Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.

Click! Click!

Followers

Khazanah Tulisan Ku

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...

Korang tahu apa tu Lontong??? Bukan sejenis makanan ok. Daripada apa yang aku tahu, ilmu hitam jenis ni agak bahaya juga. Menurut sumber, Orang dari suku kaum bajau Tuaran hebat dengan ilmu ini. Tetapi, kaum lain pun ada yang tahu pasal ilmu ini. So, bukan sahaj kaumbajau tahu ilmu ini, kaum lain di daerah-daerah lain pun mungin tahu akan ilmu ini.

Tanda-tanda orang yang terkena ilmu ini ialah perut mereka akan menjadi kembung atau buncit yang mana dipercayaai organ-organ dalam perut menjadi rosak. Sesiapa yang terkena, pasti akan membawa maut a.k.a mati dalam masa seminggu. Yang terkena tu memang akan menderita, sebab sakit perut tu bukan seperti sakit biasa. Kesakitannya menyebabkan orang yang terkena akan meraung-raung setiap malam (biasanya sakit akan menyerang waktu malam). So, korang boleh baying tak macam mana bisanya sakit itu?? Harapan untuk sembuh memang tipis sebab tiada penawarnya. Hanya orang yang membuat itu saja yang tahu mengubatinya. Tetapi biasanya, orang yang buat tu pun tak tahu cara mengubatinya. Dalam kata lain, dia tahu buat tapi tak tahu mengubati. Tetapi orang tua dulu-dulu tahu cara mengubatinya. Ntah ada ke tidak yang sempat belajar untuk mengubatinya.

Pernah kes ini berlaku dahulu. Nama dan tempat berlaku terpaksa dirahsiakan untuk mengelak daripada salah faham. Tapi untuk berkongsi sebagai pengajaran. Kawan saya pernah bercerita, bapa kepada kawan beliau telah meninggal akibat terkena ilmu ini. Dikhabarkan, sebelum meninggal beliau sempat di bawa ke hospital, tetapi doctor mengesahkan beliau tidak mengidapi sebarang penyakit, hanya kembung perut sama-mata. Tidak sampai seminggu, beliau telah meninggal.

Menurut cerita orang tua-tua. Lontong ini dibuat daripada air mayat (air yang digunakan untuk memandikan mayat) dengan menggunakan jampi tertentu dan dijadikan seperti racun. Kemudian air itu akan dicelitkan di bekas, sudu, cawan dan lain-lain cara agar orang yang hendak ditujukan itu menggunakan peralatan tersebut tesur ke mulutnya. Walaupun hanya dicelitkan sedikit. Tapi bahayanya sampai membawa maut. Walau bagaimana pun, jika gelas yang telah dicelitkan dengan air itu digunakan oleh orang pertama dan bukannya digunakan oleh orang yang sepatutnya iaitu pengguna kedua. Ia tidak berbahaya kepada pengguna pertama itu. Sebabnya, mungkin jampi itu telah ditetapkan kepada pengguna yang kedua. Sama ada teori ini betul atau tidak,saya tidak pasti. Cuma sekadar berkongsi. Oleh itu, untuk menyenangkan di penuju ilmu kepada yang dituju, air racun itu akan terus dicampurkan ke dalam makan dan minum orang yang dituju.

Biasanya, sesiapa yang terkena ilmu hitam ini berpunca daripada sikap tidak puas hati, sakit hati, dendam, takbur, sombong, bongkak, menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Oleh itu, kalau ita pergi ke tempat orang, harus jaga tingkah laku dan perangai kita. Takut ada orang yang tidak suka. Dan akibatnya??? Kita sendiri yang dapat.

Ni adalah sedikit maklumat yang aku dapat:

Lontong selalunya area pedalaman bawah, femes kat sana. Ada dua jenis lontong ni satu diperbuat daripada air mayat dan satu lagi dari racun tumbuh-tumbuhan serta dijampi dgn ritual khusus. Lontong dari air mayat selalunya dicampurkan dgn makanan atau air. Atau kadang-kadang mereka masukkan ke dlm mknn/bahan mentah (sejuk) seperti nenas, timun dll. Ia diperlukan hanya sedikit tetapi kesannya amat memeritkan. Kesannya adalah perut buncit dan selalu sahaja minum air serta takda selara makan. Lontong dr tumbuh-tumbuhan pula berbeza sedikit di mana kesannya mengeringkan paru-paru jika termakan dan menjadi kurus kering seperti terkena penyakit TB. Bagi kepercayaan kaum dusun Ranau, susah diubat kerana racun tersebut meresap dalam daging terutamanya paru-paru dan usus. penawar ubat lontong ini adalah "kinodau" iaitu tengkorak manusia yang dipuja oleh kaum dusun zaman lampau. caranya kikis tengkorak tersebut dan campurkn air lalu di minum. tetapi tak tahu kesahihannya. 

