Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

Funny Pictures

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.







Click! Click!

Followers

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...

Salam and selamat malam semua. Malam ni aku dah kat rumah di kampung. Bercuti gitu. ^^ Line tenet pun lemah longlai semacam. Nak upload foto sangat la lembab.

Petang tadi time aku sampai kat beaufort, aku spent time kejap ngan kawan-kawan aku. So, sepetang kami pergi makan sama-sama. makan sate, makan abc, pergi beli barang kejap. Rasa syok pula rasanya bila kawan lama yang lama tidak jumpa. Lepas tu berkumpul. Masing-masing dah ada kehidupan. hehe

Rasa rugi pula tak dapat upload gambar. Aku janji, nanti bila dah balik kk or line tenet dah ok..aku akan upload gambar-gambar tu. Ok la...aku sekadar nak update kejap..

Just nak doa, semoga musibah yang menimpa rakyat Malaysia samada dalam negara dan luar negara akan berakhir. Mari kita ramai-ramai berdoa untuk keselamatan mereka semua.


Salam. sekarang ni aku duk dalam bas. On my way to kampung. Aku pun nak sambut CNY. Kenapa? tak percaya ya? aku pun ada family cina ma...hik3... Ok, aku amik kesempatan kejap jer... nak update skit...pening aku duk menaip dalam bas ni...hehehe da....


Topup Giveaway oleh wow.berita.com (click sini kalau nak join dan untuk maklumat lanjut)

Untuk pengetahuan mr.wowberita...aku dah termasuk dalam list http://wowbloglist.blogspot.com/ tu.. so, rasanya..dah layak untuk join contest ni...^^ orang sabah pertama yang masuk dalam list tu...

rasanya..entry yang paling menarik dalam blog aku tu..
1. Contest pantai by mr.k (masih lagi dibuka sekarang..due on 7 feb, 12.01am)
3. My girlfriend (kisah cinta pertama hingga kini)

Slogan: "Kalau dapat topup RM3, saya akan............" (tidak lebih 20 patah perkataan)
..... transfer kesemuanya (RM3) tu kat my mummy.. Sebab kalau dia takda kredit pasti dia akan request kat aku, anak bongsunya.

(cukup cukup 20 patah perkataan)

saya nak tag: Juliana Mirul (my new follower) ^^



Salam para pembaca semua. (ada ke yang baca) lalala.. Focus ngan tajuk entry ni. Mungkin ramai yang sudah tahu pasal cerita Ariel Peter Pan ni kot. Sebab aku tahu rakyat Malaysia ni memang kaki membaca dan mengikuti perkembangan semasa. Tak kira dalam negara or luar negara. So, aku tak perlu nak ulang balik berita yang telah ditulis oleh wartawan-wartawan yang bertauliah tu.

Bagi aku la kan. Apa la nak heran sangat dengan benda-benda ni. Memang dah akhir zaman, perkara-perkara 'panas' tu dah macam adat kat mana-mana. Sebab iman tak kuat. Mungkin juga terpengaruh dengan budaya barat. Apa-apa je la. So, apa yang berlaku tak perlu diperbesar-besarkan. Bukan ka semua tu dah memberi aib kepada si pelaku. Dah memang aib, ditambah lagi aib. Kat ke dah terlebih rasa. kepada Ariel. Anda memang malang.

Eemm.... rakyat indon ni pun satu...benda tu pun nak kecoh... itu hal peribadi si ariel.. biar la dia tanggung... ni siap nak protes lagi ngan keputusan mahkamah tu...bagi itu dah cukup seksa untuk dia (ariel) tanggung di dunia ni...selebihnya biar Tuhan yang punya urusan...Konon-konon si Ariel ni dah menjatuhkan moral negara (Indonesia) bagai.. Ok, yang dorang wat rusuhan tu ada moral ke tak? siap ada yang pakai ketayap lagi, pastu baling telur busuk, jerit bagai nak rak..(seolah jeritan ketika ariel membuat persembahan kat pentas).. So, itu BERMORAL ke?? Rasa-rasanya yang duk keras menjerit tu adalah kaum dewasa.. Macam la dorang tak buat salah macam si ariel. Cuma bezanya, dorang (orang awam) ni tidak ketahuan.. ntah2 legi hebat daripada kes si Ariel.. Tapi 'ikut-ikutan' wat rusuhan bagai... (ish..ish..ish...gelang kepala)

