Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

Funny Pictures

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.







Click! Click!

Followers

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...

Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2012 untuk memberi bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Daerah dan Pejabat Cawangan / Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Syarat Permohonan adalah seperti berikut:

Syarat asas:
1. Warganegara Malaysia
2. Ketua keluarga bagi isi rumah berpendapatan kasar RM3000 sebulan dan ke bawah

Takrifan Ketua Keluarga:
- Individu yang berkahwin atau
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan atau
- ketua keluarga yang bujang dan mempunyai tanggungan atau
- warga emas sebatang kara

Dokumen yang diperlukan
- MyKad / kad polis / lad tentera
- penyata gaji (bagi pemohon yang makan gaji/ upah)

Permohonan bermula pada 10 dis 2011 hingga 9 jan 2012

korang boleh layari http://www.treasury.gov.my/ utk maklumat lanjut....


p/s: confirm penat melayan orang awam esok.... Semoga berjaya mengharungi perangai mereka. hehehe


Assalammualaikum...
Ya Allah...macam dah lama gila aku tak menulis sejak2 aku dah menjadi anak kampung ni...
dah jarang-jarang aku online beb...huhuhu
sangat2 rindu dengan dunia blog...
rindu nak baca post2 kawan2...huuuu
tapi apa boleh buat....
takdir aku dah memang begini...
kejap ada kejap takda...
tapi thanks kpd kwn2 yg tak bosan2 singgah ke blog yg usang ini...
thanks jg kpd mereka yg tinggalkan pesanan kat shoutbox aku...
aku hanya online sekejap semata-mata utk melepaskan rindu kat blog ni...
ok...tu je...
klo ada umur panjang aku on9 lagi...


by:
mr.K

Salam. Here we go. Berikut adalah pemenang top 3 yang telah dipilih sebagai pemenang. Kepada mereka yang dah terkands di ten gah jalan, jangan kecewa. Korang boleh cuba next time. And also thanks for join my contest. But then, so sorry to make you guys dah menunggu lama untuk mengetahui result ni.

Tempat pertama: Ialah number 43 (click here)
Tempat kedua: Ialah number 24 (click here)
Tempat ketiga: Ialah number 76 (click here)


Ok...kepada para pemenang..anda diminta untuk menghantar details anda seperti nama penuh, alamat surat menyurat, no.tel (jika perlu), dan lain-lain ke email ini writetoboy@gmail.com. untuk penghantaran hadiah. terima kasih.

Atau pun, korang boleh send details tu ke entry ini, (jangan risau, saya janji details tu tidak akan diapprove untuk privasi korang).

















Keputusan pengadil adalah muktamad.

Salam. Hye...lama tak update. Ada yang rindu aku tak ni??? hehehe puihhh! perasan nak mampus. Sila bagi penyepak. hahaha Well, hari ni baru dapat online. Sebabnya hari ni aku keluar pergi KK. Jalan-jalan jap. rindu pulak kat bandaraya KK. hehehe

Baiklah. Hari ni aku nak umumkan top 10 bagi contest pantai yang aku anjurkan tu. Minta maaf la banyak-banyak ya sebab terlalu lama untuk aku umumkan sepatutunya apa yang aku kena umumkan. Tapi oleh kegrana terdapat masalah yang aku tak dapat elakkan, so segala-galanya terlambat. Sorry sekali lagi ya.

Baiklah. Berikut ialah gambar-gambar yang terpilih untuk jadi juara, tempat kedua, dan ketiga.











Tahniah kepada yang tepilih ya. Kepada yang tak terpilih tu jangan sedih-sedih ya. Bagi pihak penganjur, gambar yang dipilih oleh pengadil yang dilantik ni semua cunu-cun. seperti ada cerita disebalik gambar yang diambil tu. terbaiklah., Cun tak gambar-gambar ni semua? Bagi aku...ok la... pengadil memang bijak memilih. Daripada 10 gambar tu, aku sendiri pun tak tahu lagi gambar mana yang akan mendapat top 3.... Ok...sila tunggu ya..

