana kami bagi Gred A. Habis jer kat sana, kami terus pergi ke Jabatan Penerangan Labuan. Kat sana, sesi perbincangan hanya sekejap. Ok la kat sana tu, konon-konon kalau mereka nak, mereka akan call. Tapi sumpah, layanan yang kami terima kat Jabatan Penerangan tu macam gampang. Camtu ke layanan daripada orang government?? huhu tak appreciate langsung ngan kami yang datang jauh dari KK. Adakah dia just layan kami kat counter pertanyaan? Padahal dah buat appoinment ok. Tak profesional betul. Kami pun dah malas nak lama-lama. Bagi apa yang patut and terangkan sikit-sikit lepas tu blah. Tapi, nanti aku akan push lagi. peduli apa aku. Nama jer Jabatan penerangan, tapi etika tak profesional langsung. Layanan Gred E.
Lupakan itu semua, kemudian kami balik terus pergi rumah atuk Amy. Best giler kat sini, kami di bawa melawat kebun, banyak tanaman sayur-sayuran, lada, buah-buahan and kami bawa balik tebu dari kebun tuk makan kat rumah. Memang manis tebu tu weyh. Then kami jalan-jalan satu labuan dengan naik kereta (tak la round habis haha), tak lupa juga singgah pergi pantai. Kami lalau kolej matrikulasi Labuan (tempat sue belajar) and aku sempat melawat sekolah lama aku (SMSL). Lagipun, tak jauh sangat dari rumah atuk Amy. Tapi, tengok jer la.. tak keluar dari kereta pun sebab hujan. Lepas rindu kejap kat sekolah lama.^^

Malam pulak, kami dibawa pergi makan kat luar, makan kat samudera seafood. pergh kenyang gila. Atuk amy yang belanja. Banyak giler kami order. hahah kenyang sampai senak perut weyh haha Sporting betol la atuk and nenek Amy. Ok la. Pas makan, kami pergi melawat jap kat cousin Amy. After tu, balik rumah. Berehat. yeay! Best tol...

Can't wait for tomorrow. Hope kami mendapat layanan baik. Lepas habis semua appointment, kami nak round tempat-tempat yang best. ^^


Nota: Contest Pantai By Mr.K masih dibuka lagi (tarikh tutup 7 feb 2010 jam 12.01 am). Setakat ni dah 30 lebih penyertaan. Tq guys ^^






Chow! nak tidur dulu. Good night...muah!

Salam. Selamat malam bloggerian^^. Wah tajuk entry memang macam gampang. Haha. Takda la, saja je nak take attention Kejap. Korang fikir apa? Jangan fikir bukan-bukan sudah^^.



Panjang or Pendek?? hehe Takda la. Sebenarnya, aku nak tanya pendapat korang. Aku lebih sesuai simpan rambut panjang atau rambut pendek? Haha Tadi, bila aku masuk office jer (setelah siap gunting rambut) bos aku kata aku macam budak sekolah menengah. haha Nampaknya aku kembali ke sekolah! Kalau gitu, client aku esok mesti anggap aku budak sekolah juga kan?? ^^
Ni gambar sebelum dan selepas.









Barang aku?. Erm..tadi dah siap paking barang yang nak dibawa pergi Labuan esok. Macam nak berhijrah ke sana jak ni aku rasa. hahaha Sesungguhnya aku dah tersingkir dari AF. ^^. Padahal, aku kat Labuan hanya 2, 3 hari jer kot. Tapi, itu baru plan. Mana la tahu top-top nak sambung makan angin kan. Ok, Jangan jelez na. hehehe Sambil menyelam sambil minum air. Biar sampai kembung perot lalala.. Ni la barang yang wajib aku bawa. Pakaian, bag toiletry, and Laptop. nanti boleh la update mr.blog kan..hehe
Dengan penuh yakin aku berkata seorang-sorang.
"Aku rasa dah cukup lengkap aku bawa kot. hehe"
Lengkap ke? hehe

Salam. Ok, dah nak balik... Dah kemas apa yang patut. Esok pagi kena bertolak pergi Labuan. Wahai client-client ku di sana. Tunggu kedatangan ku ini..wakakak^^

Barang-barang pun dah paking. Tinggal baju kat rumah lagi tak kemas. Rambut dah gunting. Wink^^ Rasa semangat nak bertempu client. wah!

camna la rupa and perangai client aku esok.emmm
Kalau macam ni kan baguih...^^

Kalau client korang semua macam ni, semangat tak?? Soalan ditujukan khas untuk para lelaki. ^^

Salam and good morning semua. Yes, aku dah siap buat kerja. Tulis surat untuk pengarah-pengarah perbadanan Labuan, JKR labuan, Jabatan Penerangan Labuan. Surat untuk buat appointment esok. Seawal pagi aku akan bertolak ke Labuan. Mungkin berada kat sana dalam 2,3 hari. Menginap kawan aku urus. So, tinggal jalan jer. Pastu jumpa mereka-mereka ni. hahah Nak tengok macam mana "budak" ni berurusan dengan orang tua-tua yang berpangkat tinggi. Kena makan gula banyak-banyak ni supaya mulut manis. Tapi tak pa, aku kan memang sweet. Ok, silakan muntah!. hahaha^^
Sekadar gambar hiasan. credit to:google