Wahai rakyat indonesia yang "bermoral"... takkan kerana si areal ni selebriti yg dah buat salah dengan 'video panas' beliau dah membuatkan korang rasa negara korang tu dah tercemar.. come on la! rasanya kat indonesia tu ramai sangat pelacur, gay or what so ever yang lebih teruk dari si ariel tu...tapi korang buat tak kisah pulak..takda pulak dengar masuk mahkamah, kena tangkap oleh bapa polisi... Tapi, oleh kerana semua kenal kat dia (penyanyi terkenal)... terus huru hara seindonesia.. Kuat betul penangan si Ariel ni. (kagum kejap) hehe^^
Kiranya sebelum ni, rakyat seindonesia memang memuja-muja dan memuji-muji kat ariel kot. Malah mungkin ada yang minat sesangat kat dia kan. Sebab tu, bila dia buat salah semua orang tak boleh terima kenyataan. aku bukan la nak sokong si ariel ni. bukan juga seorang peminat fanatik dia. tapi, sebagai umat islam.. kita tidak perlu untuk buat perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah sendiri, agama, dan negara dek kerana tak puas hati dengan keputusan makhamah.

Andainya la kamu (rakyat seindon yang buat rusuhan tu) dapat pukul si Ariel sebab tak puas hati bagai. Pastu si Ariel ni mati akibat dari tindakan kamu (contoh aja). Adakah kamu sudah puas hati??? Adakah maruah indonesia kembali normal?? Adakah moral korang yang jatuh tu boleh naik balik?? Korang ni kan, tak habis-habis buat hal. Sampai "Hangat" berita pasal kamu seasia. Aku pun dah naik muak nak dengar. Buat sesak dada akhbar kat Malaysia je.

Takpa juga kalau berita korang yang panas ni boleh turunkan harga minyak di Malaysia. Tak pun dapat tarik balik rakyat korang yang 'bermoral' dan berlambak kat pelusuk Malaysia ni balik kat Negara kamu. Itu ok sikit. Ni, takda faedah langsung tuk pembaca 1 Malaysia.

Cukup-cukup la tu. Biar Si Ariel sendiri yang tanggung. Semua tu urusan dia dengan Tuhan. Yang takda kena mengena tu. Korang doa je supaya si Ariel ni sedar, bagi hidayah sikit kat dia..


Cerita ni pasti ada yang dah tahu, tapi aku nak share juga..mana tahu ada yang tak tahu lagi...heheheh so, silakan la baca sampai habis ok....mana tahu kamu boleh praktiskan kat anak kamu yang duk sibuk nak tahu pasal SEX...

Jayman bertanya kepada bapanya.....

Jayman: Pak, betul ke make love tu best?

Bapa: Ha'ah, samalah best macam kamu korek hidung kamu!

Jayman: Tapi betul ke orang perempuan lagi rasa best?

Bapa: Kalau kamu korek hidung, hidung kamu ke jari kamu yang rasa best?

Jayman: tapi kenapa orang perempuan tak suka diperkosa?

Bapa: Kalau kamu jalan-jalan, tetiba ada orang nak korek hidung kamu... kamu suka tak?

Jayman: Ah'ha kan.. emm.. betul ke tak boleh buat tu masa datang bulan?

Bapa: kalau hidung kamu berdarah, kamu nak korek jugak ke?

Jayman: Kenapa orang lelaki tak suka buat tu pakai kondom?

Bapa: Kamu suka tak korek hidung masa pakai sarung tangan?

Jayman: Wahhhhhhh! Bapa ni pandailah!!!