Betry lappy dah lemah. So, before tak boleh online..aku nak post coretan di masa lapang aku time tak boleh online kat rumah...sila baca kalau ada masa.....

Ditulis pada: 13 February 2011

Salam. Kebelakangan ini, memang banyak kita dengar kes-kes buang bayi. Banyak sangat. Kalau nak kira, memang tak cukup dek jari-jari yang ada. Memang berkulat telinga dengar. Mata ni dah naik rabun duk baca berita yang sama di dada-dada akhbar. Tak habis-habis. Tak kira tempat. Sama saja.

Dalam hal ini, tak tahu nak salahkan sesiapa. Nafsu? Latar belakang keluarga? Kurang pendidikan? Kurang didikan agama? Kurang pengawasan ibu bapa? Tu antara factor yang seiring kali dikaitkan dengan semua ni.

Bahananya, biasanya, hasil daripada semua tu? Wanita yang kena tanggung. Malu? Sakit? Derita? Semua wanita yang kena tanggung. Masa mula-mula nak buat. Sama-sama rasa nikmat. Tapi bila benih dah menjadi, lelaki lari lintang pukang sebab tak nak tuai hasil ‘benih’ tu. Takut nak tanggung malu sama-sama. Takut nak tanggung Sakit sama-sama. Takut nak tanggung derita sama-sama. Bagi si lelaki, hanya nak sedap je. Nak seronok je.

Mula-mula tabor janji, bila dah tabur ‘benih’ dan benih tu menjadi sebab tanah subur. Dah! Blah gitu jer? Kadang-kadang tinggalkan tanpa khabar. Tak pun dia mengaku yang dia dah tanam ‘benih’ tu. Sebab? Mudah je. Tak nak tanggungjawab. Bila ‘benih’ tu dah keluar. Kesian pula si ‘benih’ tu sebab dah ada status. Status apa? Status ‘benih’ haram. Adui. Kesihan si benih yang tak tahu apa-apa. Alih-alih dah dapat nama haram.

Si wanita pula. Susah nak kata. Dah la sakit tanggung azab saat nak keluarkan ‘benih’ tu. Malu jangan nak kata la. Semua dia duk tanggung sorang-sorang. Memang kesian gak. Tapi, nak kesian ke kalau ‘benih’ yang dia keluarkan tu dia buang plak?? Bertambah-tambah dosa yang dia tanggung doh. Tak fikir ke? Kesian kat ‘benih’ yang kuar dengan sihat tu.

So, sekarang ni memang kita tak boleh nak salahkan si jantan atau si bentina. Dua-dua salah. Dek kerana ikutkan nafsu. Semua tu boleh terjadi.

p/s: Ingat lah… Sedap buat…akibatnya adalah Derita..ada betul?

Salam. Lama tak online dengan laju. Memandangkan aku ada kat area pekan so nak amik kesempatan la mengonlinekan diri dengan laju. Apa khabar kalian semua? Amacam study? Amacam awek korang? Balak korang sihat? anak-anak korang sihat?? Parents korang? hehe (kalau semua nak tanya, jenuh nak tulis ni...heee)

Sebenarnya aku nak g berurut ni.. Nak cari yang baik punya...hee.. nak urut yang tutttt....hahaha... takda la weyh! aku nak urut buang angin jer. Nak amik kesempatan ikut akan aku g urut anak dia.. sebab susah nak buang air besar. Katanya. Aku lak??? Memandangkan aku dah aktif semua main takraw kat kampung, so memang sakit-sakit badan..So, nak buang lenguh-lenguh ni, and nak ringankan badan...heee

Tukang urut ni hebat. Seorang wanita, cantik...ops! tapi dia seorang nenek ye...amik perhatian itu...haha Kenapa aku cakap hebat? Sebab dia hanya urut bahagian kaki jer...Tapi urutan itu dah merangkumi seluruh badan. Hebat bukan? Dah kelebihan dia. Aku sampai jer kat rumah dia ni, dah ada 2,3 orang yang tengah tunggu turn nak minta urut. Em...terkenal juga dia ni rupanya.