Malam tadi duk wat blogwalking jap, pastu komen kat mana-mana yang aku singgah. Tapi memandangkan Mr. Broadband 'jalan slow sangat' aku pun tungguk sambil baring-baring. Alih-alih dah tertidur, sedar-sedar jer dah dekat jam 3 pagi. See betapa aku dah menjadi blogger tegar. Haha^^ Pastu bangun jap pergi minum kat dapur. balik bilik and shut down lappy, terus tidur. hehe Nasib baik pagi tadi bangun segar jer... ^^

Plan time rest nanti, aku nak pergi gunting rambut. Memandangkan esok ada appointment kan.. So kena la smart and nampak hensem. Sila muntah lagi^^. Bukan apa, aku sendiri pun dah rasa rimas dengan rambut panjang sekarang ni. So, nak bagi pendek and nampak style gitu (..???) ^^ barulah esok nampak yakin di depan client. kih kih kih Pastu, nak singgah kat watson beli barang-barng make-up. Ops! bukan! Nak beli minyak rambut Wax jer. hehe
Style mana aku nak pilih erk?? ermmmm




Reminder: CONTEST PANTAI BY MR.K masih lagi dibuka, tarikh tutup: 7 Feb 2011.

So, sempat lagi korang yang belum join tu untuk join. dialu-alukan ya wahai reader.


Salam to all bloggerians. ^^ Before I get my dinner. Aku nak share sikit pasal tajuk entry ni. Aku sangat la geram, marah, bengang, dan menyampah dengan kerata angkut-angkut ni. Kalau kitorang panggil kat sini "Kereta Pirate". Lanun!! Means, mereka memang tiada lesen yang disahkan tapi mengambil atau bawa orang awam sebagai pelanggan macam kereta bas dan teksi tu. Kereta persendirian dijadikan teksi. Ada kereta kancil, ada proton, ada kenari. Kereta sorong je takda^_*


Korang tahu tak? Setiap hari aku akan balik dari kerja dengan naik Bas. Pergi je aku tumpang kawan. So, Dari Terminal Bas Wawasan, Kota Kinabalu ke Kinarut (rumah aku). Harga yang dikenakan RM3.00 (kira berbaloi sebab perjalanan mengambil masa 1 jam). Tapi rumah aku bukan kat pekan Kinarut, aku tinggal kat Taman Limauan, Kinarut. Means Kalau naik kereta nak ke Taman tempat aku tinggal lebih kurang 10 minit. Kalau jalan kaki mengambil masa 20 minit je. Agak-agak korang berapa jauh??? (aku tak pernah ukur haha).

Setiap hari, sebelum keluar dari office. Mesti aku akan tengok kat luar. Hujan ke tak??? Means kalau hujan, confirm aku akan buang duit RM4.00 dengan sia-sia. HUH! Korang tahu kenapa? Pasal "Kereta Pirate" tu la. Kalau hujan, I have no choice, terpaksa amik kereta pirate tu tuk balik umah apabila sampai kat Pekan Kinarut. Damn! So, kalau tak hujan aku hanya jalan kaki je balik rumah. Jauh pun jauh la. Yang penting tak terbang RM4.00 aku. Giler ko tak rugi! Perjalanan hanya mengambil masa 10 minit, tapi kena bayar tambang RM4.00. Mau nye tak geram!! Aku lagi sanggup berjalan kaki. At last ada gak keluar peluh aku setelah seharian terperap dalam office yang giler sejuk.

So, setiap hari aku akan berdoa supaya tidak hujan.^^ Kenapa tak beli payung???? Haha actually, aku ada payung. Sentiasa tersimpan dalam beg aku ni. (Sweet tak aku ada payung??) hahaha Tapi, kalau dah hujan lebat, basah gak beb! haha Kalu setakat hujan renyai-renyai tu aku tak kisah sangat. Jauh kot perjalanan aku (20 minit). Kesian aku kan?? -_-

Ok. Tu jer.. Korang doa-doa la aku supaya dapat kumpul duit banyak-banyak and dapat beli transpot sendiri. Dapat beli motor pun takpe. hehe Dengan gaji yang ciput ni. Banyak aku kena bayar. Nak kirim kat kampung la. Duit belanja rumah la. Broadband lagi. PTPTN lagi. Tu tak kira org pinjam!! (Bila dorang nak bayar hutang dorang kat aku ek!!).

Ok dah. berjela-jela pulak aku merapu^_^



note: Sengsara hidup bekerja ni, banyak nak kena fikir, rindu nak study wo. Belajar rajin-rajin ya adik-adik ku yang masih study. Esok nanti biar dapat kerja yang mantap! Gaji besar-besar.

Salam. Tadi duk jalan-jalan kat google. Google??? jauh tu...hahah tak la. Just nak cari maklumat pasal client jer. Sambil-sambil tu nak cari template tu blog. Pastu, aku terjumpa satu template tuk blog.. Rasa terpikat la pulak ngan template tuh. hehe

Takper. Aku siapkan dulu kerja aku, pastu baru berusah kerja keras tuk tukar template blog aku nih..hehehe


Berapa kali nak tukar da........?

Gambar xda kena mengena ngan entry
Gambar kenangan pada hari ray a pertama kat semenanjung.
Lokasi: umah family angkat^^


Salam.. Wakakak..tadi duk godek-godek enternal hard disk.. aku terjumpa video ni balik.. punya la gemok aku kat sini.. Nasib skg dah turun berat badan...hik hik hik...video ni dirakam ketika aku bersama-sama kazen aku keluar berkaroks kat perak.

Kalau korang nak dengar aku nyanyi, dengar je...jang kritik lebih-lebih tau...aku bukan penyanyi huhu saja duk suka-suka sebagai hobi an..