Bapa: (^______^)




Salam and selamat pagi. Tadi sebelum pergi sarapan kat kedai mamak, aku buat blogwalking kejap and sekali aku terpesona dengan Contest daripada jejaka terhangat sebab dia nak bagi handphone free. Wow! superb la bebeh!~~ Aku memang terpegun dan terpeson. Kemudian simpan hajat tu nak buat lepas pergi sarapan. Hal-hal kerja belakang kira. Yang penting buat entry pasal contest ni. Sapa tak nak barang free beb! haha^^ Kepada yang nak join, sila click link kat atas tu lihat sendiri syarat-syarat pertanding ok.^^

Ok, sekarang aku nak masuk pada isi kandungan utama. Dengan tidak tahu malunya aku nak senaraikan kenapa aku nak dapat Henpon Free dari Jejaka Terhangat ni.. hehehe

Wahai Jejaka Terhangat, meh aku cerita kenapa aku nak hendpon free ko tu meh. Asalnya, handphone aku ialah nokia X6 (seperti dalam gambar)...Sejibik rupa macam tu. Gambar tu aku cilok dari Google image. Time aku beli tu konon si sales man tu khabo ni ok. Jadi, aku pun beli la dengan hati yang terbuka. Malas nak dengar dia nak promote lebih-lebih. So, aku bayar la dengan harga RM1100.00. Wah! memang bergaya la aku dengan handphone baru.

Malam pertama aku beli tu, memang ruang bilik bercahaya dengan terang benderang dan gilang gemilang sebab aku duk explore applications dalam handphone tu. masuk sana and masuk sini. Click sana and click sini. Yelah, first time guna handphone touch screen la katakan. Dan malam tu jugak la duk mesej kawan-kawan rapat semata-mata nak khabarkan yang aku beli handphone baru. Rasa seronok sebab dapat menjeleskan mereka dengan handphone baru aku setelah berkali-kali aku dijeleskan. hahaha Nasib aku takda no tel Jejak Terhangat. Kalau ada, confirm aku sms ko jugak tau Jejaka Terhangat.

Tapi keseronokkan yang aku kecapai dan nikmati tu tak bertahan lama tau Jejak Terhangat. Tu la padah menunjuk-nunjuk. Padan muka aku. dush! dush! dush! lain kali tak perlu berlagak bagai nak rak. Diam-diam sudah. Satu hari tepon kesayangan yang dimanja dan dibelai tiap hari tu dah menunjukkan perangai tak sampai 1 tahun. Tiba-tiba screen ada masalah. Berkaitan dengan hand phone tu, aku ada buat entry dengan tajuk: Enset ku berasal dari gurun sahara la weyh!! (sila click tajuk tu utk baca pasal enphone aku tu) tak nak baca pun takpa.^^ Tapi sebab dan masalah tepon tu aku dah cerita kat entry tu. siap ada SAJAK hentam tuk tepon tu lagi.^^



Memang aku sakit hati betol la hang tau x Jejaka Terhangat, sebab gara-gara tepon tu aku beli tepon baru. Tu pun buka 1st hand ok. Aku beli dari kawan dengan harga RM50 sebab dia ketandusan duit time tu. So, kebetulan aku pulak memang nak beli tepon biasa-biasa. Well, bila dah pakai tepon 'baru' tu, kira ok la jugak. Jejaka terhangat tau kenapa? Best jugak walaupun tak dapat amik gambar, tak dapat dengar mp3, tak dapat rakam video, dan tak dapat rakam suara sendiri bila nak menyanyi ke laut, tapikan tepon tu ada LAMPU PICIT, dan ada RADIO ok!! betray pun tahan 1 minggu..?? hahaha (dengan bangga).