Tanda-tanda sakit akibat Lontong

Jika termakan lontong ini, esoknya kesan dh mula terasa di mana sakit yg amat dekat perut. sakit gestrik atau appendik masih boleh ditahan sakitnya berbanding dgn terkena lontong ni. Time baring disitulah ia menyerang. kekadang terdapat ketulan dlm perut jika perut itu ditekan. time ini dah mula masuk separa kritikal di samping perut akan membuncit (lontong mayat). bagi lontong tumbuh2an, badan menyusut secara mendadak, jika pergi ke hospital doktor akan suspek kena TB. Selalunya lontong hanya mengambil masa 3 hingga 6 minggu lepas tu.... emmmm

Bagi yang Islam boleh kurangkan sakit tu dengan mengamalkan beberapa amalan/bacaan. Baca yassin (ustaz yang warak/alim) dan bg minum kepadanya setiap hari. Baca 3Qul setiap hari dan solat hajat n tahajud minta pertolongan kepada Allah supaya kurangkan penderitaan tersebut. Namun amalan ini kurang berkesan kepada pesakit kritikal. dan terakir tawakal jalah....


lontong ni boleh di ubat juga kalau jumpa dengan orang yang tau mengubat lontong ni.Si pengubat akan menggunakan kaedah memberi minum air yang dijampi kepada orang yang terkena lontong tu.Selang 15-30 minit kemudian orang itu akan muntah.di situ kamu akan nampak macam-macam benda yang keluar kita muntah seperti, paku, tali ,jarum,kaca dan banyak lagi.lepas tu orang tersebut akan dimasukkan ke dalam buaian. orang itu dibuai sampai habis makanan yang ada di dalam perut dimuntahkan semua..”


Nota: Jaga perangai di tempat orang.

5 Responses so far.

  1. Eve Kt says:

    Boy, saya dengar dr cerita orang la.. dia pernah kerja company balak.. d pedalaman Sipitang (orang Murut) yg hebat ilmu lontong ni.. betul ka? bukan sy cakap tau.. orang tu yg cerita...

  2. Anonymous says:

    Sy x pernah dengar orang bajau pakai ilmu ini sbb drg x simpanmayat dalam tajau. Hnya org kadazan dusun dan murut yg tau ilmu ini sbb 3 Kaum ini ada tradisi simpan mayat dlm tajau. Ilmu ini terkenal d kawasan pendalaman Sabah. Ubat utk lontong ada tp cuma si pembuat yg tau. Contoh klo lontong diambil dari lutut mayat, penawar juga ada d lutut mayat.

  3. Anonymous says:

    Memamg orang bajau xsimpan mayat d tajau.. klau org bajau yg buat tu lontong pun dri mayat..tapi bezanya org bajau buat lontong tu bkn dri tubuh badan mayat..tapi dri air mandian mayat...air tu la yg diambil di jampi dan d buat racun.... sebab tu klau d perkampungan orang2 bajau... nda kira la dea bajau tuaran ka atau bajau kota belud sama seja tu... klau ada orang meninggal n time mayat tu kena kasi mandi..kluarga si mati mesti ada d sna sekurang~kurangnya dua orang tuk memastikan tiada orang lain yang mengambil apa2 dri mandian tu...paling pengting yang mesti di jaga betul2 kain putih yang bikin tutup muka mayat time kena kasi mandi tu yang perlu di jaga betul2.. sebab itu lagi paling bisa klau di jadikan racun...

  4. liza says:

    Sedikit berbagi pengalaman siapa tau bermanfaat
    Sudah berkali-kali saya mencari tempat yang menyediakan pesugihan, mungkin lebihdari 15 kali saya mencari paranormal mulai dari daerah jawa Garut, Sukabumi, cirebon, semarang, hingga pernah sampai ke bali, namun tidak satupun berhasil, suatu hari saya sedang iseng buka-buka internet dan menemukan website PAK NANANG http://amalanpesugihan.blogspot.co.id/ sebenarnya saya ragu-ragu jangan sampai sama dengan yang lainnya tidak ada hasil juga, saya coba konsultasikan dan bertanya meminta petunjuk pesugihan apa yang bagus dan cepat untuk saya, nasehatnya pada saya hanya di suruh YAKIN dan melaksanakan apa yang di sampaikan pak.NANANG, Semua petunjuk saya ikuti dan hanya Berselang beberapa Hari Alhamdulilah akhirnya Apa yang saya tunggu-tunggu tidak mengecewakan, yang di janjikan cair, kini saya sudah melunasi hutang-hutang saya dan saat ini saya sudah memiliki usaha sendiri di jakarta, setiap kali ada teman saya yang mengeluhkan nasibnya, saya sering menyarankan untuk menghubungi PAK NANANG Toh tidak langsung datang ke BANTEN juga bisa, saya sendiri dulu hanya berkonsultasi jarak jauh. Alhamdulillah, hasilnya sama baik, jika ingin seperti saya coba hubungi PAK NANANG agar di berikan arahan.

  5. NOR ANA says:

    Tolong saya...saya mau cari bomoh sabah

Leave a Reply