Reality Kehidupanku

Blogger Boy From Sabah | Kenali Aku Sebagai Mr.K_Boy

Click! Click!

About Me

My photo
Welkam..welkam.. Semoga korang enjoy baca entry-entry aku ya. Kalau nak korang boleh komen, kalau tak pun, just baca jelah ek. Tq. Do come again.

Click! Click!

Followers

Khazanah Tulisan Ku

Jom Borak Sini

Edit Gambar?

Blogger Boy

Blogger Gurl

Kehidupan??

Mari selami kehidupan seorang blogger boy ...

Renungkan..

Kehidupan ini indah seandainya kita menghargainya dengan sebaik mungkin ...

Kuatkah anda..

Bangkitlah semua untuk mengharungi kehidupan ini ...

Mencari semangat..

Percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik. Kerana kamu adalah sebaik-baik ciptaan-Nya ...

Bangkitlah

Jangan mengenal erti putus asa ...

Salam. Malam ni aku nak share cerita di kedai kopi time lunch siang tadi. Kalau nak share pasal habit or tabiat ni. Memang bermacam-macam. Meh aku share kat korang habit-habit mereka. Samada dari cerita kawan aku ni, or dari pengalaman aku sendiri..

Habit pertama,Menurut kawan aku (si wil). Dulu, tabiat dia time study, dia suka tarik rambut. Kan ada yang tarik rambut sampai mengeluarkan bunyi tu. Konon-konon buat benda tu untuk buang angin. Tap pun tuk hilangkan sakit kepala. So, perbuatan tu buat dia ketagih, sampai satu hari, dia dia sakit kepala, then suh kawan dia tarik rambut dia macam biasa. Kawan dia ni pulak memang dah biasa buat cam tu kat dia, so..tarik punya tarik..tiba-tiba rambut kawan aku ni tercabut. Pop! keluar bunyi gitu.. Tapi dia tak perasan yg rambut dia dah tercabut. Katanya sedap mcm biasa. Tapi kawan dia yang cabut tu plak yang gelabah... Sambil masih pegang rambut tu... dia lari round-round dalam rumah sambil jerit.."ahhhh,rambut si wil tercabut!!!!!" dah puas lari..baru dia datang balik bagi tengok tuan empunya badan... dia pun jerit sekali... ahhhhhhhh!

Habit kedua, bos aku ni kuar ngan suami dia g makan tapi makan ngan bos kepada suami dia. Bos suami dia ni pun bawa isteri. Seperti biasa, dah habis makan dorang berborak la. Lepas tu, bos aku perasan yang bos suami dia ni ada satu habit yang pelik. Iaitu, sambil dia borak, sambil dia gigit straw minuman dia..sampai habis ok. Lepas dah habis. dia amik lagi straw isteri dia kat sebelah. Bos aku duk tengok jer..Nak tegur dia segan.. haha straw kedua pun habis dia gigit. OMG... aku ckp kat bos aku, andainya aku ada time tu.. aku hulur lagi straw aku kat orang tu...hahaha menggalakkan dia mengigit straw lagi..hahah pelik!

Habit ketiga. Time study dulu aku ada seorang kawan (lelaki)... korang tahu habit dia apa?? hah.. habit dia ni pun aku rasa pelik, sebab dia suka cabut janggut dia and misai dia. tak kira di mana.. time di kedai makan ke, time kat kelas ke, time berborak-borak kosong ke.. emm walaupun kitorang nampak yang janggut dia dah takda tumbuh...dia tetap busy duk usap-usap janggut dia, sampai dia jumpa janggut yang baru tumbuh...pastu dia cabut! aku pernah tanya.. tak sakit ke cabut gitu. dia cakap x sakit langsung.. huis! dah kes berat tu.. sampaikan kita boleh nampak kesan-kesan cabutan tu jadi bintik-bintik merah. pastu nampak kesat. perghhh...korang ada?

Habit keempat. Time sekolah menengah dulu.. kawan aku ni suka gigit kuku. Korang bayangkan.. time duduk di kelas dia gigit kuku, padahal cikgu tengah mengajar kat depan ok. Time kat surau pun dia gigit kuku jgk, time dengar ceramah ustaz la biasa. Time jalan-jalan kat mana-mana pun dia gigit kuku jugak! Kesannya.. kuku dia memang dah habis dia gigit... kuku kiri dan kanan pulak tu. nasib dia tka gigit kuku kaki jgk... kalau kuku kaki pun dia nak gigit... tak boleh nak kata apa dah.. hahaha

Habit kelima. Mak cik aku suka duk kuis-kuis mata dia. Seperti nak membuang tahi mata. tapi mak sik aku ni lain style. Dia akan selak kelopak mata sebelah bawah... kemudian dia akan garu kelopak mata bawah tu sampai dia rasa dia dah dapat habuan (tahi mata)... Padahal, mana ada tahi mata pun. hahaha dia suka duk garu mata dia tu guna kuku... ya, aku pun pernah cuba gak.. memang best sbb rasa gatal. haha tapi au tak boleh sebab mata aku akan jadi merah. Tapi mak cik aku ni tak jadi merah. Sebab dia dah biasa buat sejak dia remaja sampai la dia dah kawin sekarang ni. hahaha