Walaupun ada tepon "baru" tu. Tapi nokia x6 tetap aku simpan dan sentiasa bawa kemana-mana. Sentiasa ada dalam poket aku ni hah. Memang aku masih guna. Tapi tu la...kena tunggu lama untuk buat tepon loading secara normal tak pun terpaksa jemur di bawah pancaran matahari, bagi dia panas. Tepon tu aku guna simcard digi. Kiranya aku memang ada 2 simcard la. So, seandainya aku dapat tepon free dari ko wahai Jejak Terhangat, aku just pakai 1 tepon dengan 2 simcard yang boleh diaktifkan sekali gus. best! best!.. Tepon nokia x6, aku akan jual dengan harga lelong dan tepon 'baru' tu aku akan kasi anak buah aku yang masih kecik tu. Supaya nanti kalau aku call leh dengar suara dia selalu (padahal tak pandai cakap lagi ok).

Wahai Jejak Terhangat, ko tau..sebelum ni, tak pernah orang bagi aku tepon tau kecuali bapa aku. Dulu, time habis je form 6, aku duk minta simpat dengan wat muka comel minta kat abang aku 1 tepon, tapi dia tak kasik padahal dia ada 2 tepon. Then, aku try buat muka comel lagi tuk minta kat akak aku.. dia pun tak kasik. Tapi, bapa aku pulak kasi aku tepon yang dia beli kat kk (second hand nokia 2300). Tu pun aku sangat bersyukur ok. dapat gak aku merasa pakai tepon.
Memang happy giler aku guna tepon ni, tak tinggal tau aku bawa ke mana-mana. Tapi atas sebab rosak dan ada problem time kat universiti, aku p gadai. Lepas tu, bila aku sanggup guna duit PTPTN sebab nak beli tepon Expressmusic 3510. Pergh! tepon ni memang tahan sebab aku masih elok sampai sekarang. Tapi sekarang HP tu aku dah bagi kat abang aku, sebab dia kata dia takda handphone yang ada camera. So, sebelum aku bagi kat dia, aku siap ungkit-ungkit kat dia yang dulu time aku minta tepon kat dia camna kan. Last-last aku bagi gak la sebab aku kesian tengok dia pakai tepon yang yang 'takda camera tu'. Time kat penang dulu, aku beli tepon Sony (macam dalam gambar tu). Biasa la, dah dapat duit mmg pasang niat beli tepon time tu. lagipun terpengaruh dengan tepon kawan yang cun dan berjenama sony ericsson tu. Tapi, kes yang sama juga. tepon tu aku bagi kat akak aku sebab dia ckp tepon dia ada promblem, lagipun dia suka tengok tepon sony tu, comel. So, aku pun bagi la tepon tu, tapi duk membebel jugak sebab sebelum ni, permintaaan aku tuk memiliki tepon mereka tak pernah tertunai. Tapi, memandangkan aku agak mampu sikit beli tepon drp dorg. So, aku bagi la tepon tu. Itu pun selepas aku beli tepon nokia X6. Kira mereka memang beruntung ada adik bongsu macam aku. Senang nak amik kesempatan. Aku ni memang mudah kesian kat orang. tambah-tambah kalau adik beradik sendiri kan..huhuhu

Korang dah boleh aku yang mana kan.. ni la aku bersama akak and abang aku.

Ok la. Aku dah spent time lama sikit pulak rasanya tuk cerita pasal tepon aku kat ko wahai'Jejaka Terhangat'. Pasni aku nak buat kerja aku pulak, quotation tuk client nak kena buat, call client sana, client sini, client seberang laut, atas pulau, tepi laut dan dalam hutan (bukan cik monyet tau). aku pasti mereka rindu nak dengar suara aku yang merdu dan lunak berkrim coklat ni.

Ok la Jejaka Terhangat, kalau tak terpilih tuk jadi pemenang pun takpa la. aku sekadar berkongsi hidup aku bersama dengan kisah handset aku.^^

aku nak tag:

tq........


nota: Contest Pantai by mr.K masih dibuka sehingga 7 Feb 2011 (12.01am)


Salam. First of all, thanks a lot to you guys who joining my contest (tetiba bersepiking) ^^. By the way, for your info.. Hadiah aku dah sediakan. That size is not too big, and not too small. But then, memang chomel.. sesuai untuk uda dan dara. Mak dan abah pun leh simpan. hehe..