So, sekarang ni memang ada kat rumah dia la. Sabar je tunggu turn.. Ada ramai lagi ni. So, before my turn is coming, better online dulu... Lebih kurang 3 jam je leh online. Yelah aku tak bawak charger. huhu

Hah,korang! kalau nak sihat, jangan lupa bawak berurut. Bukan makan ubat and vitamin je boleh bagi sihat badan. Tapi degan berurut juga boleh menyihatkan badan. Buktinya, kat ibu kota (Kuala Lumpur) tu pun dah banyak rumah urut. hehehe (ketawa sinis)...

Ditulis pada: 14 February 2011

Kehidupan aku hari ni macam biasa. Bangun tidur jer dah mengira hari. Due tuk pergi ke semenanjung dah semakin hampir. Semakin rasa tertekan pulak kalau asyik fikir pasal tu. Memang tak tau nak buat apa untuk mengisi masa yang ada ni lagi. (macam mengira masa nak mati je) Simpang malaikat 44. Alamak, sorry ye..tajuk entry takda kena mengena. huhu

Serius. Aku dah semakin sukar untuk membuat pertimbangan. Bercakap kat rumah ni pun dah kurang. Duduk tengok tv jer memanjang. Dari pagi sampai malam. Almaklum la, cerita-cerita kat saluran Astro Citra and Warna tu best-best. Banyak cerita seram pulak tu kalau tengah-tangah malam ni. So, layan jelah.

Time-time macam ni dah timbul pulak rasa fobia dengan bunyi deringan handphone sendiri. Takut dengan kemungkinan berita pasal penempatan kerja aku tu. Kalau boleh handphone tu aku nak letak jauh-jauh dari aku buat masa sekarang ni. Tak mau tengok! Huhu

Tiap kali orang kampong or saudara mara dan sahabat handai Tanya. “ko kerja mana sekarang ni boy?”.. Soalan yang aku sendiri rasa susah nak jawab. So, paling senang aku jawab “aku kerja kat KK buat masa ni, and sekarang ni tengah ambil cuti panjang”. Nak aje aku cerita yang aku MUNGKIN akan kembali ke semanjung untuk bekerja di sana. Tapi, malas nak cakap, sebab nanti dorang cakap menunjuk-nunjuk. Huhu Bagi aku, apa la sangat kalau kerja di semenanjung tu. Biasa je. Takda nak timbul riak-riaknya. Banyak kena fikir lagi ada kot.

Kalau boring kat rumah, aku duk round-round kat hujung kampong. Lepak kat kedai runcit makcik aku. Borak-borak kosong. Tak pun duk lepak ngan kawan-kawan. Nak rapatkan sillaturrahim sebab lama tak jumpa. Update-update cerita sikit. Petang sikit jam 5 balik umah amik kasut pastu kembali ke gelangang tuk main takraw. Best tol main takraw. Setiap team yang menang akan stay untuk jumpa team seterusnya. Kalau menag lagi, stay la sampai kalah. Maksudnya, kalau menang stay and kalau kalau kalah keluar. Dah dekat seminggu main takraw ni. Servis tekong aku dah kembali mantap. Hehe Dah mai dah. Tapi sumpah, peha memang sakit. Huhu



p/s: Siang menaip kat word, malam baru post kat blog...kalau line mengizinkan. Nasib badan.

Ditulis pada: 13 February 2011

Salam. Selamat malam semua. Memang mencabar betul hidup sekarang ni. Hidup tiada kerja, hari-hari macam rasa kosong saja. Rasanya macam seperti penganggur yang baru lepas habis belajar. Tapi semua ni hanya sementara. Sabar jak la.