Habit keenam. Ok, bos aku mengaku yang dia ada habit kalau kat rumah. Habit dia ni lain..first time aku dengar. Habit dia ialah dia suka cuci kali. kadang-kadang sampai lebih 10 kali dia duk cuci kaki dia. hahaha dia cakap alau tak cuci dia x selesa.. so, mesti nak cuci kaki.. memang pembersih. hahaha

Habit ketujuh. Bos aku ada seorang kawan. yang mana kawan dia ni memang suka picit cerawat. walhal, dia memang xda jerawat. Tapi, dia nak picit juga sampai ada kesan merah. huhu kesian wajah itu, dia kata..kalau tak picit dia tak selesa..kiranya memang tak senang duduk la. Hari-hari macam tu, duk depan cermin pastu picit...picit...picit..dah picit... korang boleh bayangkan tak? ke korang pun jenis macam ni...hahaha

Habit ketujuh. Ok, aku mengaku aku pun ada habit. Habit aku ni biasa aku buat time nak tidur.. sebelum tidur tu, aku akan goyangkan kaki aku. kalau penat sebelah kanan. aku tukar sebelah kiri. Sampai aku tertidur. Kalau terjaga dari tidur. aku akan goyangkan lagi kaki aku tuk buat aku tertidur semula. Kiranya, aku mendodoikan diri aku sendiri.hahaha alah, mungin orang juga ada habit macam aku ni. hahaha blushing..

Habit kelapan. Adik angkat aku plak, habit dia pun time nak tidur gak.. dia ada satu bantal time dia kecik. bantal tu dia panggil "bantal geli-geli".. korang tahu dia buat apa? kan bantal tu ada 4 bucu...setiap bucu tu rasa keras sikit. so, sebelum tidur, dia akan kuis ngan jari jemari dia dengan bucu bantal tu sampai dia tidur. Rasa-rasanya, sampai sekarang kot habit dia tu gitu. Kadang-kadang time tgk tv pun dia akan buat gitu..hahaha

Habit kesembilan. Mengenai ana bos aku. masih kecik jg. habit dia..dia suka koyakkan kuku dia. sampai kuku dia betul2 jadi kontot. haha pantang panjang sikit...dia akan koyakkan, kadang-kadang sampai berdarah. sama macam kes kawan aku tadi. tapi kawan aku tadi tu dia gigit kuku. Yang ni lain siki, dia main koyak gitu jer. Sampai bos aku cakap, dia tak pernah nak potong kuku anak dia tu guna pemotong kuku, sebab dah takda nkuku nak potong...hahaha pelik.

Habit kesepuluh. ni habit salah seorang dalam keluarga aku. lelaki. Habit dia memang sangat pelik ok! Sekarang ni tak tahu la, dia masih buat ke tak.. Habit dia ialah dia suka garu pusat dia. hahaha pusat dia jenis yang bleh masuk n keluar... macam punat kipas tu..hahaha.. dia akan garu dengan bersungguh-sungguh... Pernah dulu aku napak, mungkin gara-gara ketagih or rasa best, dia akan ikat pusat dia tu guna getah gelang, pstu dia akan garu hujung pusat tu, lawak lagi dia pernah guna sepit kain...hahahahaha.... then dia lastik hujung pusat tu...hahahaha hampeh giler pusat dia jadi mangsa...hahahaha syyyyyyyhhhh! dah terbocor rahsia dia...lalala

Habit kesebelah. Orang tua-tua or muda-muda (tak byk kot). Ada yang suka duk korek telinga guna bulu ayam.. sebenarnya buka dia duk korek. tapi duk garu dalam telinga tu guna bulu ayam sampai keluar bunyi krokkk! krokk! krokk!! perghhh... memang sedap gak tu. sebab aku pernah try dulu... hahaha... sakit tu memang tak sakit kalau dah rasa best...haahaha kalau korang nak, korang boleh try.. guna rumput pun boleh...hahaha best! tapi itu bukan habit aku ok.... hahah

Ok, tu jer aku nak share...kalau nak ikut banyak lagi kot. haha... so, korang pun boleh share gak habit-habit pelik yang korang tahu. tak pun share la habit korang tu kalau tak kisah..hi3

9 Responses so far.

  1. hahhaa...lawak gilerr...sakit perut duk tahan gelak...nk gelak kuat2 kot mak ayh sedar tido..:)

  2. habit keberapa yg lawak tu? hahaha

  3. haha gilergigih haku bace entry ni.. ;P

    tapi kan part koyak kuku tu mmg giler ah. sakit woo. adeh itu parah dah tu. haha, so far tak tau lak ape habit haku..hehe

  4. fuyohhh pnjgnye diari die....
    hak3

  5. silah: pjg ek? tu tak cukup pjg lagi tu...hik3

  6. macam-macam ek, tapi yg tarik rambut tu mmg biasa dgr, tapi bab cabut janggut tu cam geli je.. hehe

  7. haha...tu baru baca...tak tengok kwn aku tu cabut depan mata..hahah tak ke sengal...lalala geli mmg geli la..tp lama2 dah biasa..sbb dia kwn rapat gak time blajar kat U dulu...hahaha

Leave a Reply