But now, the problem is aku nak cari kotak tuk balut benda tu, pastu nak post.. berat tu memang tak berat langsung.. Angkat guna hujung jari pun boleh.. haha tapi benda tu bukan la leper... dan yang pasti bukan key-chain dari Sabah. haha kan top sekarang cey-chain yang bertulis Welcome to Sabah. Pastu ada image Gunung Kinabalu la, Alat musik Sabah la, Bunga refflesia la, orang pakai baju kadazan la. haha bukan itu ok.. Benda ni sebenarnya aku buat sendiri pun boleh. Simple but cute. Simple-simple pun harga cukup tuk aku buat belanja makan tengah hari. Tapi tuk korang.. Aku beli jugak coz its so cute... hope that who will be a winner later, you'll keep it carefully. Ermmm...should i put my picture together into that present?? (wah! bajet nak fofular lalala) no need i guest. Just enough i put some wishes right?... hehehe (tapi kalau bubuh gambar pun ok gak, because you'll remember my face and that present is from me) lalala *ok, sila menyampah ngan aku sekarang! ^^

Bagi si pengadil contest pulak dah mula pening kepala once i mentioned to them that my contest's participants are more then 50..hahaha... ye kabo ye takut pening pale nok pilih hok ane se hok paling cun. Doh ye stuju nok jadi pengadil ork.. hehe jadi, tu memang doh tugah ye ah... pergh! bapok pekak gile bhs ganu aku ork..hahah (lama x dgr ckp ganu).. doh kalu saloh tu mung kabo ke aku deh, leh aku betol kang...lalalala

Ok, hangpa suma takyah duk pikiaq pasai suma ni noh. Hangpa duk join pun dah kire ok. Ceq ade gak p usha-usha tgk penyertaan hangpa suma, and kesimpulannya, gambar hangpa memang comei.. kalu skali imbas, memang ade yang menarik perhatian ceq. Tapi ceq bukan pengadil, jadi biaq pengadil duk pilih yang terbaek dan keputusan di tgn mereka..(bhs utara pun best doh)...^^

So, kepada yang belum menyertai contest ni, you still have a time to join because the due is this coming 7th feb (12.01 am). Click Here to join the contest. Be hurry before you late.. (B.I tak betul duk ngegada berB.I) hahaha ada aku kisah...larikkkkkkkkkkk!!!!!!!

Ok..aku nak join jadi bloglist mr.iqbal hakimi ni hehe...siapa yang nak jadi bloglist mamat ni. apa lagi, mai la meriahkan ea...hik3 korang just letak headar dia tu sebagai syarat..tapi ada lagi syarat2 lai... kalau korang nak tahu..clik (SINI) tu pergi ke blog dia ok...So,kalau dah pergi tengok kat blog dia, apa lagi..korang buat la entry pasal mamat ni. Tak rugi pun. Sambil2 nak promote blog korang kan.. tapi aku tahu la dia nak berapa org..tak kisah la semua tu..hehe

Kalau korang perasan, mr.iqbal ni rajin update blog dia. sebab tu la follower dia boleh tahan ramai. Dia suka review blog orang lain.. (rajin mamat ni)^^ daripada pembacaan dan penghayatan aku selama aku jadi follower mr.iqbal ni, blog dia adalah untuk nak share info-info, tempat meluahkan perasaan, tempat nak koment itu dan ini, rajin join contest antara bloger..perghhh! Aku tak heran la kalau ko boleh jadi popular suatu hr nanti la mr.iqbal hakimi. hehehe ^^

Satu yang aku perasan pasal mr.iqbal ni, dia memang minat artis cantik malaysia iaitu Lisa Surihani. ada-ada jer entry dia pasal Lisa. tapi aku suka cara ko olah ayat ko..simple, selamber, dan jujur...