Sejak ada di kampung ni. Online memang sangat susah. Aduh.. kalau mau online cepat pun, kena la aku pergi ke pekan. Tapi, malas pula rasanya. Paling-paling kalau nak online pun, bukan tengok apa. Tengok blog and tengok friendster. Tak pun tengok jobsmalaysia.com. Mana la tahu ada kerja datang melamar. huhu

Aku sedar traffic aku dah mula turun sekarang. Dah tak ramai nak lawat sebab aku tak dapat nak balas kunjungan korang. Tahu saja la, nak buka page aku sendiri loading pun sumpah slow sangat. Apatah lagi nak buka page korang. Penat jer buka tab banyak-banyak tapi tak dapat loading. Terpaksa tekan F5 utk refresh berulang-ulang kali. Tu pun kalau rezeki ada dapat la tengok page korang. Tapi sekali nak komen entry korang adooooyai! sangat mengecewakan. Memang tak boleh nak komen. Comment box pulak memang tak loading. Tekanan tol.

But it’s ok for me. Dah tak nak fikir nak tingkatkan traffic buat masa ini. Cukup la kalau dapat lawat blog aku kejap atau dpt tengok perkembangan korang dari (bloggers) dari papan dashboard aku. I really need some space and time right now. Huh… but serius dol. Aku rasa bersalah tak dapat komen kat blog2 yang aku selalu komen and lawat before this. How are you blogger??? Still remember me or not?? heee

Terima kasih banyak-banyak kepada korang yang tinggalkan comment kat entry aku and also kat comment box aku. Appreciate it. But sorry la, memang aku tak boleh nak balas kunjungan korang. Sedihnya.

Cerita sedikit aktiviti aku kat kampung ni. Kat sini memang sejuk, hari-hari hujan, dah la duk rumah papan. Lantai pun papan. Memang sejuk. Tidur kena pakai baju sejuk. Kalau nak beku try la tidur tak pakai baju. haha (melampau siot) haha tak la sampai beku. Tiap petang pula aku keluar bermain. Lama tak turun main takraw. Mula-mula tu ingat skills aku dah hilang, Tapi servis tekong aku tu masih ada lagi. Timang bola pun tak hilang. aku duk try timang guna kaki sebelah kanan 30 kali. I got it. And than, try timang guna kaki sebelah kiri 30 kali pun masih boleh lagi. hehehe tapi setelah bermain 2,3 hari alhmadulillah, dah dapat menyesuaikan diri. Kawan-kawan, sepupu, sepapat, semua pun bagi dorongan. hehe

p/s: teringat kenangan ketika mewakili daerah untuk bermain takraw sehingga ke peringkat negeri Sabah ketika sekolah menengah dulu. Sweet memory.

Salam. Banyak betul dugaan yang aku hadapi sekarang ni. Kepada peserta Contest Pantai By Mr.K, aku sangat-sangat minta maaf sebab aku belum dapat mengumumkan pemenang untuk contest itu atas sebab-sebab yang aku sendiri tidak dapat elakkan.

Untuk pengetahuan korang, aku sudah tidak bekerja. Sebab aku diberi peluang untuk berfikir selama sebulan. Memang agak dilema sekarang ni sebab pertama, aku akan ditransfer untuk bekerja di Semenanjung. Aduh.. Susah nak buat keputusan sekarang. Kedua, Dalam masa sebulan ni, untuk mengelak supaya tidak ditransfer ke semenanjung, aku perlu mendapat kerja tetap di Sabah. Huuuuuu

So, peratus untuk aku pergi ke semenanjung agak tinggi sebab sekarang ni belum ada tanda-tanda aku akan dilamar oleh company-company yang ada di Sabah. Damn! Tapi, aku akan berfikir secara positif. Seandainya aku pergi ke semenanjung aku boleh berjumpa dengan family angkat aku di terengganu fan berjumpa dengan kawan-kawan aku kat sana. Aku mungkin boleh survive kot. Insya Allah.

Jadi, mengenai contest tu kawan-kawan jang risau erk. Aku masih lagi menunggu keputusan daripada pengadil yang aku lantik tu. Katanya ada dah list yang layak untuk menang, tapi dia kena pilih betul-betul. Hadiah pula sudah sedia untuk dikirim kepada bakal pemenang. Korang boleh tunggu bukan??? PLEASE, KORANG TUNGGU LA DENGAN PENUH KESABARAN^^ cuma sekarang ni antara lambat atau cepat sahaja. huhu Sorry untuk itu.

Aku kat kampung sekarang. Memang susah untuk online. Line internet memang slow giler babi. Solowwwwww sangat. Agak sedih jugak la, sebab ada yang tag aku join contest tapi aku tak dapat buat. Nak tunggu page loading tu memang lama gila seh. Aku tak dapat review blog kawan-kawan. Tak tahu cerita terbaru korang. Sorry ya. huhu

Ok, itu sahaja, aku sekadar nak update kenapa aku jarang update blog ni. Bersawang dah kot.


Salam. Tajuk entry dah macam bulan hijrah plak kan. Well sebenarnya, kalau tiada apa-apa halangan aku akan berhijrah ke Kuala Lumpur. Mencuba nasib di bandaraya metropulus itu^^ Memang aku pernah terfikir akan hal itu, tapi tak sangka pula secepat ini.

Seandainya masa itu akan tiba, sekali lagi aku akan meninggalkan bumi Sabah yang tercinta ini. Terpaksa berjauhan lagi dengan keluarga tersayang. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Mungkin aku terpaksa jua menempuhi keadaan itu.

Bukan sebab merajuk kat sapa-sapa di Sabah ini. Tapi mungkin Dia dah tunjukkan jalan. Namun, jauh di dasar lubuk hati aku, aku tidak mahu berjauhan lagi dengan keluarga. Hanya mampu berharap keajaiban akan muncul.

Lebih kurang sebulan untuk aku berfikir. Betul ke tindakan aku ini, menerima tawaran kerja di sana. Kepada mummy sudah aku khabarkan sebentar tadi. Ada nada-nada kecawa kedengaran. Al-maklum la, anak bongsunya ini BAKAL meninggalkannya lagi. Namun, mungkin ini sudah takdir.

Dalam masa sebulan ini, seandainya aku tidak mendapat kerja yang lebih bagus sebagus tawaran di Kuala Lumpur itu. Aku terpaksa jua PERGI ke sana. Dengan niat untuk mengubah nasib keluarga. TAPI aku sangat-sangat berharap agar Tanah tumpah darah ku ni memberi aku satu peluang lagi.

Untuk pengetahuan, aku sudah pun berhenti dari kerja. Mengejut bukan?. Usah ditanya kenapa. Semua mungkin kehendak Dia. So, sekarang dah 'nothing'. Sekadar berbekalkan sedikit pengalaman. Kerja di seberang sana bakal menunggu. Sebulan lagi. DILEMA. Cuma menunggu kepastian. Kepastian yang tak bersempadan. Aku pasrah lagi. No choice.

Dalam sebulan ini. Aku perlu bersiap sepenuhnya. Fizikal dan mental. Perlu berhadapan dengan cabaran yang seterusnya. Mungkin juga masa ini la aku nak meluangkan masa untuk bersama keluarga.

Esok, aku nak balik ke office untuk mengambil barang-barang ku yang masih belum berkemas. Aku perlu buat handover tugas and kerja aku kepada orang yang bertanggungjawab selepas aku buat kali terakhir.

Kepada rakan seoffice ku, jaga diri baik-baik. Biasakan diri tanpa usikkan dari aku. Biasakan diri tanpa gelak tawa aku. Biasakan diri tanpa menyambut ucapan "Assalammualaikum' and 'Good Morning" dari aku setiap hari. Dah tak ada wakil kaum Adam di office itu lagi. Takdir.

Ada hikmah disebalik semua ini.