Kalau tak silap aku, mr.iqbal ni masih belajar lagi. kat uthm ke uitm...emm... uthm kot.. Tapi, aku salut gak ar...dalam sibuk2 jadi pelajar, ko sibuk gak jadi blogger tegar ek.. ntah esimen ko pun ko tak layan sangat kot. Aku rasa ko lebih pandang blog ko ni daripada pandang esimen ko kan? hehe... hamboi! melampau tol plak aku tulis ni ea.. Tak la, itu sebagai perumpamaan jer.. sebab aku pun tak la seaktif ko walau pun dah nak masuk 2 tahun berblog ni...Oh ya, tarikh bulan kita start berblog ni sama tau.. aku start berblog ni pun pada bulan feb, iaitu 6 feb 2009 (tarikh birthday aku jg). jom celebrate birthday blog kita nak??? hahaha ^^

Ok, kategori aku ialah:
** BEKERJA (LELAKI)
TARIKH TUTUP bLOGLIST iQBALHAKIMI NI PADA: 2 FEB 2011 (12.01 TENGAH MALAM)

Kinarut, Sabah, January 2011: Bagi sesetengah pengemar game di laman web sosial (facebook), pasti mereka pernah bermain dengan game "Farmville" iaitu satu game yang bercucuk tanam, berkonsepkan pertanian dan penternakan binatang. Untuk pengetahuan anda semua,

Farm Ville yang sebenar juga wujud di Sabah. Ya, memang wujud, kalau tidak silap Farm Ville itu wujud pada akhir tahun 2010. Sebenarnya, farmville di sini ialah sebuah restoran makanan yang mengambil nama sempena nama game yang dari facebook tersebut.



Mungkin juga pemilik restoran tersebut merupakan seorang yang addicted dengan permainan game dari facebook itu. Sebab tu beliau sanggup mengambil risiko untuk menggunakan "FarmVille" sebagai nama restoran beliau. Memang tidak diketahui sama ada beliau mendapat lesen atau kebenaran untuk menggunakan nama "farm Ville" tersebut. Ada aku kisah? haha... Dia dah guna dengan yakin.. So, dia la tanggung sendiri kan..


By the way, sepanjang aku lalu lalang kat sini, tak pernah pulak aku singgah makan kat restoran tu. Aku tengok hari hari pun macam takda orang jer. Kalau ada pun tak ramai. Sebab kenapa? Sebab lokasi dia tak strategik. memang dekat dengan jalan...tapi terlindung dengan bukit dan berada dekat selekoh. hahaha orang susah berhenti sebab sana memang jalan highway. Gambar tu pun aku amik time nak p kerja pagi-pagi. Camera tu memang aku dah zoom 4 x (so, bayankkan la betapa jauh dari jalan raya)

By the way, kepada sesiapa yang nak rasa makanan kat restoran farmville kat sini. Silalah datang (dengan muka selambe padahal sendiri tak g cuba lagi). hahaha

Salam dan selamat pagi. Goodbye Labuan!!!! Sekarang ni kitorang tengah berada dalam feri untuk menyeberang laut cina selatan. hehehe kos untuk naik feri ni hanya RM5.00 per head... murah kan??

Muka-muka pengembaraannnnnn!!!
ha ha ha

Sekejap lagi mahu sampai di pelabuhan Daerah menumbuk. Masa yang diambil dari Labuan ke Menumbok dengan menggunakan feri lebih kurang 2 jam.. Kemudian kami naik bas dari menubok ke Kota Kinabalu, 2 jam... jadi perjalanan kami mengambil masa 4 jam.. perghhhh! sungguh lama...^^

Keadaan dalam feri ni sangat sesak sebab dalam ni ada aircond, tv plasma dipasang untuk menghilangkan keboringan para penumpang...kononnya la kot... kami pulak tidak duduk di kerusi yang disediakan sebab semua pun mementingkan diri sendiri...kerusi digunakan untuk meletak barang-barang mereka yang bertimbun bagai. So, kitorang hanya duduk di kat atas lantai... so poor... Tapi, bukan kami je yang duduk atas lantai ni, ada ramai lagu...siap boleh tidur bagai..

ok...dah sampai...^^ ready to go...